.:Solusi BOIKOT:.

Saranan boikot akan produk2 Amerika dan Yahudi akibat tindakan yang kurang hajar mereka mencerobohi kawasan ummat Islam di Palestin(tapi tetap tak dapat tawan jugak...Allahuakbar!!!!) kini hangat diperkatakan.Pandangan peribadi ana,boikot bukanlah perkara yang susah kerana ana selama ni bukannya "pembeli setia" barangan ape pun.So takde la sangat ketagihan pape.



Tapi lain pulak kepada sesiapa yang dah jadi "peminat setia" barangan Yahudi dan Amerika nih.Bagi mereka agak payah kerana sebelum ni benda tu dah sebati.Sebagai contoh,kawan2 ana sendiri.Mereka ni sungguh minat nak makan kan McD.Sehinggakan semua menu di Mcd diorang tau.Sekali dengan harga tu...Lagi2 kat McFlurry.Ana tak nafikan benda tu sedap.Nasib ana ni tak istiqamah kat benda2 macam tu.



So benda ni memang tidak boleh dilakukan secara mengejut.Lain la iman tu kuat seperti sahabat2 Rasulullah tatkala perintah mengharamkan arak.Sehingga diriwayatkan bumi jadi basah(Mekkah atau Madinah ana ta ingat),ditumpahi arak.So benda ni boleh dibuat pelan2.

Antara solusi untuk boikot.Kita mulakan dengan produk2 gergasi mereka.

Colgate

Bagi produk ubat gigi ni,kalau ana tanya orang lain,mesti tahu dah jawapannya.Tak payah kita nak tukar ke Darlie ke,Fresh n White ke kerana produk tu masih diragukan.Penyelesaiannya tak lain tak bukan pilih la HPA.keluaran muslim.




Coke-Coca Cola
minuman bergas.Syukur ana memang tak suka minum minuman bergas.tambah lagi coke sbb gas dia kuat sangat.Solusi dia minum la teh Tarik ka,fresh oren ka,air suam ka.sedap dan lebih murah pulak tu.Kalau dah sampai tahap ketagih Coke sangat tu,ape lagi...beli la Cola Radix.ahaaaa...rasa pun lebih kurang je kot...






Starbuck
Ni ana rasa memang takde masalah la nak boikot.Sebab kedai2 ni jarang ditemui melainkan di tempat2 standard2.so selesai masalah.

KFC,McD,Pizza Hut dan sewaktu dengannya..
Ish3...fast food ni memang tak menyihatkan.Sedarlah wahai insan!!!ok..diantara produk2 mereka yang menawan hati serta solusinya:
-Burger :
baik g beli kat tepi jalan.Satu burger kat tempat diatas ni boleh membeli lebih 5 burger di gerai biasa.Lebih kenyang dan lebih halal gitu....
-Ais krim(McFlurry) dan sebagainya...
Ais krim ni kita beli dalam kotak je.Banyak lg..Tapi produk2 Aiskrim terkemuka ni agak diragui jugak la.Seperti Walls(hidup biar sedap..),Nestle apatah lagi...So carilah aiskrim yang tak ternama mcam cap kancil ke...
-kentang goreng
Yang ni lagi best.Kita beli je dekat Supermarket.Harga tak sampai RM5.Puas lagi..Masak sendiri....


Nestle
Ini lah product yang ana rasa paling susah nak boikot.Sebab dia menguasai produk makanan.(ana kuat makan..hehehe).kalau nak senaraikan produk2 dia,terlalu banyak.82 produk kesemuanya(sumber dari http://www.sabasun.com/boikot_israel.php).Memang hebat perancangan Yahudi dan Zionis ni.Apa pun usaha je carik brand lain.Kalau tak dapat,nak buat macam mana.Vico gantikan Milo,tu je la yang ana tau.



Media dan hiburan spt 20th century etc...
Solusi untuk ni jahat sikit.Kalau ada movie terbaru yang diterbitkan oleh syarikat2 boikot(ana tak ingat sangat),senang je..Belilah CD bajakan(bahasa Indonesia) atau kata lainnya cetak rompak.Ish3,ape la ana nih,ajar benda tak baik pulak....

Barangan2 lain tu ana rasa takla susah sangatkan..Ingin ana nyatakan ni semua hanyalah pandangan peribadi sahaja.Mungkin ada yang tak setuju.So ana terima apapun komentar dari anda.Fikir2kan lah..

No comments: