~mengembara di bumi San'a,Yaman~

"Assalamualaikum....kaif hal???....."
soalan yg tak pernah lekang dari mulut kami semua... pantang jumpa orang arab, pasti soalan tu yang keluar.. sebabnya? haa...tu je soalan yang lekat kat kepala,nk tanya lebih2, tak reti pulak.Takut bila dijawab, sepatah pun tak faham.. tapi orang Yaman sangat ramah,bagi je salam,pasti dibalas dengan senyuman...

hari ni merupakan hari yg unik...10.10.10..(9.30 malam waktu Yaman).untung sape kawen tarikh ni,tarikh cantik..haahaha..dan hari ini merupakan hari kedua ana mengikuti kuliah Bahasa Arab..kali ni ana bukanlah nak cerita pasal kuliah,cuma nak cerita pasal lawatan ana ke tempat2 menarik yg terdapat di sekitar San'a, Yemen.. sekadar berkongsi pengalaman je..bukan bermaksud nak jeleskan ye,cuma nak bg motivasi kepada suma,blaja la jaoh2(Yaman salah satunya)...hehehe..
.
.
jaoh perjalanan,luas pemandangan


Destinasi pertama kami ialah Lembah Dzuhr(klau tak silap laa)..kami menaiki bas yang disewa..sebaik tiba di lembah tersebut,tiada kata yang terucap melainkan pujian ke hadrat ilahi,melihat keindahan alam.
.

kami berada di atas bukit yang tinggi, melihat terdapat ada kediaman di bawahnya...gayat jugak rasanya..macam berdiri di tepi gaung... Orang Arab tempatan terus mengejar kami,menawarkan mcm2...
.

ada yang menawarkan senapang,utk menembak..ada yang menawarkan helang peliharaannya untuk diambil gambar bersama dan tak kurang juga menghulurkan tangan meminta sedikit ihsan..Setelah puas ber'posing'.
.

kami bergerak ke Darul Hajr,yang terletak di bawah Lembah Dzuhr tersebut...

Darul Hajr terletak betul2 di bawah lembah. Tiba disana,kami melihat tarian tradisional Arab Yaman. Menurut salah seorang senior, Mus, setiap pergerakan mempunyai kisahnya sendiri..hurm..apa2lah..tak best pon tengok..
.


Darul Hajr sebenarnya merupakan rumah kediaman Imam Yahya, seorang Syiah pada kira2 700 tahun yang lalu..Uniknya rumah ini,ianya dibina diatas batu dan kedudukannya tinggi.Batu tersebut dikorek,dijadikan tangga menuju ke atas.Dan unik nya lagi,rumah tersebut 5 tingkat.Dikhabarkan bahawa 4 tingkat ialah untuk setiap isterinya.yg bawah tu mgkin lobi rumah kot..urutan tingkat mengikut urutan isteri ke brapa tu wallahua'lam,ana tak tahu pun..ehehehe..

Seterusnya kami bergerak ke Bait Baws, yang merupakan perkampungan orang Yahudi suatu ketika dahulu..alkisah nya dulu pemerintah di San'a Yaman nak asingkan orang Yahudi ni dari San'a.maka tempat tu diberikan kepada mereka
.


agak jauh la dari San'a..kalau difikirkan,kenapa agaknya dia nak asingkan eh?..well,mungkin sifat orang Yahudi ni memang tak bagus untuk rakyat..rasanya suma tahu betapa teruknya Yahudi ni..dari zaman nabi dahulu,zaman nabi Muhammad bahkan Hitler pun tahu Yahudi ni teruk..Di Bait Baws ni sempat bergambar dengan seorang pakcik,yang sangat teruja bila tahu ana belajar di Yaman sehingga beliau mengucup dahi ana sambil berdoa ke hadrat Allah.moga doa dia dimakbulkan,amiin..;p...
.


Destinasi terakhir kami merupakan Masjid Presiden..fuuh..memang cantik dah bersih.sampai ayah ana sendiri kata "ada jugak tempat yg bersih di Yaman"...
.


memandangkan namanya Masjid Presiden, so security nya agak ketat..macam kat airport la pulak...kami solat zohor di sana,dan kemudian pulang ke rumah...agak letih tapi seronok...dengar nya ada banyak lagi tempat menarik di sekitar San'a yang ana belum pergi...InsyaAllah lain kali..masa panjang ag di Yaman sekiranya Allah bagi ana umur....walllahua'lam..kita jumpa lagi lain kali ye....ma'assalamah..
.

No comments: