::Jom la boikot::

Krisis peperangan di Palestin....apa kita mampu buat???
rasanya demo2 ni takde effect pun kat diorang tu.Mereka tau kita hanya mampu menjerit benci kepada mereka.Undang2 dunia pun diorang yang pegang.



benda yang paling mudah bagi kita ialah boikot je barang diorang.Ana agak sedikit hairan kalau ada yang mengatakan susah nak boikot.Mungkin ada la certain product,tp rasanyanya tak la banyak sangat.

Mungkin tindakan boikot ni tak la menjejaskan ekonomi mereka serta merta,tapi nnt pasti ada kesannya jugak.Petang semalam,ana g shopping dengan kawan2 ana,beli barangan keperluan makanan dan lain2.Ana ingatkan kalau boleh jangan beli barangan US dan israel.So sepanjang shopping tu asyik tanya menanya nak kenal pasti barangan boikot.Hasilnya tak la susah sangat.



Contoh,ana suka minum air2 mcm milo,nescafe.bila ana nak beli,banyak lagi product yang sejenis tapi bukan barangan boikot.Contoh kalau nak beli Milo(barangan Nestle),Malaysia sendiri ada Vico.Rasa pun lebih kurang je.Kalau biskut tu ana tak sure lagi.

Kita perlu buat boikot ni.Lagipun barang diorang ni banyaknya kehendak je.bukan barangan keperluan.klau tak leh suma,boikot la syarikat yang utama seperti Colgate,Starbucks ngan Cola.



Colgate tu leh ganti ngan product HPA.Dijamin Halal lagi.Starbuck ni mmg jarang g sebab mahal2.lagi senang nak boikot.Coke ni mmg patut kena boikot(sebab ana tak suka mnum air bergas).bukan bagus pon mnum air Cola ni.Layaknya Cola ni utuk cuci tandas(sebab sifat menghakisnya yang kuat..kata kawan ana la)..tapi jgn la beli utk cuci tandas.nnt diorang tetap gak untung...



So mulakan dari sekarang...pasti boleh..kenangkan saudara2 kita di Palestin tu....

6 comments:

HafizuddinPirus said...

Boikot.. boikot.. jangan tak boikot.. (Eh, laptop ku masih lagi intel)

akhi_afif said...

aha...
sama la kite...
yang dah terbeli,nak wat camna ek...

Ismawi Ishak said...

Salam, ketika saya menjelajahi halaman blog ini hati saya terpaut pada cerita di Gontor. berbaur rasa sedih duka dan gembira dihati tatkala menatap gambar-gambar yang semuanya tinggal kenagan. Sungguh bertuah rasanya kerana diberi kesempatan untuk meneguk kasih dan sekelumit pengalaman ketika di Gontor. Terima kasih Mad. Kita anak Gontor. Sama seperti babamu. Kina sama-sama anak beliau beza saya anak murid dan anda anak kandung. tetapi kita juga semua anak Gontor.( Ana juga boikot)

akhi_afif said...

hihih...mmg kenangan bermakna..tp anta salah tajuk dah..hehehe...xhal2...

Amin Misran said...

Kita boikot dalam masa yg sama kita sokong produk muslim.....

Contohnya HPA....Beli produk dia...lebih baik, kualiti dan lebih diyakini....

Sebarang pertanyaan tentang HPA, sila contact ana....Mak ana stokis, ana insyaallah sedang bergiat dalam MLMs (MLM Syariah HPA)....

akhi_afif said...

alhamdulillah...
bagus amin...
teruskan usaha...