.:Jaamiah Ku:.

Assalamualaikum..bertemu kita kembali di ruangan maya ni,tidak lain tidak bukan setelah diizinkan Allah,dan masih diberi nyawa...hurm..bila berada di negara orang ni,tiada yang dapat kita jamin dari segi keselamatan,kesihatan dsb. Hanya bergantung dengan Allah s.w.t semata2..tambahan pula cuaca di sini (Yaman) sangat berbeza dgn iklim di Malaysia. Alhamdulillah,Allah masih memberi kesihatan kepada ana,begitu juga anda semua,bukan?klau tak sihat,mana dapt nak on9..hehehe

berlatarbelakangkan masjid dan asrama U


OK..untuk post kali ini ana teringin sangat nak cerita mengenai universiti ana ni...Memang klau nak dibandingkan dengan universiti2 di Malaysia seperti UM,UPM,UKM dan U U yang lain memang jauh tarafnya. Namun jika di antara universiti2 di Yaman ni, U ana la boleh dikatakan terbaik dari segi kelengkapan2 kerana terdapat bidang perubatan dan kejuruteraan ditawar kan di U ana ni, yang mana memerlukan kelengkapan2 moden.
berlatarbelakangkan bangunan tmpat ana belajar


itu dari segi kelengkapan la,tp klau dari segi agama,memang tak boleh melawan Jamiah Iman,tambahan pula Syeikh Abdul Majid Zindani antara tenaga pengajar nya!...oh ya! lupa lak nak bagitau nama universiti ana...in English called University Science and Technology (UST) Yemen manakala dalam bahasa Arab Jaamiatul Ulum wal teknolojiyya..hurm,pandai2 la tulis sendiri dalam perkataan Arab ye....

Memandangkan ana dan kawan2 masih menumpang di rumah ikhwah(kesiannye...), jadi kami harus menaiki pengankutan awam untuk pergi ke U.Taklah jauh sangat tapi nak jalan tu tak larat...ade la dalam 1-2 kilometer..(kot)..klau ramai nak pergi sekali,biasanya kami akan menaiki van, yang dalam bahasa Arabnya 'haafilah' ataupun juga disebut 'bas'. lantak la ape pun namanya..klau sikit,ana kena naik teksi..tapi teksi sini,sumbat 6 penumpang pon ok lagi..
berusaha mendapatkan van..


7 orang termasuk driver.hehe. tempat nak ambik teksi/van ni lebih kurang 2-3 ratus meter dari rumah,jadi exercise la skit...;p...tambang nya tak tentu..slalu kami mishwar(sewa) satu van or teksi tu....tgk la klau pandai cakap n tawar,dapat la sewa van dalam 400 riyal(bersamaan dengan RM6 lebih..)...klau teksi plak ade la 200 riyal(rm3 lebih)..bila dah naik tu,satu lagi perkara ngeri di Yaman,diorang bawak kereta macam ..ana pon tak tau nak cakap macam mana...tapi memang gila...main selit2 macam motosikal plak..tu belum bas lagi selit menyelit..huuhh.memang pucat bila turun....

di kaki bukit..


U ana ni teletak di kaki bukit,dan ada sebahagian fakulti berada di atas bukit..memang cantik kawasannya..untuk fakulti ana iaitu fakulti kemanusiaan ada kat bawah,tapi bangunan tinggi..klas ana berada di tingkat 4..klas start pkul 8 pagi,rehat pkul 10 sampai ustaz datang balik..
tinggi bukan?


hehe..pastu sambung sampai pkul 12..jadi agak santai dan enjoy..untuk tahun ni ana hanya ada klas Bahasa Arab je..diploma..tahun depan baru amik ijazah...alhamdulillah,kebanyakan benda yang di ajar tu semua ana pernah belajar di Pondok Darussalam,Gontor Indonesia dan di Maahad AtTarbiyah alIslamiyah,Perlis dulu...so kira macam ulang balik je.Ustaz yang ajar ana namanya Ustaz AbdurRahman,warganegara Yaman. Ceria orangnya. Walaupun dia mengajar sangat laju,sehingga ada beberapa orang memohon pindah klas,tapi ana dapt faham apa yang hendak dia sampaikan....

time rehat...time ni best sebab leh makan..hehehe...dengna ustaz yang tak berapa strict,lambat skit pon takpe...biasanya time rehat ni ada 2 tempat untuk ana lepak sambil makan2 sikit...satu di kedai di luar kelas je,dan satu lagi kat kantin....klau kat kantin makanan lagi banyak pilihan,dan ade tempat hendak bersantai..sambil2 tu bleh bincang pasal pelajaran...dengan suhu yang sejuk,jadi tiada masalah bagi kami untuk duduk di atas rumput di bawah sinaran matahari.
sambil minum sambil bincang..


Kadang2 sejuk sangat sehingga berasa sedikit nyaman bila duduk dibawah sinaran matahari..macam di europe la plak...antara pilihan ana waktu ni ialah halib(susu tp kat sini bila sebut halib,di skali ngan teh,tapi klau kita di Malaysia,sebut teh ais,skali ngan susu) dan makan sandwich ma'a dajaj(sandwish ayam)..sekadar mengalas perut..tak lupa juga ana kena beli Hadda ata Syamlan...mineral water..sini sejuk kering,kena banyak minum air,klau tak bibir akan merekah2 pastu berdarah....ish3...

Terdapat juga bangunan2 lain..sperti bangunan fakulti perubatan,fakulti kejuruteraan fakulti ekonomi dan U ni mempunyai hospital sendiri...Fakulti kedotorang merupakan bangunan beraltitude tinggi sebab di atas bukit...dah la sejuk,atas bukit lak tu....
di fakulti perubatan


bila sampai je kat fakulti ni tengok ade lambang UiTM,UUM dan OUM...mereka memang buat kerjasama dengan 3 universiti dari Malaysia ni..kira hebat jugak perbatan Malaysia ni ye.Selain tu fakulti kejuruteraan juga terletak di bukit,tapi bukan puncaknya...dari atas bukit ni memang cantik pemandangan bandar San'a.dan fakulti2 yang lain nya yang ana tak pernah lagi pergi ke bangunan..wallahua'lam..

alhamdulillah,ana selesa belajar di sini..dengan orangnya yang ramah,membuat ana rasa seperti di rumah sendiri..tapi satu je ana kurang puas hati,takde langsung gelanggang permainan sperti bola tampar ke,badminton ke, takraw ke..adeh...bersukan adalah antara hobi ana,tapi kat situ takda..nasib baik kat rumah yang kitorang diam sekarang ada meja pinpong...
diantara pelajar malaysia yang main bola sama2


ade jugak tempat kerah tenaga walaupun susah peluh nak keluar(sebab sejuk)...tapi klau hari cuti(khamis n jumaat) biasanya akan main beramai2...main bola sepak di padang pasir dan main takraw...sungguh!sangat penat main bola di sini..rasa macma main bola atas gunung,dengna hawa yang sejuk ditambah pasir2 berterbangan,cepat membuat ana rasa sesak nafas dan penat...tekak pun cepat kering...tapi penat2 dia,susah jua untuk berpeluh..klau ade skit sangat....

ana rasa sekian je untuk kali ni kot...yang dapat ana kongsi untuk semua...mana tahu ade yang termotivasi untuk belajar jauh2 ni...ye la,untuk pengalaman diri dan kematangan....apepun terima kasih diucapkan kerana sudi singgah ye..bak kata orang sarawak 'iboh jerak'..yang bermaksud 'jangan serik'...so jangan serik untuk singgah lagi ye...Wallahua'lam..

~mengembara di bumi San'a,Yaman~

"Assalamualaikum....kaif hal???....."
soalan yg tak pernah lekang dari mulut kami semua... pantang jumpa orang arab, pasti soalan tu yang keluar.. sebabnya? haa...tu je soalan yang lekat kat kepala,nk tanya lebih2, tak reti pulak.Takut bila dijawab, sepatah pun tak faham.. tapi orang Yaman sangat ramah,bagi je salam,pasti dibalas dengan senyuman...

hari ni merupakan hari yg unik...10.10.10..(9.30 malam waktu Yaman).untung sape kawen tarikh ni,tarikh cantik..haahaha..dan hari ini merupakan hari kedua ana mengikuti kuliah Bahasa Arab..kali ni ana bukanlah nak cerita pasal kuliah,cuma nak cerita pasal lawatan ana ke tempat2 menarik yg terdapat di sekitar San'a, Yemen.. sekadar berkongsi pengalaman je..bukan bermaksud nak jeleskan ye,cuma nak bg motivasi kepada suma,blaja la jaoh2(Yaman salah satunya)...hehehe..
.
.
jaoh perjalanan,luas pemandangan


Destinasi pertama kami ialah Lembah Dzuhr(klau tak silap laa)..kami menaiki bas yang disewa..sebaik tiba di lembah tersebut,tiada kata yang terucap melainkan pujian ke hadrat ilahi,melihat keindahan alam.
.

kami berada di atas bukit yang tinggi, melihat terdapat ada kediaman di bawahnya...gayat jugak rasanya..macam berdiri di tepi gaung... Orang Arab tempatan terus mengejar kami,menawarkan mcm2...
.

ada yang menawarkan senapang,utk menembak..ada yang menawarkan helang peliharaannya untuk diambil gambar bersama dan tak kurang juga menghulurkan tangan meminta sedikit ihsan..Setelah puas ber'posing'.
.

kami bergerak ke Darul Hajr,yang terletak di bawah Lembah Dzuhr tersebut...

