~benarkah kemajuan dan maksiat itu seiiringan??~

dewasa kini negara2 di seluruh dunia berlumba2 mengejar yang namanya kemajuan. dari segi ekonomi,bangunannya,pengankutannya,sistem telekomunikasinya malah cara hidup pun tergolong dalam unsur2 moden...sebenarnya benda ni bukanlah benda yang baru.Klau kita lihat sejarah dulu2,banyak kerajaan gergasi yang bukti peninggalannya masih tersisa sehingga kini...
Kaum Tsamud dengan rumahnya dari bukit dan gunung2 yang diukir (al Fajr:9)..(di Jordan),
binaan yang dibuat oleh kaum Tsamud ketika dahulu

kerajaan purba Mesir dgn piramidnya..


Oleh sebab kaum itu dihancurkan oleh Allah kerana keingkaran mereka terhadap utusan2Nya,maka kita tak tau sehebat manakah kemajuan yang telah mereka cipta..Namun Allah ada jugak tinggal sikit2 sbg pengajaran kepada kita supaya kita insaf,kerana sehebat apapun kita,kacang je Allah nak hancurkan atas kehendakNya jika kita ingkar.(Azzariyat:37)...

Alhamdulillah,Malaysia juga tidak ketinggalan dalam pembangunan dan permodenan.Kalau tak silap saya Malaysia dinobatkan negara membangun termaju..tak tau la saya setinggi mana pencapaian tu,tapi memang diakui Malaysia ni agak maju.Nak dibanding dengan Yaman,huuh..jauh bezanya..nak dibanding dengan ibu2 negeri di Malaysia pun belum tentu menang...upps..Yaman yang saya nyatakan disini ialah Sanaa,ibu negara Yaman ye..sebab situ je pnah g selain hudaidhah...

Sanaa merupakan ibu negara Yaman.bila dilihat bangunannya,ternyata Yaman sungguh jauh ketinggalan dari arus kemodenan sedangkan ianya ibu negara...satu je bangunan yang dapat dibangga,iaitu masjidnya.Masjid Ali Abdullah Salleh,sempena nama presidennya yang sudah memerintah selama lebih 3 dekad,dan sedang mengalami masalah skrg..(sebab tu kitorang dapat balik free ke Malaysia..hehehe)

Sanaa yang klassik lagi unik..


terdetik di hati ini,kenapa negara yang 99.99% Islam itu tidak maju ya??adakah Islam itu tidak menyarankan ummatnya untuk maju???tidak2...tidak sama sekali...hohohoho..hal itu,nanti saya kupas lain kali ya...persoalannya di sini saya melihat Sanaa,Yaman itu tidak maju,tetapi sosialnya sungguh terjaga.perempuan2 di sana hampir suma pakai purdah..jarang skali melihat perempuaanya dengan leluasa bercakap dengan mana2 lelaki yang bukan keluarganya,apalagi dating2 pegang tangan macam kat negara kita...adakah terjaganya sosial tu disebabkan kemajuan tak menjengah???

mari kita muhasabah diri balik tentang negara kita yang tercinta ini...ingin saya kata yang saya memberi pandangan dari sudut islami,bkn dari sudut politik atau kepentingan saya sendiri ye....kang tak pasal2 kena tangkap...hehehe...

Malaysia sebuah negara maju dari sudut pembangunan,bagaimana dari sudut yang lain??


ok back to the point....Malaysia,merupakan sebuah negara Islam.tidak dinafikan majority mmg beragama islam....60% klau tak silap...tetapi agama hanya pada nama.bak kata orang islam kad pengenalan...atas alasan apa saya berkata demikian???lihat sahaja,nama je negara islam,tp pub2 dan kelab malam melambak sana sini...pusat judi ngan nombor ekor??tak payah nak kata la..penjualan arak berleluasa...hurm,pantaskah semua ini dikatakan islam...tanya diri sendiri je,pasti bleh jawab...budak tadika pon leh spontan je jawab benda ni....

Lalu apakah sebabnya benda ni berlaku ye?adakah benda ni wajib disertakan dengan kemajuan sesebuah negara???
klau takda kelab2 malam,negara itu belum dikira maju..~
klau takda tempat judi,negara itu belum dikira moden..~
klau tak jual arak,negra itu sebenarnya mundur..~

Adakah ini namanya kemajuan?

Sanaa Yaman,tak payah la dibeza kan dengan Malaysia..terlalu jaoh perbezaannya.baik dari sudut kemajuan,mahupun sosialnya..cukup sahaja jika dibandingkan dengan sebuah negeri dalam Yaman sendiri,iaitu Aden.Aden merupakan sebuah negeri di Yaman dan agak maju dari Sanaa.
bandar Aden
Mungkin kerana Aden itu bekas tanah jajahan British,lalu dimodenkan,seperti juga Malaysia.Walaupun tak pnah g sana,tapi dengar2 cita,sosialnya agak berbeza dari Sanaa.Ya mungkin tak seteruk Malaysia tapi pergaulan antara lelaki perempuan tidaklah begitu terjaga seperti di Sanaa..Wallahua'lam,kena g sana la,baru tau.

Kemudian saya memikirkan solusi dan jawapan.Memang tidak dapat dinafikan,kemajuan dunia sekarang diterajui oleh negara2 bukan Islam,bahkan menjadi musuh Islam.Mereka yang mengetuai kemajuan,di mana satu masa dahulu dikuasai sepenuhnya oleh Orang Islam ketika pemerintahan Khilafah.Jadi mereka meletakkan peraturan2 sendiri ke atas negara2 yang ingin maju.
"nak maju,kena ada pusat hiburan"...begitu katanya..~
"nak maju kena ada pusat judi"...begitu omongnya..~
"nak maju kena minum arak"..begitu ujarnya..~

Sehingga timbul persepsi bahawa bagi sesiapa yang tak g pub,tak main judi,tak mnum arak dieejek.."kolot la kau","kau ni dari zaman batu ke"....
p/s:dialog2 ni rekaan smata2 dari saya,dipengaruhi dengan filem2 melayu semasa..hehehe...dan contoh2 maksiat yang saya utarakan hanya sebahagian..belum masuk internetnya dan sbg.
kalau begini,mata terjaga,hati pun sama..;p


kita melihat kemajuan itu ada pada negara2 barat dan negara bukan islam yang lain,lantas menjadikan mereka idola.sampai benda2 tadi pon nak diikut.ingin sekali melihat satu hari nanti,ada negara moden tapi mengamalkan cara hidup islam..terus terang saya katakan,jika terbayang moden,maka benda2 yang saya sebutkan diaatas terlintas di fikiran..susah untuk membayangkan kemajuan tanpa ada sebarang anasir maksiat...ternyata otak saya juga telah diserang oleh mereka dengan ghazwatul fikr(perang permikiran)...oh my god...Allahu rabbi......

sama2lah muhasabah diri ye...kadang2 diri kita tanpa sedar meletakkan satu tanda aras bagi kemajuan,sedangkan tanda aras itu ternyata bercanggah dengan Islam...contoh yang paling senang,pakaian.Adakah perlu pakai pakaian bukak2 utk kata kita maju???pkai sendat2 untuk kata kita tak kuno???...hurm..banyak lagi contoh2 lain,tapi pikir la sendiri yea.....~

senario solat : Yaman vs Malaysia

Sudah hampir sebulan kaki ini menjejak negara Malaysia terchenta...chewah...dan selama sebulan jualah saya banyak membandingkan perkara2 antara 2 negara ini,iaitu Malaysia vs Yaman.Dari aspek cuaca,sosial,ibadah dan lain2....tapi kali ni saya teringin nak kongsi perbandingan bab solat,kerana aspek2 lain tu tak penting,sedangkan solat tiang agama.

Sanaa,Yaman,kalau tak silap,majoriti pakai mazhab shafiee seperti juga di Malaysia,so saya berasa senang hati...ada beberapa ciri dalam solat saya lihat ada perbezaan antara kedua2 negara ini...mungkin terpengaruh dgn budaya,atau anasir2 yang lain..mari kita lihat,,sapa yang kenaaa...!!

1. Saff / Barisan

kesempurnaan saf menpengaruhi kesempurnaan solat...


yang ni memang nampak ketara sesangat...klau dulu sbelum pergi,saya tidaklah mengganggap perkara ini janggal..tapi setelah berada di Yaman,lain plak rasanya bila kembali ke Malaysia...saya rasa sahabat2 saya yang belajar di Timur Tengah juga berstuju tentang perkara ini..Klau di Yaman,selagi jari kelinking kaki kita tak bersentuhan dgn jari kelingking kaki dia,slagi tu dia akan merapat dgn anda...tersa spt dalam satu barisan yang kuat..tapi bila balik malaysia,kita nak rapat,dia makin lari pulak...saya rasa anda semua bersetuju dengan saya...sehingga menghasilkan sebuah saff yang rapuh,bagai musuh boleh menyelinap di celah2 kita...kdg2 jarak tu ada la 1 kaki...persoalannya kenapa ya?adakah ianya melambangkan sifat kita yang suka berpecah belah???susah nak bersatu??hubungan yang rapuh...tambah lagi sarawak sekarang tengah pilihanraya,jadi smakin jelas akan perkara ini..kadang2 meletakkan parti sebagai tujuan utama dan mengabaikan ukhuwah seislam...saya tidak menyokong mana2 pihak yea...cuma heran dengna perangai segilintir manusia...(lihat surah asshaff:4 untuk rujukan ya...)

Cara menarik mamkmum yang solo

yang ni best skit....time mula2 g Yaman tu terkejut la jugak...bkn ke kalau makmum tu sorang je,dia akan duduk sebelah kanan imam dan sedikit ke blakang??dan kalau ada makmum lain datang,makmum kena bagi isyarat utk makmum yang solo tadi ke belakang.Klau di Malaysia,caranya ialah MENEPUK bahu si makmum kan?lantas makmum tadi akan berundur sendiri..Kalau di Yaman,lain pula caranya...cara yang digunakan agak kasar iaitu dengan MENARIK baju si makmum ke blakang..ada yang tarik skit je,selebihnya,makmum tu yang bergerak ke blakang...ada yang tarik kuat2 sehingga makmum itu terus ke blakang...hahaha..dan ada jugak yang lembut,dengan menarik baju sikit je....yang penting,diorang main tarik...yang ni tak menjadi masalh pun kalau dari segi hukum,cuma tertanya,apa yang membuat kita berbeza????ya,saya akui,tingkah laku orang Malaysia itu jauh lebih lembut dari orang Arab..Sedang orang Yaman itu selembut2 orang Arab,terpegun melihat perangai Malaysia yang sangat sopan..jadi rasanya tu la sebab dia ye....(rujuk surah AlHujurat:13 yeaa)

3.Wirid selepas solat
di Yaman ada wirid2 spt yang kita slalu buat di Malaysia,mungkin sebab sama mazhabnya...tapi bezanya ialah,wirid tu dilakukan sendiri2 sahaja,manakala klau kamalaysia,ramai2 baca kuat.....knapa ya???mungkin satu masa dulu kat Malaysia,ustaz2 berniat untuk mengajar jemaaah yang tak tau/hafal wirid tu..maklum la dalam bahasa Arab..jadi baca la kuat2 dan jemaah ikut,supaya jemaah tau dan hafal wirid tersebut..sedangkan Arab tau dah suma tu dan confirm2 faham..so sindiri mau tau la,baca sinri2 la....(ini hnayalah andaian sahaja yea...)..
wirid selepas solat...gambar hiasan


hukumnya apa yea??tak berani nak letak tapi setakat ilmu yang saya ada,jika alasannya adalah spt yang saya sebutkan di atas,maka itu adalah bagus,sunnat kerana niat nak ajar orang..tapi klau kita buat sehingga kita tak boleh klau tak buat,berdosa kalau tak buat,wahabi kalau tak buat,saya rasa itu sudah tergolong dalam bidaah...bukan wiridnya yang bidaah,tapi kita meletakkan hukum membaca wirid itu bidaah.....mohon teguran kalau ada yang salh yea..(rujuk hadith ke 5 dalam hadith 40 Imam Nawawi yea)..

3.Bersalaman
Yang ni tak best skit..kalau kat Yaman,lepas solat dia akan wirid sndiri,pastu solat sunat n blah...bersalaman hanya rasmi dibuat selepas solat jumaat..hehehe...tapi klau kat Malaysia,tiap waktu dan tiap hari buat..bagus la...ade jugak nilai tambah untuk Malaysia ni ye....orang Malaysia ramah sesama sendiri...
bersalaman dapat mengeratkan ukuwwah..gambar hiasan

lihat sahaja perayaan2 Islam...contohnya Raya Haji..sempat jugak beraya Haji kat Yaman..klau kat Malaysia,Raya Haji lebih kurang Raya Puasa,ada gak ziarah2 skit...Klau kat Yaman takde,just korban,pastu habis...diceritakan oleh senior2,raya Haji plak lagi meriah dari Raya Puasa...huhuhuh..takleh bayang la Raya puasa camna klau Raya Haji pun tak happening....keep it on Malaysian!!hehehe


ok la..stakat tu je saya ingat..nanti kalu ade,saya tambah lauknya...jangan lupa rujukan2 yang saya bagi tu...saya taknak la cerita kosong tanpa ada isi...harap dapat bg input kat korang suma....;p

~Malaysiaku yang tercinta...~

Walau cuaca tak sesejuk Sanaa,walau berpeluh2 bemain bola,tapi Malaysia tetap bertakhta di hati.Alhamdulillah saya dan 294 warga Malaysia yang lain selamat tiba di Malaysia pukul 9.30 pagi tadi.Ini merupakan rombongan terakhir Operasi Balqis.Sungguh syukur tak terhingga ke hadrat Allah kerana sampai juga saya akhirnya.

kalau semalam melihat bumi yang berpasir,kini kulihat pula bumi yang berdaun.Sebaik mana pun negeri orang,tetapi kita mesti rindukan negeri sendiri.Macam Nabi Musa setelah dia melarikan diri dari Mesir ke Maydan,dan berkahwin di sana,tetapi dia rindu juga akan tempat lahirnya itu walaupun bahaya mingkin menimpa,walaupun dia benci kezaliman Firaun dan kerabatnya.

Betul kata orang,benda yang indah itu takkan dapat dimiliki dengan mudah.Nak balik Malaysia semalam,penuh dgn cubaan.bermulanya apabila menunggu giliran untuk menaiki bas.Saya plak dapat trip 2nd.setelah hampir suma sudah berangkat ke airport dengan 10 buah bas.takpe2...sabar..



sampai je kat airport kena duduk kat luar sbb airport Sanaa Yaman tiada ruang menunggu disediakan di dalam bangunan..ntah la sebab ape..kos takde kot..takpe2..sabar..samapi dipanggil masuk untuk scan barang.20 orang skali panggil..time ni kurang sabar skit,trus tunggu dpan pintu masuk.masuk2 kena beratur nak scan barang..lamaaaa....takpe2...sabar..



dah selesai scan,beratur plak untuk check-in luggage..panjang barisan..lamaaaa..takpe2..sabar...dah check in barang bersedia plak untuk beratur kat imegresen...alhmdulillah,dapat tmpat yang awal2...hasil kesabaran......dah selesai proses passport ngan imegresen,tunggu lagi di ruang menunggu sehingga maghrib...time solat maghrib,ramai sgt,surau tak muat...cari tempat kosong,dpt ikut trip 1st...alhmdulillah...

pastu bila nak g kpl terbang kena guna bas..beratur lagi....aduih...lamaaa....takpe2..sabar...bila dah masuk,bas plak tak jalan2....tunggu bas depan jalan....takpe2..sabar.....

dah duduk dalam kapal terbang,alhamdulillah...ingat kat Malaysia je....majoriti suma orang akan ingat makanan je..satay la,nasik lemak la..laksa la...huhhh..takpe2..sabar...

Flight 8 jam..kira bersyukur sbb takde transit..yang smalam punye transit banyak sangat sehingga mengambil masa lebih 20 jam...huhhh...tak sanggup saya....sampai je kat malaysia,gembira tak terhingga....ini adalah hasilnya setiap kesabaran...hadiahnya...balik Malaysia..memang best la...

tak tau nak tulis ape...cuma nak luahkan rasa gembira je....syukur setinggi2nya kepada Allah dan kepada individu2 yang terlibat dalam Ops Balqis..moga Allah membalas jasa antum!

~Terkini mengenai Operasi menyelamat!!!~

Salam sejahtera semua....bersyukur saya ke hadrat illahi kerana masih diberi pinjam nyawa ni walaupun sekarang bumi Yaman telah diisytiharkan darurat semalam.(Jumaat,18 Mac).Namun kawasan kediaman masih dalam keadaan selamat.

Ops Balqis, operasi menyelamatkan pelajar Malaysia pulang ke tanah air sudah bermula.Sehingga hari ini seramai lebih 100 orang sudah dibawa pulang.Kawan saya dari daerah yang sama pulang hari ini.(Sabtu,19 Mac).Sungguh jelous hati ini tapi saya yakin giliran saya akan tiba jua.Just a matter of time.

Terdapat sedikit pembetulan mengenai post yang lepas memandangkan post yang lepas dibuat sebelum operasi bermula.Pelajar2 akan dibawa balik menggunakan penerbangan awam seperti GulfAir,Emirates Airlines,Yemenia Airways dsb berikutan kerajaan Yaman tidak membenarkan pesawat tentera mendarat di lapangan terbang Sanaa,Yaman.Giliran telah di sediakan oleh Persatuan Pelajar Malaysia Yaman(PERMAYA) dengan sistematik dimana orang mengandung,orang sakit, dan orang tua didahulukan,diikuti perempuan dan pasangan suami isteri.Last skali yang bujang2..bujang2 lek lu ye..nak balik awal,kawen la dulu...;p..

Antara rakyat Malaysia yang selamat sampai di Malaysia

Namun terdapat sedikit masalah teknikal apabila Wisma Putra mengarahkan dan mengeluarkan nama sedikit tersasar dari apa yang diserahkan PERMAYA kepada kerajaan Malaysia.Mungkin terdapat masalah atau tersilap pandang di situ.Bagi saya,tak kesah pun awal ke lambat,janji selamat sampai ke Malaysia.Hero kan dtg last2..hehe..

Bersyukur sgt apabila pada awalnya dikhabarkan setiap orang hanya dibenarkan mambawa 7kg.Oleh sebab Ops Balqis dilakukam menggunakan penerbangan awam,maka kami dibenarkan membawa 25kg..boleh la bawak banyak barang nih.Malam tadi sempat 'tercuak' sebentar apabila dikhabarkan Yaman diisytiharkan darurat.Takut kapal terbang tentera yang sampai,so dilimitkan 7kg je.Pagi ni terus tanyak dengan urusetia dari PERMAYA dan mereka menyangkal apa yang ana terfikir.Alhamdulillah.

Kepada sesiapa yang membaca entry ni,saya mohon sangat doa kalian agar operasi menyelamat kali ini berjalan dengan jayanya dan semua rakyat Malaysia di Yaman dapat dibawa pulang ke tanah air dengan selamat.Saya ucapkan tahniah kepada yang sudah selamat sampai di Malaysia.akhir kalam,ingat kami dalam doa kalian ye!

~Ops Balqis laa...~

Jiks Mesir dengan piramidnya,Yaman pula dengan Jambia nya...Jambia adalah senjata tradisi orang Yaman tetapi sekarang di pakai hnya sbg pakaian tradisi.Ibarat orang Melayu,takkan lengkap kalau takda sampin...

Maka dengan itu,Operasi menyelamat pelajar Malaysia kali ini diberi nama 'Ops Balqis'...haha..takde kena mngena ngan jambia pon...ape2 la..janji operasi kali ni berjaya dan semua yang terlibat dalam operasi ini selamat sampai ke tujuan.

inlah jambia,ibarat keris bagi orang melayu


Menurut desas-desus,bahawa operasi ini paling awal dilakukan pada hari ini(Rabu,16 Mac) atau selewat2nya hari Sabtu ni(19 Mac).Operasi akan dilakukan secara berperingkat di mana golongan wanita dan berkeluarga dahulu dibawa keluar dari Yaman ke Jeddah diikuti dgn lelaki yang bujang2.Tahap ini akan dilakukan menaiki pesawat TUDM Hercules c30 dan setiap orang dihadkan muatan seberat 7kg memandangkan pesawat ini tidak terlalu besar seperti boeing 747 dan matlamat utama ialah membawa penumpang semaksimum yang boleh.

