.:Pengalaman Oh Pengalaman:.

Assalamualaikum semua!!!!!!!
Afwan2,blog ana ni banyak sawang...almaklum la hampir 4 bulan tidak di isi.Final Year Student dijadikan alasan....biasala,manusia.......

Untuk kali ini,nak cerita sikit mengenai pengalaman.Antum suma mesti ada pengalaman yang menarik bukan????Ada diantaranya,nak je kongsi 1 dunia(macam pe yg ana nk buat ni la...hehe).Bagi ana pengalaman tu banyak.Yang pahit mahupun yang manis.

Pengalaman sebenarnya guru yang terbaik.Dengan pengalaman,sesuatu perkara tu mgkin tidak akan dilupakan seumur hidup.Berbanding kalau kita blaja sejarah dengan guru pakar terbaik dunia.Silap2 keluar kelas,terus lupa...(macam pengalaman je....)...

banyak betul muQaddimah ye...sebenarnya ana nak cerita pengalaman yang mungkin tidak akan ana lupakan sampai bila2....RUMAH KENA AMBUSH!!!!!macam tak caya je kan?? Jumaat malam 2 Minggu lepas.13 November 2009.huhhhh...Lepas buat Ta'lim yg disampaikan oleh Ir Jais,Pengarah IKIM.fm,Rumah diserbu oleh jawatankuasa Taman Desa Vista.Kami disoal siasat berikutan kehadiran ramai org ke rumah kami setiap minggu tapi tak wat bising.(pelik jugak manusia ni.wat bising salah,senyap pun salah..)Ini menimbulkan syak wasangka jiran depan lantas melaporkan perkara ini kepada JKK taman tersebut.

Setelah soal siasat dilakukan,Jkk taman memutuskan bahwa itu hanyalah salah faham(alhamdulillah).Sejurus setelah soal siasat selesai,dan JKK sepertinya sedia untuk beredar,Jiran yg report tu dtg ke rumah.Habis ceramah dia bg.Rupanya2,semua salah faham ni sbb kami tak penah tegur dia.So dia rasa mcm kami ni org asing.Ish3...itu la..pengajaran untuk anda suma ye,Mad'u2 jugak,orang sekeliling jgn lupa.

tu je ana nak kongsi.Ni pun sempat on9 umah kawan.Susah skit nk berkarya klau takde internet ni...Igt ye!Ambki pengajaran dr kisah ni.bertegur la dgn jiran2,(bg sesiapa yang duduk rumah sewa tu.tambah lg klau rumah sewa tu dijadikan tmpat utk wat program)
Posted on Saturday, November 21, 2009 by akhi_afif and filed under , , | 0 Comments »

~Peristiwa membuktikan Kekuasaan Allah~

pernah tengok gambar pokok ni????



atau gambar ini???

ombak tsunami yang membentuk kalimah Allah


mesti pernah kan???dan banyak lagi gambar yang membuktikan kekuasaan Allah...Pasti hati kita merasa kagum dengan kuasa Allah.Maka keluarlah pujian2 kepada Allah.Hal2 ini hanyalah untuk membuktikan bahawa Allah itu Tuhan(bag yang non muslim) dan sebagai penguat keimanan(Bagi orang Islam).Adapun orang yang tak rasa apa2,sah la hati mereka tu keras.(keras mengalahkan berlian,ganti mata gerudi kat gali minyak lg bagus)

Cuba kita hayati di dalam surah Ali-imran ayat 190-191 yang memberi maksud : Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka.

kejadian batu berdiri dalam entry sebelum ni... [KLIK] untuk membaca


"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?" [QS. Al- Fushshilat]

Tentunya best kalau kita boleh lihat sendiri keajaiban2 ini secara live kan?Ana beruntung kerana dipilih Allah untuk melihat sendiri salah satu dari berjuta keajaiban2 Allah yang lain.cuba kita lihat....