Darul Hajr terletak betul2 di bawah lembah. Tiba disana,kami melihat tarian tradisional Arab Yaman. Menurut salah seorang senior, Mus, setiap pergerakan mempunyai kisahnya sendiri..hurm..apa2lah..tak best pon tengok..
.


Darul Hajr sebenarnya merupakan rumah kediaman Imam Yahya, seorang Syiah pada kira2 700 tahun yang lalu..Uniknya rumah ini,ianya dibina diatas batu dan kedudukannya tinggi.Batu tersebut dikorek,dijadikan tangga menuju ke atas.Dan unik nya lagi,rumah tersebut 5 tingkat.Dikhabarkan bahawa 4 tingkat ialah untuk setiap isterinya.yg bawah tu mgkin lobi rumah kot..urutan tingkat mengikut urutan isteri ke brapa tu wallahua'lam,ana tak tahu pun..ehehehe..

Seterusnya kami bergerak ke Bait Baws, yang merupakan perkampungan orang Yahudi suatu ketika dahulu..alkisah nya dulu pemerintah di San'a Yaman nak asingkan orang Yahudi ni dari San'a.maka tempat tu diberikan kepada mereka
.


agak jauh la dari San'a..kalau difikirkan,kenapa agaknya dia nak asingkan eh?..well,mungkin sifat orang Yahudi ni memang tak bagus untuk rakyat..rasanya suma tahu betapa teruknya Yahudi ni..dari zaman nabi dahulu,zaman nabi Muhammad bahkan Hitler pun tahu Yahudi ni teruk..Di Bait Baws ni sempat bergambar dengan seorang pakcik,yang sangat teruja bila tahu ana belajar di Yaman sehingga beliau mengucup dahi ana sambil berdoa ke hadrat Allah.moga doa dia dimakbulkan,amiin..;p...
.


Destinasi terakhir kami merupakan Masjid Presiden..fuuh..memang cantik dah bersih.sampai ayah ana sendiri kata "ada jugak tempat yg bersih di Yaman"...
.


memandangkan namanya Masjid Presiden, so security nya agak ketat..macam kat airport la pulak...kami solat zohor di sana,dan kemudian pulang ke rumah...agak letih tapi seronok...dengar nya ada banyak lagi tempat menarik di sekitar San'a yang ana belum pergi...InsyaAllah lain kali..masa panjang ag di Yaman sekiranya Allah bagi ana umur....walllahua'lam..kita jumpa lagi lain kali ye....ma'assalamah..
.

~Perjalanan ke Yaman~

Alhamdulillah,sekali lagi mari kita bersyukur kerana diberi kesempatan,umur dan kesihatan sehingga kita dapat menghadap cpu/laptop untuk melayari internet..so jangan la kita lalai ye time berinternet ni....

Post kali ni,ana nak kongsi bersama perjalanan merentas laut india,menuju ke bumi Yaman..kot2 ade yang nak g Yaman lepas ni kan..hehe..tp sebelum tu,mengapa ana pilih Yaman??ini kerana bahasa yang digunakan di Yaman adalah paling hampir dgn arab yang fushah,berbanding dengan negara arab yg lain yg mempunyai bahasa pasar('ammi)nya tersendiri...

