.:Boikot itu Bidaah???:.

Tatkala kempen boikot rancak diwarwarkan,timbul isu2 bidaah dalam pelaksanaannya.Mereka mengatakan Rasulullah tidak pernah melakukan boikot pun terhadap kaum Yahudi.Dr Muqaddam,wakil dari PKS apabila ditanya tentang hal ini menyifatkan bahawa boikot ini adalah satu bidaah hasanah.Bidaah yang baik.



Pendapat seperti ini takde salah nya.Namun jika kita lihat dari satu sudut,ketika Rasulullah sudah membina negara Islam sendiri yang turut didiami kaum Yahudi,Ketika itu Islam unggul dan kaum Yahudi itu dibawah pemerintahan beliau.So kaum Yahudi itu tergolong dalam golongan kafir Zimmi.

Dari satu segi pula,sedarkah kita ini dalam situasi peperangan??? Ketika peperangan,Rasulullah banyak menggunakan taktik untuk melemahkan musuh.Seperti dalam perang Khandaq,Parit yang besar dibuat mengelilingi kota Madinah,saranan seorang sahabat Rasulullah,Salman alFarisi.Dalam perang Uhud pula,beberapa pasukan memanah ditempatkan di atas bukit Uhud bertujuan sebagai pertahanan yang efektif bagi kaum Muslimin.




Jadi dalam situasi ini,kita berperang dengan Amerika dan Zionis.Jadi strategi yang kita mampu lakukan ialah kita boikot barangan mereka dengan tujuan ingin melemahkan ekonomi mereka.Janganlah kita tidak mengambil ape2 tindakan pun mengenai isu ni.Rasulullah ada bersabda(yang kira2 bermaksud):

Barangsiapa yang tidak mengambil tahu akan keadaan ummat Islam,maka dia bukan dari golongan mereka(orang Islam)

Takutnya nanti di padang Mahsyar,kita berlari2 mencari Rasulullah untuk mendapat syafaatnya,tiba2 dia menunding jari kat kita seraya berkata,"engkau bukan dari kalangan kami.Maka pergilah engkau dari sini.Ini adalah akibat dari ketidak perhatinanmu akan keadaan Islam ketika kamu hidup"(dialog hanya rekaan semata2).

Nauzubillah.Jadi.apa tunggu lagi????marilah kita berboikot..hehehehe...Fikir2kan lah..

2 comments:

HafizuddinPirus said...

Selaut salam buat para muslimin yang sedang bertungkus lumus berjuang memboikot barangan Israel laknatullah. Jom Kita BOIKOT! Jom Berhenti makan tengahari di McD, jom kita makan di restoren pak haji/ ane(mamak) dan yang penting solat jangan tinggal. InsyaAllah , janji Tuhan itu Pasti!

akhi_afif said...

bukan sekadar berhenti makan tghari je,jangan makan langsung kat MdD kalau boleh.....Comment yang bersemangat!syukran akhi hafiz...