Kejadian berlaku pada tanggal 24 Jun 2009,jam 8:15 pagi.Waktu tu ana tengah sarapan kuih karipap di dataran pusat Karnival Sukan Siswa Unikl di MIMET,Perak.Awalnya fenomena ini disedari oleh pelajar Unikl BMi.Lantas ana pun terus mengeluarkan handset dan terus mengambil gambar.Alhamdulillah.beruntungnya!!!!

Marilah sama2 ambil pengajaran dan muhasabah balik diri kita.Adakah sekarang anda masih bertuhankan Allah?atau perkara perkara dunia yang lain spt duit,rumah kereta dan sebagainya.....(untuk diri yang lemah ini jua...huhuh)
Posted on Friday, July 03, 2009 by akhi_afif and filed under , | 5 Comments »

~TAKDIR~

TAKDIR merupakan satu tajuk yang cukup menarik bagi ana..berkait rapat dengan Qada' dan Qadar yang telah ditetapkan Allah....JIka kita dapat memahami TAKDIR,nescaya segalanya akan kita terima dengan hati terbuka...Peristiwa sedih atau gembira pasti kita boleh mencari hikmahnya..

lain ceritanya kalau tak mengerti sepenuhnya TAKDIR ni.ayat2 ni pun mula la berkumandang...

"kenapa mesti aku???....."

"why me???..."

"knapa aku jgk yang kena?...."

yang peliknya,soalan2 begini tak pulak muncul time dapat rezeki atau perkara yang baik berlaku.MEreka mengganggap harta yg mereka perolehi itu hanya disebabkan usaha mereka,kejayaan yang mereka kecapi tu,hanyalah berpunca dari hasil titik peluh sendiri.Langsung tak ingat Allah.....ish3...

..............
Sebulan dua kebelakangan ini,byk peristiwa yang mengajar ana erti TAKDIR.TAKDIR yang telah ditentukan oleh Allah...Blog ana tak update ni pun mungkin disebabkan TAKDIR..(hahaha...alasan tak kukuh langsung..)...byk peristiwa suka dan duka yg ana lalui...namun jika dikaitkan dengan TAKDIR,ana hanya igt peristiwa yg sedih je..(maklum la manusia,bila susah baru nak ingat tuhan...astaghfirullah..)..



Berita tentang pemergian Ummi Halimaton dan sahabat Ammar zulkifli cukup memberi kesan yang mendalam ttg apa itu TAKDIR.Seperti sukar untuk menduga pemergian orang yang kita kenali.Tambahan Amar baru saja berumur 21 tahun.Namun semua itu ketentuan Allah.KIta sedikit pun tidak mengetahuinya.


Baru2 ni ana mewakili universiti untuk kumpulan bola tampar.Sekali lagi ana diberi pelajaran mengenai TAKDIR secara tidak langsung oleh Allah..(alhmadulillah).Kami menduduki tempat ke-3,kerana bertemu dengan pasukan hebat terlalu awal.(diorang ade pemain malaysia).Bukan ana tak puas hati ape,cuma time final,diorang mengalahkan team lawan straight set(25-22,25-19).Sedangkan kami bertemu di Separuh akhir,mereka menang rubber set(25-16,22-25,15-13).Kalau ikutkan secara logiknya,kami lebih layak untuk ke final.Tapi itu la TAKDIR,Qada' dan Qadar yang telah ditetapkan utk kami.Terima dan Syukur Alhamdulillah.
pasukan Bola Tampar MIAT..(sorry ade yang tak tutup aurat..)


Bagaimana pula TAKDIR ana dengan jodoh???



heheh...bab ni yang sensitif ni.....belum cukup umur(ntah umur bape la baru nk cukup agaknya ye...).rancang terlalu awal pun belum pasti mendapat ketentuan dr Allah...makanya,belajar dulu(nasihat untuk diri ini...)...ayat yang slalu kita dengar,"kita merancang,Allah menentukan"....Fokus kat cinta Allah je dulu...

Akhir kata,ana nak kongsi satu ayat Quran paling best ttg TAKDIR ni...makna sungguh indah dan bererti....

“… Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. ” (al-Baqarah: 216)

Wallahu a'lam....
Posted on Thursday, July 02, 2009 by akhi_afif and filed under , | 0 Comments »

.:Selamat Tinggal Ummiku:.

.
.
.
Datin Halimaton binti Hussein...........




Satu nama yang tidak akan ana lupakan.Pemergian beliau menggerakkan hati juga tangan ana untuk menulis dalam blog ni...setelah sekian lama ana berehat lantaran byk komitmen2 yang perlu diutamakan.

Ana mula mengenali susuk tubuh seorang wanita cekal ini sewaktu ana di Tingkatan 5.Beliau mengajar subjek Bahasa Melayu.Sifat keibuan beliau terserlah disusuli dengan wibawa seorang guru.Banyak latihan dan tunjuk ajar berguna dicurahkan kepada 5 Sains Umar malahan kelas2 yang lainnya.

Tidak hairanlah diantara anak muridnya itu kini menjadi penulis berjaya.Ada juga yang telah melanjutkan pelajaran ke luar negara.Pasti dia bangga.Sebagai seorang murid,ana sangat merasa kehilangan beliau.Walaupun terkadang lumrah seorang murid kepada guru;mengeluh kerana kerja yang diberi tak siap,exam tak score,namun pasti kami sedari bahawa jasa ummi terlalu besar sehingga kami boleh pergi sejauh ini.

Saat yang paling berharga ana dengan ummi,beliau memberi ana keyakinan untuk berubah.Ummi memberi kepercayaan kepada ana walaupun ketika itu ana dah banyak sangat buat salah.Ummi bagi kepercayaan kepada ana untuk mengajar subjeknya(Bahasa Melayu) untuk pelajar Tingkatan 3 Sahibah,pelajar yang akan menduduki perperiksaan PMR.Ummi beri kepercayaan kepada ana untuk mengajar Sejarah untuk pelajar Tingkatan 3 juga.

Bak kata classmate ana dulu,kalau nak diceritakan tentang Ummi,10 muka surat pun tak habis.Jasa dia kepada ana pun ana tak dapat cerita semuanya,inikan pula Jasa Ummi kepada pelajar2 lain dan juga MATRI.Bagi yang mengenali Ummi pun ana rasa antum sependapat dengan ana.




Pada sahabat2 ku.Anggaplah permergian Ummi ini sebagai peringatan buat kita.Buat kita yang mungkin sudah lupa.Sudah lupa akan matlamat yang pernah kita tanamkan sewaktu di MATRI dulu.Ingatlah juga bahawa kita pasti menemui ajal.Ku seru semua sahabatku.Sedarlah kalian.Ingatlah betapa tinggi harapan guru2 kita.Jangan kau punahkan harapan itu.Sedarlah sahabatku.....

.:"Selamat Tinggal Ummi":.
Posted on Thursday, May 14, 2009 by akhi_afif and filed under , | 1 Comments »

.:Hindari Takbur,Angkuh,Sombong:.

Sombong,angkuh dan takbur.

3 perkatan yang boleh disinonimkan.Juga mempunyai makna2 yang lain.Banyaknya pengertian perkataan ini bukan bermakna ini perkara yang baik.Akibat sifat inilah Syaitan menderhakai Allah dari menyembah Adam kerana Syaitan merasakan dirinya lebih baik dari Adam.

Sifat sombong atau takbur boleh dibahagi kepada dua:

1. takbur zahir
Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggapnya lebih rendah daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan seperti tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat. Imam Al-Ghazali berkata:“Orang yang takbur ialah apabila ditegur dia marah, sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.”

2.takbur batin.

