.:Asyiknya Melakukan Sunnah:.

Sabda Rasulullah SAW:

Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara:

(1) Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah).
(2) Seorang yang mendidik kudanya.
(3) Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya.
(4) Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)


Ana tertarik nak bawak antum meniliti hadith diatas.Ternyata ada perkara-perkara yang tidak tergolong dalam lagha ni(tapi kalau main sampai tinggal solat,tetap lagha jugak).
Setiap satunya mempunyai manfaat tersendiri.Tapi ana tak mampu nak terangkan yang no 3 tu la.Tak kahwin lagi la.Belum waktunya...Satu hari nanti InsyaAllah..(amiiin)..

Memanah

Kat MIAT,Aktiviti memanah dikelola oleh pihal Surau Saidina Ali.Nak main tiap hari pun boleh.Dengan bayaran RM50 satu sem,memang berbaloi.Ana memanah dibawah ajaran sifu memanah ana,Zulfakar bersama adik beradik seguru yang lainnya,Farhan,Faizal dan Hafiz.

Memanah ni melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.

Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.



Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

Bersabda Rasulullah SAW,
” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik).

"Dan bersiap-siaplah kamu untuk menghadapi mereka (musuh) dengan kekuatan yang kamu sanggup."

Dalam menafsirkan ayat ini Rasulullah bersabda:

"Ketahuilah! Bahwa yang dimaksud 'kekuatan' itu ialah memanah - beliau ucapkan kata-kata itu tiga kali." (Riwayat Muslim)


Berenang

Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular )



Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.Kalau aktiviti berenang ni pulak,dikelola oleh kelab ana sendiri,MISI(Majlis Ilmu Siswa).Kami telah menetapkan aktiviti berenang diadakan sekurang2nya 2 minggu sekali.Venue untuk berenang adalah swimming pool di Uniten(Terima kasih buat warga Uniten..hehehe).

Berkuda

Sabda Rasulullah SAW :
“Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)

Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.

Bentuk lekuk badan belakang kuda - tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.

Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.

ntah bila la lagi boleh tunggang kuda ek?...


Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral - termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie. Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

So,ternyata melakukan sunnah Rasulullah itu mengasyikkan bukan?Bukan setakan mengasyikkan,menyihatkan lagi.Itulah kelebihan sunnah rasulullah.Fikir2kan dan selamat beramal!

No comments: