D & T = Istiqamah.....

assalamualaikum sahabatku...di sini ana nak kongsi bersama tazkirah yang disampaikan oleh mas'ul ana iaitu Ir Ahmad Jais pada sesi halaqat yang terbaru(tapi lama dah..)..

Dalam halaqat tu,kitorang membaca surah Fushshilat yang bermaksud Yang Dijelaskan... surah ini dinamakan Fushshilat kerana kandungannya mengenai penerangan yang jelas tentang hukum2,keimanan,ancaman dsb....

stelah ana,Ahmad Kamil,Hakim Kamaruddin,Syakir Roseli,Khairul Anwar,Asyraf Ghazali dan Ir sendiri selesai membaca surah tersebut,kami membaca maknanya...



setelah itu Ir pon memberi tazkirah....Beliau meminta kami meneliti semula ayat 6 yang kira2 bermaksud(lebih afdhal jika amtum bukak sinri Quran tu):

"Katakanlah: "Bahwasanya aku hanyalah manusia seperti kamu,diwahyukan kepadaku bahawasanya Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Esa,Maka istqamahlah kamu kepadanya dan mohonlah amppun kepadaNya.Dan celakalah yang besarlah untuk orang2 yang mempersekutunya"

(Surah Fushshilat:6)

Ir menerangkan bahawa istiqamah ini merupakan satu perbuatan yang sangat sukar....
untuk berubah perangai dan akhlaq itu mudah namun utuk tetap berakhlaq baik itu susah....untuk masuk Islam itu mudah,tapi untuk tetap pada garis panduanNya itu payah...untuk baca alQuran itu senang,namun untuk menjadikannya satu rutin harian itu belum tentu...

Ir juga ada menyatakan dalam surah alFatihah ayat 6,terdapat kalimah almustaqim....
dgn maksudnya yang lurus...siratol mustaqim = jalan yang lurus....kalimah ini juga boleh diertikan sebagai "orang2 yang beristiqamah".orang2 yang
istiqamah yang bagaimana?...yaitu yang diberi nikmat keatas mereka...



Oleh kerana istqamah itu susah untuk dicapai...Maka Allah meletakkan di dalam Surah al Fatihah sebagai doa bagi kita,yang kita ulang2 sebanyak 17 kali sehari....betapa penting istqamah itu kan sahabatku???!!

renung2kan sahabatku....dan selamat beramal....

INFO = no baru...


Salam untuk semua…..just nak inform ana ada no baru..no lama xguna dah.no nya 0133746926...harap maklum

INFO = BOIKOT????BTOL????

betul ke diorang ni ada kaitan ngan amerika sehingga kena boikot?????

Ana Cuma nak ajak antum berfikir...bukan nak menafikan barang yang perlu kita boikot kerana keuntungan pihak mereka disalurkan untuk menyerang saudara kita di Palestin.....

Kadang – kadang ana terfikir....boleh jadi ni tindakan pihak tertentu yang bertujuan untuk mensabotaj perniagaan produk tersebut(bukan sumer produk..ada yang memeang jelas harus kena boycott)....sekali lagi ana ingatkan..ana tulis ni bukan bermakna ana menafikan barang boikot.....
Kita ambil contoh...maxis tergolong dalam produk yang kena boikot...
Ana ada ayah sedara yang kerja sebagai pegawai kat mxis…dia kat hampir 60% saham maxis dikuasai orang Arab....ntah la...

Ader gak ana pnah terima risalah yang memburukkan produk…seperti produk colgate…ana pnah terbaca yang colgate tu diperbuat dari mingak khinzir la,tulang khinzir la…sehinggakan Colgate membuat statement kat tv yang Colgate telah disahkan halal oleh pihak Jakim…
Plik kan???

Fikir2kan lah….luahkan pendapat antum....harap berguna untuk semua...sekian

D & T = kami bertiga...takder syaitan!!!!!!


Kalau keluar bertiga,syaitan takder?????

Satu ungkapan yang paling ana tak suka dengar…dari room mate ana sinri…tentunya mengenai couple…actually ana tak layak nak bincang pasal ni,,ana rasa antum pun tahu sebab ape…malu nak cita..takpe…
Benda dah lepas….ni untuk peringatan ana sinri gak….

Cerita nya camni....ana ada tegur roomate ana yang kerap kuar dengan awek dia....bayangkan campus kitorang kat sepang..diorang boleh keluar naik moto(moto sinri2 la...bukan 1 moto je..) sampai ke rawang...cuba antum selidik peta selangor...mana sepang,mana rawang...jauh tuuuu!!!!

Ana tegur secara tak direct...just sekadar perli2...bagi dia terasa.....
Tapi ada satu hari kitorang berdebat…ana kata yang dia wat tu maksiat,tp unik nya dia ni,setiap kali dia kuar,dia bawak kawan laki sorang...kononnya nak mengelak ’berdua-duaan’….



jadi dia kata balik,Diorang bertiga,bukan berdua…sayitan takda…kalau berdua baru syaitan menjadi orang ketiga….waduuhh…pning btol…bagi ana syaitan tu ader kat maner2…sentiasa mencari peluang untuk menumpaskan anak adam…sampai kita tengah wat ibadat pon syaitan goda,tu ader solat tak khusyu’…inikan pula keluar dengan tujuan yang tidak jelas…bagaimana pendapat antum??

Harap antum beri respon…samaada kat shoutbox or bagi komen untuk post ni….setiap pandangan dan pendapat antum amat ana hargai….
Sekian…

D & T = Celakalah Bagi Orang Yang Menunaikan Solat...

A Celaka Bagi Orang Yang Solat????

Apa nie????


Dah murtad ke????




Sabar sahabatku.....pernyataan ini ana petik dari ayat Al Quran....yang sangat mendalam maknanya...itupun jika antum prihatin... kira2 bermaksud....

"Maka celakalah bagi mereka yang mendirikan solat. Yaitu orang yang lalai dalam solatnya. Orang2 yang berbuat riya' "

Surah Al Maa'un : ayat 4 - 6
Jika antum baca je ayat nie,mesti antum dah boleh kenalpasti,jenis yang mana yang Allah golongkan dalam kecelakaan disebabkan solat mereka....Siapakah mereka???



a)Orang yang tidak khusyu' di dalam solat
- ini selalu berlaku terhadap ramai orang...ana pun kadang2 mengalami benda nie....memikirkan hal dunia dalam solat......dan kadang2 tu,ada yang mengakui banyak ilham atau idea muncul ketika dalam solat!!!!

-PUNCA = tidak ikhlas melakukan solat...hanya melakukan untuk melepaskan tanggungjawab tanpa sebarang penghayatan..
= kurang sifat ihsan

- CARA MENGATASI = senang je....ketahui dan fahami serta hayati setiaap bacaan dalam solat....itu je... tapi melaksanakan tu susah....

b)Orang melakukan riya'
- Orang yang melakukan solat bukan kerana Allah tetapi untuk mendapat perhatian dan pujian orang lain...

Fikir - fikirkanlah sahabatku......dan selamat beramal....

NOSTALGIA = kenangan menjadi guru di MATRI


menjadi seorang guru di MATRI......
pengalaman yang tidak akan ana lupakan...
satu peluang yang agak mustahil jika difikirkan
kerana ana bukan lah dari golongan pelajar yang
cemerlang....
bersama sahabat2 ana....
Ikrimah Husni,
Raja Muhd Azman,
Saiful Rahman,Ammar Amran.
dan sahabat2 yang mengikuti
daurah bahasa arab,yang turut
memeriahkan dorm
Darul Syifa'(bilik rawatan),
Muhammad,Sahel,Ammar Ismail,
Azri dan lain2......
baru ana tau betapa sukarnya
menjadi seorang guru...
merancang,menyediakan
segala materi untuk pembelajaran..
karenah murid masalah lain pulak
sabar memang sangat diperlukan
untuk menjadi seorang guru...
kerana guru ibarat lilin,
sanggup membakar diri
hanya untuk menerangi kegelapan ilmu..
keberanian juga diuji
mengajar kelas sahibah
tapi itu lah pengalaman
mungkin berguna dalam medan dakwah..
ammmiiinnn..
sekian...
..................
.................
..............
...........
........

D & T = ajak makan????




Tahukah anda bahawa mempelawa seseorang untuk makan merupakan salah satu kaifiyatuddakwah (cara2 untuk berdakawah) yang berkesan??????

Mungkin perkara ini sangat lah remeh bagi antum kerana bagi golongan yang sudah jelas matlamatnya dalam Dakwah dan Tarbiyah (seperti antum...amiiin) sudah boleh menerima nasihat secara direct...namun begitu,ramai lagi di luar sana bahkan di dalam MATRI sendiri masih meraba2 tentang peranan mereka sebagai khalifah di bumi ini......

Seperti yang antumketahui...permulaan dalam dakwah itu ialah ta'aruf.Menurut salah seorang pendakwah di Sarawak,Ust Ali Fathullah Harun,seseorang itu tidak akan menunjukkan perangai sebenar dia kepada orang yang baru dikenali,bahkan perangai yang ditunjukkan itu munkin 9 lapisan dari perangai sebenar.Maka proses ta'aruf perlu untuk merobek setiap lapisan justeru memahami dirinya lantas lebih mudah untuk berdakwah....

Nah!!!dan ini sangat terbukti kerana selalunya seseorang itu lebih mudah untuk meluahkan segalanya sekiranya kita mengajak dia untuk makan....namun ada syaratnya....yaitu kita kena bekorban sedikit wang untuk 'belanja dia'.Apa la sangat nilai wang yang mungkin tak sampai 5 ringgit berbanding kerja yang mulia ini berjalan???

Syarat yang lain ialah hanya anda dan dia sahaja....ini mungkin menimbulkan banyak tanda tanya kerana nanti anda berdua dilabelkan sebagai adik beradik angkat....satu fenomena yang biasa.....syarat ni hanyalah optional...ini lebih memudahkan lapisan2 pada diri mad'u itu lebis senang untuk dirobohkan.......

Terus terang ana katakan bahawa ana menulis perkara ini berpandukan pengalaman kerana dahulu ana tergolong dari pelajar yang agak nakal....namun fikiran yang matang sedikit sebanyak mengubah ana untuk menjadi lebih dewasa......dan perkara ini memang slalu berhasil!!!!

untuk perkongsian bersama......tetapi banyak lagi cara2 yang lainnya....bergantung kepada jenis mad'u itu sendiri...sekian....

fikir-fikirkanlah....dan selamat beramal..

D & T = DUA PILIHAN!!! TIADA TIGA...

Ketahuilah sahabat2 ku,dalam hidup ini,kita hanya mempunyai 2 pilihan...

tiada pilihan lain selainnya...

sama ada kamu memilih untuk tetap pada jalan Tuhan mu...

atau kamu memilih untuk tunduk kepada hasutan syaitan durjana.....



Ana masih teringat akan ceramah dan tazkirah yang pernah disampaikan oleh asatidz, sama ada di matri atau di negeri asal ana sendiri....jika kita tidak sibukkan diri kita dengan kebaikan,
nescaya perkara maksiat akan cuba untuk menyelit di dalam kehidupan harian kita kerana syaitan laknatullah pada suatu masa dahulu pernah bersumpah....MEREKA AKAN MENYESATKAN KAUM MANUSIA UNTUK MENUJU KE NERAKA WALAU DARI SEGALA SUDUT....




Gambar ini memberi makna yang mendalam kepada diri ana....mengenai pilihan di dalam hidup.....di dalam diri kita juga terdapat tarikan ke arah kedua2 nya,ke arah kebaikan mahupun ke arah maksiat.hal ini ada dinyatakan dalam al Quran:

"maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya"

Surah As Syams : ayat 8

Namun perkara ini masih bergantung kepada diri kita sendiri bagaimana untuk mengatasinya...Maklum la,sebagai insan biasa,iman di dalam sanubari ternyata sering berubah2....Kadang2 meningkat melebihi iman para malaikat,kadang kala menurun dan di sinilah lemahnya manusia....Syaitan mula mengatur srategi untuk menundukkan manusia mengikut telunjuknya.....

artikel ini ana tulis khas untuk peringatan diri ana.....dan secara tidak langsung diharap juga dapat menjadi tazkirah untuk diri antum....sekian.....


Bersyukur ana kehadrat Allah s.w.t kerana dgn rahmatNya,ana diberi kudrat untuk menubuhkan blog sendiri.....Diharap kandungan blog ini dapat memberi sedikit manfaat untuk sesiapa sahaja...