::erti pengorbanan::

Seperti biasa,setiap 10 zulhijjah,ummat islam seluruh dunia ada event yang khas..Hari raya korban...mengapa dikatakan hari raya korban eh?adakah bulan ni umat islam akan berkorban??korban ape????

Mengikut Sirah nabi Ibrahim,ketika tarikh inilah Nabi Ibrahim diperintahkan Allah swt untuk menyembelih anak kesayangannya,Ismail alaihissalam.Satu pengorbanan yang luar biasa dan terlalu berat untuk manusia biasa kan?anak kena gigit nyamuk pon tak bleh.inikan pula nak sembelih..

gambar hiasan


Namun Ibrahim patut dan taat akan Penciptanya(dan juga Pencipta kita),Ismail juga tidak membantah.seperti dinyatakan dalam Alquran:

".....Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar...".
Namun Allah gantikan pengorbanan tu dgn 1000(kalau tak silap) ekor unta...

Kalau kita lihat zaman sekarang,ibadah korban mmg disambut meriah.3 4 ekor lembu ditumbangkan.Sampaikan ade yang menyambut raya haji macam raya aidilfitri...BAgi sesiapa yang buat korban tu,ingatlah,Allah tidak menginginkan darah serta daging binatang yang disembelih namun keikhlasan yang lahir daripada hambaNya akan menganugerahkan penerimaan ibadah tersebut.So kenalah check balik niat kita yek!



Ibadah haji juga terlalu banyak pengorbanan yang perlu dilakukan.Baik dari segi harta mahupun tenaga.Bagi yang mmpunyai pangkat2 yang besar,pangkat nya juga harus dilupakan seketika kerana suma di sana takda perbezaan.suma perpakaian ihram warna putih.Berjalan besama diantara jutan manusia.Memang takkan tau siapa yang kaya mahupun miskin.Bertepatan dengan firman Allah yang menyatakan hanya takwa la yang menentukan kemuliaan seseorang.Jadi mmg banyak la perlu dikorban.Kalau hati tak ikhlas,Benda tu jadi sia2.ruginya...



Bagi ana hari raya korban ni terasa gak la pengorbanan.Pengorbanan tak balik raya..hahaha..kalau nk dibandingkan,tak la seberapa dengan sahabat2 yang belajar kat oversea.cuma yang ana sedihnya,ana tak boleh balik semata2 nak jawab 1 paper je minggu selepas raya haji!!!agak tension jugak la.Hanya kerana 1 paper,tak bleh balik.hahaha..sabar2.kira untung lagi ada sanak saudara kat semenanjung ni.Moga Allah permudahkan exam ana nanti.Apapun,nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada sahabat2 ana,di Malaysia dan seluruh dunia.Berkorbanlah,jangan terkorban!!!

No comments: