kem di Pantai Sepat,Pahang 2

Hurm...tak tau kenapa pagi ni ana terasa nk tulis je sesuatu....walaupun tgh exam ni...bkn bererti ana ni dah cukup pandai ye...cuma berehat sebentar melepaskan ketegangan sbb belajar(rasanya camtu la kot)

'Ala kullihal(tiru ayat moderator pgrm kat Pahang),ana just nk terangkan lagi mengenai program tu.Program tu di sertai oleh beberapa buah kontigen,antaranya:
-Kontigen Sepang(Unikl MIAT,CUCMS)
-Kontigen Nilai (UIA Nilai)
-KOntigen Shah Alam(MEdic UITM)
-Kontigen Kuantan(Medic UIA Kuantan
-Kontigen Kuala Lumpur(Medic USIM)
-Kontigen Kelantan(student miat yang tgh wat praktikal,Izzuddin)

Kontigen Sepang bertolak pada pagi Sabtu,pukul 300 pg.Pada mulanya Kontigen ana merancang untuk bertolak selepas maghrib,namun ketua kontigen,IR Ahmad Jais terpaksa menyelesaikan urusannya di IKIM.fm.So flight delay.Kontigen Sepang konvoi dengan Kontigen Nilai.Antara ahli2 ialah En Shahrul,Ana,Hazman,Syauqi,Aqi(kereta avanza)IR Ahmad Jais,Raja Azman,Fakhri,Zul,Omar dan Hanif helmi(serena).



Tibanya di tempat kejadian,ana terlihat salah seorang dari Kontigen Shah Alam. Ana teruslah mencari sesorang ni. nama dia Eusouffe.Kalau nak tau dia ni classmate ana waktu ana blaja di SMKA Tun Ahmad Zaidi,Sarawak.form2 dan form3.Bila teringat balik, ana panjatkan sejuta kesyukuran kehadrat Allah swt kerana kami dipertemukan semula. Tambahan lagi ditemukan dia atas Jalan Dakwah ini.

Program yang dijalankan rasanya suma hampir sama coraknya..melatih kami berfikiran kritikal dan pantas membuat keputusan.So mmg teruji skit la otak ni.Dipaksa untuk dikerah 100%.bagus jgk nnt untuk exam pada lusanya.Aktiviti banyak outdoor,memandangkan kawasan kejadian mmg cantik dan condusive utk buat program.



Selain itu kami diterapkan semangat sbg Jundullah.bernasyid dengan semangat.terutama nasyid2 Shoutul Harokah spt Bingkai Kehidupan..kami bernasyid sambil mengangkat tangan serta melompat2 tanda semangat.Patut la wat program jauh sangat sampai kat Pahang.Rupanya nk privacy.




Hurm....Takpela...YAng penting ana suka pantai dia. SubhanAllah.mmg cantik. Walaupun tak la sejernih pantai Damai di Sarawak,tp pantai dia lurus je. Seronok mata memandang. Ok la sahabat2. Jap lg nk masuk Hall exam. Doakan ana ek. Lupa nk cakap td.Ni hari ke-3 exam. Sampai tu je perkongsian ana. Layan la gambar2 ni eh. Wallahua'lam.

1 comment:

Anonymous said...

very nice :)