Hercules c30..rasa macma nak g perang pulak


Di Jeddah,kemungkinan pelajar akan menaiki pesawat yang lebih besar,mungkin 747 MAS or kapal terbang Airasia terbang terus ke Malaysia.Saya,sebagai penduduk Sarawak dimaklumkan oleh pihak duta Malaysia bahawa penerbangan ke Kuching, Sarawak akan disediakan menggunakan pesawat tentera yang sama, Hercules c30.Walauapapun,ingin saya mengigatkan bahawa kesemua di atas adalah desas desus semata dan merupakan ringkasan dari majoriti.So jangan terlalu percaya 100%.Ada juga cerita bersi lain dimana kami akan diterangkan direct ke Mlaysia dari Sanaa, Yaman.

Saya hanya mampu berdoa agar semua urusan dipermudahkan berikutan masalah yang dihadapi apabila kerajaan Yaman tidak memberi kebenaran kepada pesawat Malaysia dari mendarat ke Yaman.Sehingga sepatutnya hari ini(Rabu),Operasi sudah mula dilakukan namun saya kurang pasti adakah ianya sudah dimula.Namun Kedutaan seperti memberi jaminan bahawa selewatnya 19 Mac,pelajar2 sudah dikeluarkan dari negara Yaman.

Kuasa Allah dia atas segalanya,kita hanya merancang,Allah yang memutuskan.Moga ketentuan Allah itu selari dengan apa yang kami rancangkan.Mohon doa dari antum ye!

~Balik Kampuuunngg..~

Seronoknya rasa di hati,menerima panggilan yang dinanti2kan....bahawa kedutaan meluluskan permohonan pelajar2 Malaysia untuk pulang ke tanah air dan semuanya ditanggung kerajaan Malaysia...Alhamdulillah, jika bukan kerana keizinanNya, mana mungkin perkara ini tercapai..

agaknya beginilah susana di KLIA nanti ye...berangan lebih..


Tetapi terdetik di hati, adakah keadaan di Yaman ni betul2 mendesak supaya pelajarnya balik ke Malaysia??ye la,baru je datang negara ni tak sampai setengah tahun dah balik semula.Dari segi keselamatan, memang tidak mempengaruhi kerana tempat kediaman kebanyakan rakyat Malaysia agak jauh dari pusat rusuhan...dalam 5 km gitu..

Namun setelah diteliti,bukanlah keselamatan yang menjadi persoalan di sini tetapi beberapa perkara berkenaan 'survival' yang dirisaukan. Salah satunya dari segi 'Cash'. Memandangkan banyak ATM terdapat di pusat bandar,yang merupakan tempat rusuhan berlaku,pelajar2 mengalami kesulitan untuk mengeluarkan duit.Sekiranya kami tetap tinggal di sini dan kedaan berlarutan sehingga mustahil untuk keluarkan duit sedangkan cash di tangan habis,bagaimana nak beli barang keperluan???

Kalau Mesir dengan Ops Piramidnya...,Yaman???;p


Salah satu lagi masalahya ialah Yaman tiada bekalan air seperti di Malaysia si mana Yaman menggunakan sistem prepaid..hehe..setiap rumah ada tangki air masing2.sekiranya habis,telefon lori bawak air,top up kat tangki kita..air tu plak mmg tak sesuai untuk di minum.Air minum plak kena beli dalam gelen..Jadi kehidupan seharian sangat bergantung dengan dunia luar@kedai2...Sekiranya perkara ini(rusuhan) semakin teruk sehingga kedai2 tutup,maka habislah...tp kedai tutup macam mustahil untuk sekarang....

