-Pondok Modern Gontor,Segalanya Bermula-

Kawan-kawan!! nak tau pasal sekolah saya yang terdahulu??? kalau tak nak pon,ana tak pedulik...nak cerita gak...

Nama sekolah tu ialah Pondok Modern Gontor,Ponorogo,Jawa Timur,Indonesia.Pondok ni terletak di dalam perkampungan yang dinamakan Gontor,bersempena nama pondok ni..(rasanya terbalik kot...nama pondok bersempena nama tempat...).5 jam perjalanan dari Surabaya.Pondok ni ader banyak cabang seluruh indonesia..klau tak silap,ade 8 camtu la.ana punya pondok ni ialah pondok pusat.pelajar yang paling ramai.klau di tmpat ana ni je 5 ribu.pondok2 yang lainnya jumlah lbih kurang 18 ribu org.

Gontor puteri pon ade gak.klau tak silap ade 4.ana pon tak pasti.tak penah nak tau.mana taknya,Gontor poteri yang paling dekat tu 100km jauhnya.So mmg tak tau pape pon pasal sklah utk plajar puteri.

pemandangan POondok ketika banjir


Ana menuntut di sini,kejap je.1 tahun.Tp pondok ni sangat special bg ana..klau terkenang balik nostalgia kat pondok ni,rasa macam nak menangis...sebab..sedihnya...ana rasa sebak dah ni...

pintu gerbang pondok

Sebab di sinilah bermula titik cabaran hidup ana.Duduk berjauhan dengan keluarga selama setahun,di tempat asing,padahal ana waktu tu mmg tak pandai berdikari sepenuhnya lagi...Ye la time form 1 ngan form 2 asrama ana dekat je ngan umah..tiap minggu balik..

Di sini ana nak cerita apa yang spesel kat sini.Yang paling menakjubkan bagi ana ialah Panggung Gembira dan Drama Arena.Ini ialah progam macam show yang diuruskan sendiri oleh student2 sendiri.Panggung Gembira untuk student kelas 6(tingkatan 6),manakala Drama Arena bagi kelas 5(tingkatan 5). Berikut adalah gambar mengenai aktiviti tersebut:

lokasi kejadian


persiapan backstage



Drama Arena



Panggung Gembira



Cuba antum tengok betapa besarnya backstage dia...cuma guna playwood je...and 1 lagi,suma tu flat je.hanya lukisan tangan yang buat dia nampak mcm 3D. Acara ni tiap tahun buat..Ketika Khutbatul Arsy iaitu Pekan Perkenalan.Memang hebat kerana dilakukan oleh pelajar sekolah menengah je...

Ada banyak lagi benda menarik nak cerita nih...meh baca lagi ye.....


Jari Sobah(Lari Pagi)



Lari Pagi ni memang best tau...dilakukan setiap hari Jumaat selepas pemberian mufradat(vocabulary untuk bahasa Arab/English). Kena lari keluar dari kawasan pondok skit.Lari dalam 4-5 kilometer tp syok.Sebabnya sambil kami berlari,kami akan menyanyi lagu trademark asrama masing2 sambil diiringi tepukan semangat.Tapi Nanyi mesti dalan bahasa Arab or English.Memang syok.




...................................................................................
masjid


Ni la masjid pondok ana..Besar la jugak.Kami Solat berjemaah disini 2 watu je.Solat Maghrib dan solat Jumaat. Solat yang lainnya dialakukan di bilik masing2 dengan tujuan untuk melatih setiap santri untuk menjadi imam dan muazzin. Pemandangan yang paling menarik pasal masjid ini ialah ketika jemaah turun dari masjid. Saksikan gambar di sebelah.

Asrama
Asrama kat pondok ni ada 20 asrama.banyakkan???Antaranya ialag Aligharh,Wisma Hadi,Saudi,Indonesia,Darul Hijrah dan sbgnya.ye la nak menampung 5 ribu orang.Sepanjang ana blaja kat sana,ana pernah duduk kat 2 asrama.

ni baru orang yang mohon masuk ke pondok ni,blum pelajarnya lagi


Setengah tahun pertama ana duduk di Aligharh.Asrama ni rasanya asrama terbesar dan taburan kepadatan penghuni paling tinggi.bilik paling kecik pun ada 27 orang dalam tu.Memang crowded gle la. Banyak kenangan.


The next half year,ana pindah ke Wisma Hadi.Asrama ni agak 'class' jugak la,padan dengan nama dia.bilik pon tak crowded.memang selesa.Bila pindah sini,ana jadi ketua bilik ana.klau tak silap no bilik ana hujrah 9. Rais hujrah tuu.hahaha.



Pramuka
Pramuka n macam pengakap gak.memang sebijik.Actually alot of fun pasal Pramuka ni.banyak dapat ilmu tambahan spt bahasa isyarat,buat gadget,ikatan dan sebagainya.Tapi satu je ana tak suka bila time pramuka,pakai seragam dia.sebab seragam ana waktu tu ketat sangat.Jadi wat aktiviti pon tak selesa.huhuhu..ruginya...seragam dia warna coklat.







.................................................................................
WARTEL


WARTEL atau singkatan dari warung telpon adalah tempat yang paling ana suka ziarahi kerana teruja ingin hubungi keluarga ana di Sarawak,Malaysia..Melepaskan rindu yang sesangat.Dan di sini juga duit ana banyak dilaburkan.hahaha...mana tak nya,mahal btol call ke malaysia.RM2 per minit.memang tak puas.Kalau terkenang balik memori ni memang rasa nak menangis.Nasib kawan2 ada kat sebelah ni.Kalau tak dah mnitis air mata.hahhahaha.

hurm...banyak lagi nk cerita sebenarnya,tentang kelas,Warung makan,BKSM(mcm klinik la),tapi penat jugak menulis ni eh.Jenis kalau orang yang btul2 minat je boleh tahan.Macam sahabat ana,Hilal Asyraf.mesti otot2 jari dia besar2.btol tak Hilal??hehehe....

Tapi sebelum tu ana nak bagitau benda paling unik sekali.Kat pondok ni ketepatan masa amat dijaga.So banyak waktu kita kena lari tau.Antaranya ketika keluar dari kelas nak balik asrama,ataupun ketika nak g Muhadharah(latihan berpidato).Memang kena lari.saksikan di bawah ini.



See!!!kalau anda perasan,ada bro ni macam Ketua.rambut dia flat top,dia tgh mengangkat tangannya sampil menunjukkan angka '4'.Haaa...itulah orang dari Qismu Aman.PAngkat mereka ni macam pengawas tapi lebih power.Boleh menghukum pelajar spt guru2 di malaysia menghukum muridnya bahkan lebih dari itu.Saksikan hukumannya....


Diorang ni dihukum sebab tak berlari...ana pernah jugak kena..hehehe...kadang2 dia bagi 50 pumping...memang tuff la tangan..tu baru skit.Ader lag hukuman yang lebih teruk ana pernah kena.Tampar tu selalu sangat.Seminggu tu msti 6-7 tapak tangan hinggap ke muka.Biasa dah.Kena sebat pon ade.hurmm.. sedar tak dalam gambar tu ade yang berlenggang je...tu pelajar klas 6,berbaju biru.Diorang ni dengan Qismu Aman ni satu batch.So tak leh la nak sound.

Nak tau lebih lanjut,tengok la link video2 di bawah ini:

->Pondok Modern Gontor Indonesia<-

->Album Gontor<-

serta antum boleh la layari:

->http://www.ohpondokku.blogspot.com/<-

ok la..Sampai sini je.Sebenarnya banyak lagi nak cerita.5 page pon tak abis rasanya.Banyak sangat kenangan.Tapi ana sendiri tak larat nk tulis. Ana tulis ni sebab tiba2 rasa rindu plak kat skolah ana ni.walaupun dalam minggu exam tapi nak luahkan jgk.sekian

8 comments:

حزيفه.org said...

alhamdulillah... mesti best dpt sekolah pondok mcm ni... ana tak merasa la... teringin nak ke sekolah pondok...

akhi_afif said...

sesungguhnya ia suatu pengalaman yang berharga

Hilal Asyraf said...

ana nak pi sana la tahun depan...

ha ha...

(bila agaknya MATRI bleh jadi camtuh? tunggu ana jadi mudir kut... ha ha)

akhi_afif said...

hehehe...
insyaAllah...
nnt bleh ana jadi Pk HEM nya...hak3..

syah93 said...

Interesting me..
Memang blja kt cni dlu ek?
Kih kih..
Susah nak percaya..

akhi_afif said...

yup...ana blaja kat sini la...byk pengalaman...walaupun 'dicelup' 1 tahun...hehehehehe

brohamzh said...

Perkongsian yang menarik!!!!!

akhi_afif said...

syukran..moga dapat la manfaat..