D & T=dari syurga ditarik masuk ke neraka....

di akhirak kelak,ada golonggan lelaki yang layak masuk ke syurga,namun ditarik oleh wanita masuk ke neraka....siapakah mereka???

Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah
tidak memperdulikan anak-anak
perempuannya di dunia. Dia tidak
memberikan segala keperluan agama
seperti mengajar solat, mengaji dan
sebagainya. Dia membiarkan anak-anak
perempuannya tidak menutup aurat.

Suami
Apabila seorang suami tidak
memperdulikan tindak-tanduk isterinya.
Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan
diri bukan untuk suami tapi untuk
pandangan kaum lelaki yang bukan mahram
dan apabila suami mendiam diri. Walaupun
dia seorang alim (solat tidak tangguh,
puasa tidak tinggal) maka dia akan
ditarik oleh isterinya.

Abang
Apabila ayahnya sudah tiada,
tanggungjawab menjaga maruah wanita
jatuh ke pula kepada abang-abangnya.
Jikalau mereka hanya mementingkan
keluarganya sahaja dan adik perempuannya
dibiar melencong dari ajaran
ISLAM...Tunggulah tarikan adiknya di
akhirat.

Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati
seorang ibu perihal kelakuan yang haram
dari islam, maka anak itu akan disoal
dan dipertangungjawabkan di akhirat
kelak...nantikan tarikan ibunya.

Kepada golongan lelaki, cuba lah sebaik
mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab
kalian.

Kepada golongan wanita, sama-sama lah
meringankan bebanan yang ditanggung oleh
golongan lelaki.

Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama
membantu dan nasihat-menasihati??

D & T = Bersiap sedia Untuk Malam pertama....

" Wahai anak Adam, apa yang telah engkau
persiapkan saat malam pertamamu nanti di
alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa
ia adalah malam yang sangat mengerikan.
Malam yang kerananya para ulama' serta
orang-orang yang soleh menangis dan
orang-orang bijak mengeluh. Apa
tidaknya, kala itu kita sedang berada di
dua persimpangan dan di dunia yang amat
berbeza."



"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan
tempat tidurmu (di dunia), dan
ketenangan pun menghilang darimu. Bila
engkau berada di kuburmu pada malam
pertama, demi Allah, fikirkanlah untung
nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu
di sana?"

Hari ini kita berada di dunia yang penuh
keriangan dengan anak-anak, keluarga dan
sahabat handai, dunia yang diterangi
dengan lampu-lampu yang pelbagai warna
dan sinaran, dunia yang dihidangkan
dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat
serta minuman yang pelbagai, tetapi pada
keesokannya kita berada di malam pertama
di dalam dunia yang kelam gelap-gelita.



Lilin-lilin yang menerangi dunia adalah
amalan-amalan yang kita lakukan, dunia
sempit yang dikelilingi tanah dan
bantalnya juga tanah. Pada saat kita
mula membuka mata di malam pertama kita
di alam kubur, segala-galanya amat
menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang
yang sempit tapi apakan daya semuanya
telah berakhir. Itukah yang kita
mahukan? Pastinya tidak bukan?


Oleh itu beramallah dan ingatlah
sentiasa betapa kita semua akan
menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Ingatlah ayat al-Quran bagi mereka yang
mahu dikembalikan ke dunia setelah mati:

"Ya Tuhanku, kembalikanlah aku semula
(ke dunia), agar aku dapat berbuat amal
soleh terhadap apa yang telah
kutinggalkan (dahulu)." (Surah
Al-Mu'minun, ayat 99-100)



Wahai saudaraku, tidakkah engkau
menangis atas kematian dan sakaratul
maut yang bakal menjemputmu?

Wahai saudaraku, tidakkah engkau
menangis atas kuburan dan kengerian yang
ada di dalamnya?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau
menangis kerana takut akan hausnya di
hari penyesalan?



Wahai saudaraku, tidakkah engkau
menangis kerana takut kepada api Neraka
di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti
menghancurkan kenikmatan para
penikmatnya. Oleh itu, carilah
(kenikmatan) hidup yang tidak ada
kematian di dalamnya.

"Ya Allah, tolonglah kami ketika
sakaratul maut!"

INFO= ke gerbang industri penerbangan

Assalamualaikum...sekadar ingin berkongsi...
Malaysian Institute of Aviaation Technology(MIAT)ialah institusi
di bawah naungan Universiti Kuala Lumpur yang merupakan salah satu
projek MARA yang bertujuan membantu anak bumiputera..



Antara kursus yang di taawarkan ialah
1. Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Kapal Terbang (3 Tahun)
2. Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Helikopter (3 tahun)
3. Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Avionik (3 Tahun)
(avionik = electrical part dalam kapal terbang)
4. Diploma Kejuruteraan Pembuatan(aircraft part) (3tahun 6 bulan)
5. Diploma Kejuruteraan Komposit (aircraft Part) (3 tahun 6 bulan)



Oleh sebab Miat di bawah naungan MARA,setiap plajar akan menerima
pinjaman MARA berupa:
1. pembayaran yuran sepanjang sesi (RM4800 setiap sem)
2. elaun sara diri (RM 630 setiap bulan)

walaubagaimana pun,aspek pendapatan orang tua turut dikira..sekiranya
pendapatan parents melebihi Rm 100,000 setahun,pemohon sekadar
mendapat pembyaran yuran pengajian sahaja....

Antara sebab antum perlu masuk ke MIAT:
1. bykkn golongan professional dr golongan yang punyai fikrah islamiyah
2. Miat mempunyai Biah yang solehah InsyaAllah
3. Digalakkan untuk lelaki sahaja memandangkan bidang yang agak kasar
dan mencabar...serta kurangnya golongan Hawa..
4. pinjaman diberikan dan orang tua antum tidak perlu bingung mengenai
pebelanjaan antum
5. ada pcik2 yang memantau,IR Ahmad Jais dan encik Shahrul
6. sahabat telah menubuhkan kelab untuk bergerak..kelab ini sering
mengadakan program bersama2 sahabat2 dari universiti lain seperti
Usim,CUCMS,UIA nilai dan lain2 lg.

saranan peribadi dari ana,jika berminat,pilihlah kos yang mengambil
masa 3 tahun sahaja...di Miat juga menawarkan pgrm Ijazah...

sekiranya ingin mengetahui maklumat dengan lebih lanjut,
sila layari http://www.uniklmiat.com.my/ ,
http://www.unikl.edu.my/index.php?option=com_content&task=view&id=245&Itemid=262

jika ingin memohon,
http://www.online.unikl.edu.my/admission/newapplication.html

sekian dari ana....waAllahu a'lam