Apa pun hati ni terasa gembira...namun hanya dibenarkan bawak 7kg je..so klau saya tak bawak papa untuk korang,jangan marah ye?kami bukan balik sebagai vip,tetapi sebagai mangsa keadaan...hahaha...Doakan kami selamat sampai ke Malaysia...

p/s:selagi tak berdiri di depan kapal terbang,saya tak meletak harapan tinggi untuk balik Malaysia.takut tak jadi,merana hati...;p
wassalam

~Sekilas Gambar Muzaharah di Yaman..~

Van yang menjadi mangsa


Pertempuran antara Pro-Kerajaan dgn Pembangkang


suasana di Pagi hari


darah menjadi bukti


keadaan di perkarangan Masjid Jami'ah


Diantara yang tercedera,namun sempat buat 'peace'

antara yang tercedera


menerima rawatan

~Kini tiba gilirannya Yaman..~

Setelah berlakunya rusuhan di Tunisia awal tahun ini,situasi ini merebak ke hampir semua negara2 di jazirah Arab..malah Mesir sudah berjaya menggulingkan rejim Husni Mubarok dan Presiden Libya turut bakal mendapat nasib yang serupa.Yaman juga tidak terkecuali.Walaupun tidak sepantas Mesir dalam menggulingkan kerajaan lama,atau tidak seganas Libya yang melibatkan beribu yang syahid, namun ia tetap satu gerakan yang membimbangkan kerajaan Yaman.

rakyat yang berkumpul di dataran Tahri,Mesir


Baru2 ini insiden tmbak menembak sudah mula kedengaran malah ada yang terkorban.Namun saya tak tahu apa punca kematian.samada mati kena tembak atau lemas dalam asap dari gas pemedih mata atau dari balingan batu2.Maklum la rumah takda tv dan jarang pulak keluar.hurm..Pada awalnya demonstrasi atau dalam bahasa Arabnya 'Muazaharah' hanya dilakukan secara aman tanpa senjata.Kerana ini masalah kerajaan,mengapa patut mereka berbunuhan sesama rakyat.Namun akhir ini berubah keadaannya.Sahabat sekelas saya yang tinggal tidak jauh dari pusat demonstrasi pihak pembangkang sempat merakam adegan tembak menembak,membaling batu dan tumbuk-menumbuk...Moga Allah jaga keselamatan sahabat saya itu.

rusuhan di Yaman


Berikutan dengan situasi Yaman yang tidak stabil ini,sedikit sebanyak merisaukan pelajar2 Malaysia yang belajar di Yaman,apatah lagi keluarga yang jauh di Malaysia. Maka Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) menghantar utusan ke kedutaan untuk mengetahui nasib pelajar Malaysia di sini(Yaman).Jawapan yang diberikan semalam agak mengecewakan kebanyakan pelajar2 di mana kedutaan mengakui bahawa keadaan di Yaman tidak stabil dan menyarankan pelajar2 supaya balik ke Malaysia.Tapi yang mengecewakan adalah balik atas TANGGUNGAN SENDIRI.

Maka PERMAYA mengadakan pebincangan dengan semua pelajar2 dan mendapat kata putus bahawa Kerajaan Malaysia harus mengutamakan keselamatan kami dan membawa kami pulang ke Malaysia dan yang paling penting "FOC"!!.Ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati, dan mengemukakan fakta masing2.Pelajar2 menulis nama dan tandatangan untuk dijadikan memorandum dan akan diserahkan ke Kedutaan Malaysia hari ini...

Saya betul2 seperti main tarik tali...skejap kata balik,sekejap kate tak..Kalau benarlah tiada bantuan dari Kerajaan Malaysia dan kami harus balik atas tanggungan sendiri,susah jugak...sbb ada source bgtau tiket suma full...ade plak yang kate harga melambung tinggi..Moga Allah permudahkan...

~kini kembali...~

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,yang masih menghidupkan kita sehingga ke saat ini...Terima kasih juga kehadrat illahi kerana memberi saya kekuatan untuk memula balik blogging ni...lama sangat tak update...Thanks to my friend, Syed Ridwan kerana secara tidak langsung menghidupkan semangat ini kembali..selepas melihat blog beliau..
sekarang ni plak banyak isu2 yang panas...doakan moga saya terus istiqamah..;p!!!!