Sebelum ana dan rakan seperjuangan ana yang lain berangkat ke Yaman,kami ada Daurah Pre-Departure di Serdang..kami diisi dengan bekalan2 berguna dari abang2 yg pernah belajar di oversea.sempat juga bertemu dengan sosok seorang anggota ikhwanul muslimin,dari Mesir..ternyata beliau begitu bersemangat melihat kami sebagai pemuda yang akan menimba ilmu agama.....program berlangsung selama 3 hari..
di hadapan tempat Daurah,sebelum berangkat ke KLIA


KLIA- sedikit masalah dihadapi,sebab kami takda visa ke Yaman..yang jaga kaunter khuatir klau nanti kami tak diberi masuk.Pastu kami bagi la surat tanda penerimaan dari University of Science and Technology of Yemen..dalam bahasa arab pulak tu..dia dah geleng kepala nak baca,kena bawak surat tu g office untuk diterjemahkan...Akhirnya lepas jugak..senang hati,alhamdulillah...hati gembira,boleh la ambik gambar...;p
para pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Yaman


Kami ke Yaman menggunakan Yemenia Air,Airbus A330..hurm..kureng sikit la...air Asia best agi(dari segi kebersihan kapal terbang dia la)...sebelum masuk,ana bayangkan orang2 arab..cakap arab..sungguh berkobar2..sekali ana masuk,70% orang Indonesia yang kerja di Dubai(kpl terbang tu datang dari Dubai) yang kebanyakannya wanita,orang gaji kot...aduss...down rasanya bila andaian tak menepati..bila nak terbang je,rupa2nya kitorang kena transit ke Jakarta Indonesia...makin down dibuatnya..melancong la pulak...

Sampai di Airport Jakarta setelah terbang selama 2 jam,kami diberitahu tidak dibenarkan keluar,padahal transit selama sejam.So ana terus je hubungi mak di malaysia,dan adik beradik yang belajar di Indonesia.Mak ana terus call.Peduli la masih dlm kapal terbang,dah tak bagi keluar.hehe
sempat bergambar..;p

Akhirnya kami dibenarkan jugak untuk keluar,so g la solat..sempat jugak on9 waktu tu..tapi kejap je,dah dipanggil masuk..next station.....DUBAI...hurm..9jam ag la...

Di Dubai,mmg tak keluar,hanya duduk di dlam kapal terbang..so tunggu je la selama sejam..pastu terus ke San'a Yaman,lebih kurang 2 jam lbih..hati ana memang tak sabar..Sampai2 je,bila keluar dari kapal terbang,suhu yang sangat sejuk menusuk tubuh..perghh..macam masuk bilik aircond yang di set 16C je..

Kami dijemput oleh pelajar Malaysia yang belajar di Yaman,dan diantaranya ialah pelajar yang dihantar oleh ayanh ana tahun lepas.Mereka menyewa 2 bas,satu untuk beg2,satu untuk penumpang.Kami dibawa ke kediaman mereka yang diberi nama 'Rumah Iman'..

Dan hari itu hanya diisi dengan rehat,setelah 15 jam dalam kapal terbang,masing nak jama' Ta'khir masa tidur yang tertunda..walaupun beza waktu Yaman dengan Waktu Malaysia 5 jam,kami tak hadapi masalah dengan "time lag"(betul ke istilah ni"...bila dah ngantuk,tak kira waktu,tidur juga..
Wallahua'lam,sampai situ je..nanti ana ceritakan keesokan harinya pada post yang akan datang...moga anda terhibur!ma'assalamah....

.:Thank You Allah:.

Segala puji bagi Allah,dia atas hidayahnya,kita masih dapat on9..hehehe,yg masih memberi saya nyawa untuk menyambung semula apa yang ana telah hentikan selama ini..Sunggguh, saya ini masih lemah untuk istiqamah dalam menulis..Moga hijrah saya ke bumi Yaman ini memberikan semangat untuk berkongsi pengalaman dan ilmu yang saya dapat kat sini,InsyaAllah...

Kita merancang,dan Allah jua merancang,tapi perancangan Allah untuk ana itu juga yang terbaik..siapa sangka sebelumnya saya mengambil jurusan engineering ( Diploma Engineering in Helicopter Maintenance ) kini mengambil jurusan agama di timur tengah...huuh..Setinggi2 syukur saya panjatkan ke hadrat Allah s.w.t atas hidayahNya membuka hati untuk tukar bidang ni...

Hurm,lucu klau nak diimbas semula..melihat gelagat2 kawan2 dan kenalan,tatkala mendengar berita yg saya sampaikan..ada yang terkejut,gembira tak kurang juga muka mcam sayang sbb saya tinggalkan engineering..well,hidup hanya sekali,sekejap lak tu..klau tak berkorban di dunia untuk akhirat yg abadi,camne nak dapat syurga...opps,bkan bidang laen tak masok syurga ye,jgn salah anggap..

kurm..oklah untuk kali ini..next post saya akan ceritakan perjalanan dari malaysia ke Yaman,serta gambar2...cakap byk pun tak guna,yg penting ada gambar...ok,jumpa di lain kali ye...ma'assalamah!