~benarkah kemajuan dan maksiat itu seiiringan??~

dewasa kini negara2 di seluruh dunia berlumba2 mengejar yang namanya kemajuan. dari segi ekonomi,bangunannya,pengankutannya,sistem telekomunikasinya malah cara hidup pun tergolong dalam unsur2 moden...sebenarnya benda ni bukanlah benda yang baru.Klau kita lihat sejarah dulu2,banyak kerajaan gergasi yang bukti peninggalannya masih tersisa sehingga kini...
Kaum Tsamud dengan rumahnya dari bukit dan gunung2 yang diukir (al Fajr:9)..(di Jordan),
binaan yang dibuat oleh kaum Tsamud ketika dahulu

kerajaan purba Mesir dgn piramidnya..


Oleh sebab kaum itu dihancurkan oleh Allah kerana keingkaran mereka terhadap utusan2Nya,maka kita tak tau sehebat manakah kemajuan yang telah mereka cipta..Namun Allah ada jugak tinggal sikit2 sbg pengajaran kepada kita supaya kita insaf,kerana sehebat apapun kita,kacang je Allah nak hancurkan atas kehendakNya jika kita ingkar.(Azzariyat:37)...

Alhamdulillah,Malaysia juga tidak ketinggalan dalam pembangunan dan permodenan.Kalau tak silap saya Malaysia dinobatkan negara membangun termaju..tak tau la saya setinggi mana pencapaian tu,tapi memang diakui Malaysia ni agak maju.Nak dibanding dengan Yaman,huuh..jauh bezanya..nak dibanding dengan ibu2 negeri di Malaysia pun belum tentu menang...upps..Yaman yang saya nyatakan disini ialah Sanaa,ibu negara Yaman ye..sebab situ je pnah g selain hudaidhah...

Sanaa merupakan ibu negara Yaman.bila dilihat bangunannya,ternyata Yaman sungguh jauh ketinggalan dari arus kemodenan sedangkan ianya ibu negara...satu je bangunan yang dapat dibangga,iaitu masjidnya.Masjid Ali Abdullah Salleh,sempena nama presidennya yang sudah memerintah selama lebih 3 dekad,dan sedang mengalami masalah skrg..(sebab tu kitorang dapat balik free ke Malaysia..hehehe)

Sanaa yang klassik lagi unik..


terdetik di hati ini,kenapa negara yang 99.99% Islam itu tidak maju ya??adakah Islam itu tidak menyarankan ummatnya untuk maju???tidak2...tidak sama sekali...hohohoho..hal itu,nanti saya kupas lain kali ya...persoalannya di sini saya melihat Sanaa,Yaman itu tidak maju,tetapi sosialnya sungguh terjaga.perempuan2 di sana hampir suma pakai purdah..jarang skali melihat perempuaanya dengan leluasa bercakap dengan mana2 lelaki yang bukan keluarganya,apalagi dating2 pegang tangan macam kat negara kita...adakah terjaganya sosial tu disebabkan kemajuan tak menjengah???

mari kita muhasabah diri balik tentang negara kita yang tercinta ini...ingin saya kata yang saya memberi pandangan dari sudut islami,bkn dari sudut politik atau kepentingan saya sendiri ye....kang tak pasal2 kena tangkap...hehehe...

Malaysia sebuah negara maju dari sudut pembangunan,bagaimana dari sudut yang lain??


ok back to the point....Malaysia,merupakan sebuah negara Islam.tidak dinafikan majority mmg beragama islam....60% klau tak silap...tetapi agama hanya pada nama.bak kata orang islam kad pengenalan...atas alasan apa saya berkata demikian???lihat sahaja,nama je negara islam,tp pub2 dan kelab malam melambak sana sini...pusat judi ngan nombor ekor??tak payah nak kata la..penjualan arak berleluasa...hurm,pantaskah semua ini dikatakan islam...tanya diri sendiri je,pasti bleh jawab...budak tadika pon leh spontan je jawab benda ni....

Lalu apakah sebabnya benda ni berlaku ye?adakah benda ni wajib disertakan dengan kemajuan sesebuah negara???
klau takda kelab2 malam,negara itu belum dikira maju..~
klau takda tempat judi,negara itu belum dikira moden..~
klau tak jual arak,negra itu sebenarnya mundur..~

Adakah ini namanya kemajuan?

Sanaa Yaman,tak payah la dibeza kan dengan Malaysia..terlalu jaoh perbezaannya.baik dari sudut kemajuan,mahupun sosialnya..cukup sahaja jika dibandingkan dengan sebuah negeri dalam Yaman sendiri,iaitu Aden.Aden merupakan sebuah negeri di Yaman dan agak maju dari Sanaa.
bandar Aden
Mungkin kerana Aden itu bekas tanah jajahan British,lalu dimodenkan,seperti juga Malaysia.Walaupun tak pnah g sana,tapi dengar2 cita,sosialnya agak berbeza dari Sanaa.Ya mungkin tak seteruk Malaysia tapi pergaulan antara lelaki perempuan tidaklah begitu terjaga seperti di Sanaa..Wallahua'lam,kena g sana la,baru tau.

Kemudian saya memikirkan solusi dan jawapan.Memang tidak dapat dinafikan,kemajuan dunia sekarang diterajui oleh negara2 bukan Islam,bahkan menjadi musuh Islam.Mereka yang mengetuai kemajuan,di mana satu masa dahulu dikuasai sepenuhnya oleh Orang Islam ketika pemerintahan Khilafah.Jadi mereka meletakkan peraturan2 sendiri ke atas negara2 yang ingin maju.
"nak maju,kena ada pusat hiburan"...begitu katanya..~
"nak maju kena ada pusat judi"...begitu omongnya..~
"nak maju kena minum arak"..begitu ujarnya..~

Sehingga timbul persepsi bahawa bagi sesiapa yang tak g pub,tak main judi,tak mnum arak dieejek.."kolot la kau","kau ni dari zaman batu ke"....
p/s:dialog2 ni rekaan smata2 dari saya,dipengaruhi dengan filem2 melayu semasa..hehehe...dan contoh2 maksiat yang saya utarakan hanya sebahagian..belum masuk internetnya dan sbg.
kalau begini,mata terjaga,hati pun sama..;p


kita melihat kemajuan itu ada pada negara2 barat dan negara bukan islam yang lain,lantas menjadikan mereka idola.sampai benda2 tadi pon nak diikut.ingin sekali melihat satu hari nanti,ada negara moden tapi mengamalkan cara hidup islam..terus terang saya katakan,jika terbayang moden,maka benda2 yang saya sebutkan diaatas terlintas di fikiran..susah untuk membayangkan kemajuan tanpa ada sebarang anasir maksiat...ternyata otak saya juga telah diserang oleh mereka dengan ghazwatul fikr(perang permikiran)...oh my god...Allahu rabbi......

sama2lah muhasabah diri ye...kadang2 diri kita tanpa sedar meletakkan satu tanda aras bagi kemajuan,sedangkan tanda aras itu ternyata bercanggah dengan Islam...contoh yang paling senang,pakaian.Adakah perlu pakai pakaian bukak2 utk kata kita maju???pkai sendat2 untuk kata kita tak kuno???...hurm..banyak lagi contoh2 lain,tapi pikir la sendiri yea.....~

2 comments:

نور توفيقة ادريس said...

...

In great need of get- to- work for our Deen in M'sia.

Syed Ahmad Fathi said...

Best lah dapat tiket free.huhu.