.:Tahukah Anda???:.

Dibawah ini ana sebutkan fakta2 mengenai AlQuran yang kita sendiri mungkin tidak tahu...
apakah ia???

1.Surah Al Baqarah ayat 282 merupakan ayat terpanjang dalam Al Quran yang menerangkan tentang hutang.

2.Dalam ribuan Sahabat Nabi SAW,hanya Zaid bin Harithah di sebut dalam Al Quran,Surah Al Ahzab ayat 37.

3.Dalam Surah Al Mujadilah,setiap ayatnya mengandungi kalimah Allah!!

4.Sebanyak 31 kali ayat yang sama diulang dalam Surah Ar Rahman.

5.Surah Al Hajj mempunyai 2 ayat sejadah iaitu ayat 18 dan ayat 77




6.Kalimah "Bismillahirrahmanirrahim" hanya merupakan ayat/sebahagian ayat dalam surah Al Fatihah:1 dan Surah An Naml:30.

7.Nama 'Muhammad' hanya disebut sebanyak 4 kali dalam Al Quran iaitu Surah AlMaidah:144, Surah AlFath:29, Surah Muhammad:2, Surah AsSaff:6.

8.Surah AlFatihah dan Surah AlIkhlas sahaja yang nama surahnya tidak diambil dari kandungan surah itu sendiri.

9.Al Lahab merupakan satu-satunya musuh Nabi SAW yang diabadikan menjadi nama surah.

10.Syaitan merupakan ciptaan Allah yang pasti masuk neraka.Namun begitu sebenarnya Syaitan takut akan Allah.pelikkan???Ini dibuktikan dalam Surah AlAnfal:48.


Macam mana?adakah fakta diatas antum semua dah tahu?Kalau ya,alhamdulillah.Bererti antum mahir tentang kandungan AlQuran.Kalau tidak,teruskan usaha kita mendekati AlQuran.Selamat beramal!!!

.:Boikot itu Bidaah???:.

Tatkala kempen boikot rancak diwarwarkan,timbul isu2 bidaah dalam pelaksanaannya.Mereka mengatakan Rasulullah tidak pernah melakukan boikot pun terhadap kaum Yahudi.Dr Muqaddam,wakil dari PKS apabila ditanya tentang hal ini menyifatkan bahawa boikot ini adalah satu bidaah hasanah.Bidaah yang baik.



Pendapat seperti ini takde salah nya.Namun jika kita lihat dari satu sudut,ketika Rasulullah sudah membina negara Islam sendiri yang turut didiami kaum Yahudi,Ketika itu Islam unggul dan kaum Yahudi itu dibawah pemerintahan beliau.So kaum Yahudi itu tergolong dalam golongan kafir Zimmi.

Dari satu segi pula,sedarkah kita ini dalam situasi peperangan??? Ketika peperangan,Rasulullah banyak menggunakan taktik untuk melemahkan musuh.Seperti dalam perang Khandaq,Parit yang besar dibuat mengelilingi kota Madinah,saranan seorang sahabat Rasulullah,Salman alFarisi.Dalam perang Uhud pula,beberapa pasukan memanah ditempatkan di atas bukit Uhud bertujuan sebagai pertahanan yang efektif bagi kaum Muslimin.




Jadi dalam situasi ini,kita berperang dengan Amerika dan Zionis.Jadi strategi yang kita mampu lakukan ialah kita boikot barangan mereka dengan tujuan ingin melemahkan ekonomi mereka.Janganlah kita tidak mengambil ape2 tindakan pun mengenai isu ni.Rasulullah ada bersabda(yang kira2 bermaksud):

Barangsiapa yang tidak mengambil tahu akan keadaan ummat Islam,maka dia bukan dari golongan mereka(orang Islam)

Takutnya nanti di padang Mahsyar,kita berlari2 mencari Rasulullah untuk mendapat syafaatnya,tiba2 dia menunding jari kat kita seraya berkata,"engkau bukan dari kalangan kami.Maka pergilah engkau dari sini.Ini adalah akibat dari ketidak perhatinanmu akan keadaan Islam ketika kamu hidup"(dialog hanya rekaan semata2).

Nauzubillah.Jadi.apa tunggu lagi????marilah kita berboikot..hehehehe...Fikir2kan lah..

.:Solusi BOIKOT:.

Saranan boikot akan produk2 Amerika dan Yahudi akibat tindakan yang kurang hajar mereka mencerobohi kawasan ummat Islam di Palestin(tapi tetap tak dapat tawan jugak...Allahuakbar!!!!) kini hangat diperkatakan.Pandangan peribadi ana,boikot bukanlah perkara yang susah kerana ana selama ni bukannya "pembeli setia" barangan ape pun.So takde la sangat ketagihan pape.



Tapi lain pulak kepada sesiapa yang dah jadi "peminat setia" barangan Yahudi dan Amerika nih.Bagi mereka agak payah kerana sebelum ni benda tu dah sebati.Sebagai contoh,kawan2 ana sendiri.Mereka ni sungguh minat nak makan kan McD.Sehinggakan semua menu di Mcd diorang tau.Sekali dengan harga tu...Lagi2 kat McFlurry.Ana tak nafikan benda tu sedap.Nasib ana ni tak istiqamah kat benda2 macam tu.



So benda ni memang tidak boleh dilakukan secara mengejut.Lain la iman tu kuat seperti sahabat2 Rasulullah tatkala perintah mengharamkan arak.Sehingga diriwayatkan bumi jadi basah(Mekkah atau Madinah ana ta ingat),ditumpahi arak.So benda ni boleh dibuat pelan2.

Antara solusi untuk boikot.Kita mulakan dengan produk2 gergasi mereka.

Colgate

Bagi produk ubat gigi ni,kalau ana tanya orang lain,mesti tahu dah jawapannya.Tak payah kita nak tukar ke Darlie ke,Fresh n White ke kerana produk tu masih diragukan.Penyelesaiannya tak lain tak bukan pilih la HPA.keluaran muslim.




Coke-Coca Cola
minuman bergas.Syukur ana memang tak suka minum minuman bergas.tambah lagi coke sbb gas dia kuat sangat.Solusi dia minum la teh Tarik ka,fresh oren ka,air suam ka.sedap dan lebih murah pulak tu.Kalau dah sampai tahap ketagih Coke sangat tu,ape lagi...beli la Cola Radix.ahaaaa...rasa pun lebih kurang je kot...






Starbuck
Ni ana rasa memang takde masalah la nak boikot.Sebab kedai2 ni jarang ditemui melainkan di tempat2 standard2.so selesai masalah.

KFC,McD,Pizza Hut dan sewaktu dengannya..
Ish3...fast food ni memang tak menyihatkan.Sedarlah wahai insan!!!ok..diantara produk2 mereka yang menawan hati serta solusinya:
-Burger :
baik g beli kat tepi jalan.Satu burger kat tempat diatas ni boleh membeli lebih 5 burger di gerai biasa.Lebih kenyang dan lebih halal gitu....
-Ais krim(McFlurry) dan sebagainya...
Ais krim ni kita beli dalam kotak je.Banyak lg..Tapi produk2 Aiskrim terkemuka ni agak diragui jugak la.Seperti Walls(hidup biar sedap..),Nestle apatah lagi...So carilah aiskrim yang tak ternama mcam cap kancil ke...
-kentang goreng
Yang ni lagi best.Kita beli je dekat Supermarket.Harga tak sampai RM5.Puas lagi..Masak sendiri....


Nestle
Ini lah product yang ana rasa paling susah nak boikot.Sebab dia menguasai produk makanan.(ana kuat makan..hehehe).kalau nak senaraikan produk2 dia,terlalu banyak.82 produk kesemuanya(sumber dari http://www.sabasun.com/boikot_israel.php).Memang hebat perancangan Yahudi dan Zionis ni.Apa pun usaha je carik brand lain.Kalau tak dapat,nak buat macam mana.Vico gantikan Milo,tu je la yang ana tau.



Media dan hiburan spt 20th century etc...
Solusi untuk ni jahat sikit.Kalau ada movie terbaru yang diterbitkan oleh syarikat2 boikot(ana tak ingat sangat),senang je..Belilah CD bajakan(bahasa Indonesia) atau kata lainnya cetak rompak.Ish3,ape la ana nih,ajar benda tak baik pulak....

Barangan2 lain tu ana rasa takla susah sangatkan..Ingin ana nyatakan ni semua hanyalah pandangan peribadi sahaja.Mungkin ada yang tak setuju.So ana terima apapun komentar dari anda.Fikir2kan lah..

.:keluar mulut buaya,masuk mulut serigala:.

Presiden Amerika yang terbaru,Barrack Obama telah memecah tradisi Amerika kerana dia merupakan presiden Amerika kulit hitam pertama.Teringat akan satu slot yang ditayangkan di TV3 di mana menyatakan umat Islam di Amerika menyokong dan mengundi untuk Obama dari parti Demokratik kerana calon yang satu lagi,John McCain merupakan orang yang sama parti dengan Bush iaitu perti Republikan.So dikhuatirkan tindakan Bush yang banyak mencabul kedaulatan negara2 Islam seperti Iraq,Afghanistan diteruskan jua.

Barrack Obama


Bercakap mengenai isu pencerobohan di negara Islam,Obama berjanji dalam manifestonya yang dia akan menarik askar2 amerika di Afghanistan dan akan di pindahkan ke Iraq(atau sebaliknya...ana tak pasti sangat).Persoalannya di sini,adakah ianya membawa sebarang keuntungan bagi umat Islam dunia????...Sungguh tak masuk akal.

John McCain


Terbaru,banyak khabar2 menyatakan bahawa Obama itu ialah seorang Zionis!!!!...sungguh terkejut bukan??!..inilah kehebatan yahudi sehingga mampu mengangkat salah satu golongan mereka menjadi presiden AMERIKA..tambahan pula dari golongan KULIT HITAM!!!!!bukan ana nak mengatakan orang kulit hitam ni tak layak untuk jadi presiden...tidak..tapi Amerika ini dahulunya sungguh taksub akan bangsa sendiri sehingga mengganggap bangsa selain mereka adalah golongan bawahan.Termasuk la kita dari Asia ni..

Obama seorang YAHUDI!!!


"Rakan Greenberg, Debra Winger, salah satu pendukung Obama dan pendukung Yahudi mengatakan bahawa doa mereka telah dikabulkan dengan terpilihnya Obama. Bahkan Abner Mikvner, juru bicara kaum Yahudi Zionis, mantan anggota Kongres, mantan hakim federal yang juga mentor Obama berkomentar,“Obama adalah presiden Yahudi pertama“."Dipetik dari HALUANPalestin.

Jadi kesiankan kat umat Islam kat Amerika.Nak pilih sape,2 2 kafir.Nak pilih McCain,of coz la dia teruskan perjuangan Bush yang tersisa.Dah pilih Obama,rupanya Zionis.Dalam Quran,ada menyebut:

"Janganlah Orang2 beriman menjadikan orang kafir sebagai pemimpin,melainkan orang2 beriman:(AlImran:28)


"Wahai orang2 beriman!Janganlah kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman setiamu,mereka satu sama lain saling melindungi.....(AlMaidag:51)

So dalam situasi ini,perintah Allah ni tak dapat dijalankan.Sebab apa???sebab takda wakil Islam pun.Yang mampu dibuat hanyalah tidak meredhakan sesiapa sahaja yang jadi pemimpin.Sangat kesian kat Umat Islam Amerika.tidak mampu berbuat apa.Seperti keluar mulut buaya,masuk mulut serigala.

::Jom la boikot::

Krisis peperangan di Palestin....apa kita mampu buat???
rasanya demo2 ni takde effect pun kat diorang tu.Mereka tau kita hanya mampu menjerit benci kepada mereka.Undang2 dunia pun diorang yang pegang.



benda yang paling mudah bagi kita ialah boikot je barang diorang.Ana agak sedikit hairan kalau ada yang mengatakan susah nak boikot.Mungkin ada la certain product,tp rasanyanya tak la banyak sangat.

Mungkin tindakan boikot ni tak la menjejaskan ekonomi mereka serta merta,tapi nnt pasti ada kesannya jugak.Petang semalam,ana g shopping dengan kawan2 ana,beli barangan keperluan makanan dan lain2.Ana ingatkan kalau boleh jangan beli barangan US dan israel.So sepanjang shopping tu asyik tanya menanya nak kenal pasti barangan boikot.Hasilnya tak la susah sangat.



Contoh,ana suka minum air2 mcm milo,nescafe.bila ana nak beli,banyak lagi product yang sejenis tapi bukan barangan boikot.Contoh kalau nak beli Milo(barangan Nestle),Malaysia sendiri ada Vico.Rasa pun lebih kurang je.Kalau biskut tu ana tak sure lagi.

Kita perlu buat boikot ni.Lagipun barang diorang ni banyaknya kehendak je.bukan barangan keperluan.klau tak leh suma,boikot la syarikat yang utama seperti Colgate,Starbucks ngan Cola.



Colgate tu leh ganti ngan product HPA.Dijamin Halal lagi.Starbuck ni mmg jarang g sebab mahal2.lagi senang nak boikot.Coke ni mmg patut kena boikot(sebab ana tak suka mnum air bergas).bukan bagus pon mnum air Cola ni.Layaknya Cola ni utuk cuci tandas(sebab sifat menghakisnya yang kuat..kata kawan ana la)..tapi jgn la beli utk cuci tandas.nnt diorang tetap gak untung...



So mulakan dari sekarang...pasti boleh..kenangkan saudara2 kita di Palestin tu....

::Sejauh Mana Ilmu Anda Tentang AlQuran????::

Pernah antum uji sejauh mana pengetahuan antum mengenai AlQuran???

Mari kita jawab soalan2 mengenai kandungan AlQuran yang ana perolehi dari Mukhayyam kat Mukah,Sarawak.

1.Apakah surah yang terakhir diturunkan?

2.Apakah peperangan yang menyebabkan ramai penghafaz alquran syahid sehingga dicadangkan Alquran dibukukan?

3.Terdapat 29 surah yang menggunakan huruf hijai'yyyah pada permulaan surah.Nyatakan 5 contoh ayat2 tersebut.

4.Surah apakah yang mengandungi ayat terpanjang dalam alQuran?

5.Dalam ribuan sahabat Nabi,Sahabat nabi yang manakah disebut dalam Alquran?

6.Apakah surah yang membincangkan bab faraid?

7.Apakah surah yang menceritakan kisah perang Tabuk dan 3 sahabat yang tidak ikut serta dalam peperangan tersebut ?

8.Apakah surah yang mengisahkan peristiwa pembukaan kota Mekah?

9.Apakah surah yang terdapat kalimah 'ALLAH' dalam setiap ayatnya?

10.Berapa kalikah ulangan ayat yang sama dalam surah ArRahman?

11.Surah apakah yang ayat pertamanya dimulakan dengan "surah"?

12.Apakah surah yang mengandungi 2 ayat Sajadah?

13.Sebahagian ulama berpendapat "BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM" itu sebahagian dari surah alFatihah. dalam surah apakah kalimah "BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM" terkandung dalam ayatnya?

14.Nama nabi Muhammad disebut sebanyak 4 kali dalam AlQuran.Nyatakan surah2 tersebut.

15.Nyatakan surah yang ayat pertamanya menyebut waktu solat.

16.nyatakan 4 surah yang menggunakan nama nabi.

17.Apakah 2 surah yang namanya tidak diambil dari kandungan dalamnya?

18.Nyatakan 2 surah yang menggunakan nama manusia,bukan Nabi.

19.Bumi Palestin adalah milik umat Islam.Nyatakan surah yang membuktian pernyataan ini.

20.ALLAH memerintahkan solat dalam apa pun keadaan hatta dalam peperangan sekalipun. Nyatakan surah yang menerangkan kaifiyat solat dalam perang (SOLAT KHAUF).

21.Siapakah Makhluq yang mengaku takut kepada Allah tetapi tetap akan dimasukkan kedalam neraka?


Dapatkah antum menjawab kesemuanya???antum boleh jawab guna comment...nnt ana semak..
Selamat Mencuba!!!!!

::Mukhayyam di Mukah,Sarawak::

waaaahhhh...lama betul ana menyepi dari blog ni ek...biasa la ana ni,nak istiqamah memang susah.1 benda je senang bagi ana,main petang2..

Secara jujurnya ana boleh menilai diri ana dari penulisan blog.Sekiranya ana tak tulis pape dalam blog,kemungkinan besar sebabnya ialah futur.(nauzubillah).Betul,kalau rasa macam iman ni tinggi je(tak tinggi mane pun),banyak idea nak tulis.Walaupun tgh bz camana pun..

Ok lah,nak cerita pasal mukhayyam sebenarnya.Mukhayyam ni buat kat daerah yang bernama mukah.Tempat ni agak sukar nak pergi sebab jalan nk ke sana sungguh mencabar.Jalan2 yg rosak dan berlubang2 memaksa pemandu2 untuk memperlahankan kenderaan.Belum mukhayyam dah ditest kesabaran yek.....


Mukhayyam ni disertai ikhwah2 seluruh sarawak termasuk la bintulu(kontigen ana),kuching,miri,sibu,sarikei dan lain2 termasuk tuan rumah,mukah.Seramai hampir 90 orang yang turut serta dan kebanyakannya dari golongan remaja(satu perkara yang boleh dibanggakan).dijalankan selama 3 hari 2 mlm.



kalau nak dibandingkan,tak de la beza mukhayyam yang ana pernah ikuti di semenanjung dengan di sarwak ni.Sama ja.Mukhayyam kali ini lebih menerapkan latihan2 fizikal,game2 islamic,team building.Senaman pagi kami guna senaman ruhul jadid.Menyeronokkan!!!



Ana bersyukur la program spt ini diadakan.Biasala waktu cuti ni,kalau kosong tanpa aktiviti berfaedah,mcm2 kerja yang tak baik boleh menghasut.