::kala aidiladha itu..::

Siapa sangka,hari raya aidiladha yang sepatutnya disambut dengan takbir dan penuh rasa gembira tapi kini sebaliknya????



Begitulah keadaan mangsa tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa baru2 ini.Akibat dari ketamakan manusia yang tidak bertanggungjawab,manusia lain menerima padahnya.Impaknya,bukan sahaja lembu atau kambing yang terkorban,malah nyawa manusia turut melayang.



Sebetulnya ana tidak berapa tahu akan hal ini.Berikutan Miat yang tiada televisyen.Salah ana jugak tak search kat internet..huhuhu...ana tulis mengenai kejadian tanah runtuh ini sebab keluarga makcik ana menjadi mangsa.Ana cukup terkejut dan cemas akan hal ini.



Huuuhhh...Nasib baik mereka selamat.Kawasan yang mengalami land slide tu betul2 sebelah taman makcik ana.Syukur semuanya selamat.Akan tetapi mereka dikehendaki pindah kerana dikhuatirkan akan berlaku lagi.Tambahan pula bekalan air dan elektrik terputus.

Sultan Selangor memerhati mangsa iaitu nenek ana(dalam bulatan berbaring) sambil diperhatikan pakcik ana (dalam bulatan berdiri)


Sungguh sedih pabila dengar cerita betapa payahnya nenek ana nak keluar dari kawasan kejadian.Nenek ana ni mmg sakit untuk berjalan.Nenek ana terpaksa dibawa menggunakan strecther.Apa la ana ni.Lambat sangat nak tau.

(dalam bulatan)nenek ana diusung keluar


Dapat tau je,ana contact makcik dengan panggilannya 'mummy'.Ana menawarkan diri sekiranya memerlukan bantuan.Makcik ana mintak ana jaga sepupu2 ana kerana makcik ana ada hal di luar negara.Kini mereka menetap di rumah lama.(rumah yang berada di kawasan kejadian tu baru je tak sampai 5 bulan.).Nasib baik rumah lama tak disewa kat orang lagi.So ada la tempat berteduh.

So kita yang masih selamat dan bergembira ni,marilah sama2 doakan keselamatan dan dipermudahkan urusan mereka.Ingatlah Allah turunkan sesuatu pasti ada sebabnya.Selain sebagai balasan atas kerakusan manuisa,Alah juga ingin menguji hamba2Nya.Mungkin kita senang pada hari ini,tapi siapa tahu esok lusa?

1 comment:

HafizuddinPirus said...

ianya merupakan ujian daripada tuhan yang menyayangi diri kita semua.Dan juga merupakan peringatan kepada seluruh muslim..Semoga ianya memberi keinsafan dan kesedaran pada diri yang Dhaif ini..

.:Pengorbanan merupakan suatu jalan menuju keredhaan:.