Takbur batin ialah membesarkan diri dalam hati. Inilah maksiat hati yang dicela. Contohnya iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam. Lalu dengan angkuhnya dia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat Iblis dan seluruh keturunannya.



Sifat ini juga boleh terbit dalam hati apabila kita mendapat nikmat Allah dari segi kejayaan.Mulalah kita bermonolog,

"aku dah buat ini dan itu,sapalah mereka..".....

"aku ni lama dah dalam tarbiyah,sapa lah dia nak nasihat aku.."......

"aku ni cukup pandai,sape la dia nk ajar aku..."..

3 rangkaian Takbur
-Takbur terhadap Allah, takbur terhadap Rasul-Nya, dan takbur sesama manusia.

-Takbur kepada Allah ialah tidak memperdulikan perintah Allah, tidak menghiraukan ancaman-Nya dan memandang rendah segala syariat dan peraturan-Nya.

-Takbur dengan Rasulullah ialah enggan mengikut petunjuknya. Orang Quraisy pada zaman Rasulullah enggan mengikutnya kerana baginda anak yatim piatu. Sedangkan orang Yahudi enggan kerana baginda bukan daripada keturunan Bani Israel.



-Berasa diri lebih tinggi daripada orang lain ialah takbur sesama manusia. Ia sering memandang rendah terhadap orang lain kerana menganggap dirinya berilmu, kaya dan berpangkat.

Allah juga mencela sifat takbur ni tau.....

“Janganlah kamu berjalan di bumi dengan angkuh, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri” (31.Luqman : 18)

“Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina-dina.”-(Al-Mukmin: 60).

Lawan sifat sombong ialah tawaduk atau rendah diri. Sekiranya seseorang itu berjaya mengikis sifat sombongnya, akan datanglah sifat tawaduk iaitu sifat terpuji dan disukai oleh Allah s.a.w.

"Dan hamba2 Tuhan yang Maha Penyayang itu ialah orang2 yang berjalan diatas bumi dengan rendah diri....(AlFurqan : 63)

Daripada Ibnu Abbas, bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:“Tidak seorang pun kecuali di kepalanya terdapat dua rantai. Satu rantai sampai ke langit ke tujuh, dan satu rantai yang lain sampai ke bumi yang ketujuh. Apabila seseorang itu merendah diri, Allah mengangkatnya dengan rantai ke langit ketujuh dan apabila dia sombong, Allah merendahkannya dengan rantai ke bumi ketujuh.”

Imam Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur ini. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita. Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmu dan apabila melihat orang jahil anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya.

Maka para pembaca sekalian,mari kita muhasabah diri kita.Adakah kita ini sering sombong?Janganlah kerana kejayaan atau nikmat yang sedikit Allah berikan,kita mulai takbur dan sombong.Akhir kalam,hayatilah lirik nasyid ini...

Asyhadu an Laailaha illaAllah
wa asyhadu anna Muhammadarrasulullah
Tiada tuhan selain Allah
Nabi Muhammad pesuruh Allah

Alhamdulillah pujian bagi Allah
Subhanallah maha suci Allah
Allahuakbar Allah maha besar
Segala puji hanya bagi Allah

Bila dipuji kejayaan kita
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa
Semuanya dari Allah



Hati gembira terasa bahagia
Itulah tanda nikmat dariNya
Ingatlah Allah syukur padaNya
Ucapkanlah Alhamdulillah

Alhamdulillah pujian bagi Allah
Subhanallah maha suci Allah
Segala pujian hanya bagi Allah

Lihatlah alam terbentang luas
Langit cerah memayungi bumi
Hati terasa kebesaranNya
Ucapkanlah Allahuakbar

Ketika hati sedih dan pilu
Kerana ujian melanda
Ingatlah Allah syukur padaNya
Ucapkanlah Innalillah
Posted on Wednesday, April 01, 2009 by akhi_afif and filed under | 1 Comments »