Tanggal 21 febuari....
Majlis Ilmu Siswa mengadakah satu Rehlah di Sungai Congkak.Suasananya aman dan tenang.Kami sangat menikmati sambil memuji akan Kebesaran Allah yang menciptakan alam yang indah.
Kami seramai 15 orang mujahid mencari kawasan yang sesuai.Tahukah anda,sesuatu yang misteri berlaku di kawasan kami mandi!Banyak batu2 berdiri sendiri!
Setiap yang memandang pasti akan berhenti seketika.Hatta pengunjung lain pun seakan tidak percaya.Sehingga ada yang mengusik semata2 nak memastikan.Ternyata setelah disentuh,batu itu jatuh.Batu tu berdiri tanpa sokongan!
Pelikkan?
Macam mana ni boleh berlaku??
hehe...sebenarnya benda tu kami yang buat.Ana pada mulanya memikirkan bahawa benda tu mustahil.Setelah mencuba sendiri,baru yakin.Aktiviti ni dimulakan oleh salah seorang pelajar sem2.ana sendiri terpegun tengok batu tu seolah2 berdiri sendiri.
Ana pun try la jgk.Agak susah.memerlukan kesabaran dan kreativiti.lekuk2 pada batu dan bentuk batu harus diambil kira.Kalau antum pergi sungai,cubalah benda ni.Mencabar dan pastinya syok!
.:Jangan Biarkan Semangat itu Hilang....:.
Tatkala Palestin diserang oleh israel durjana,banyak yang bangkit.Menyertai demo bukan main samangat.Hari2 ingatkan Palestin.Sampai tak tidur malam(ada ke?)..
Sekarang baru nak dekat 2 bulan berlalu.Bukanlah masa yang lama.Ana nak tanya antum semua,
masih ingatkah antum pada Palestin?
masih adakah Palestin dalam bait2 doa antum?
masihkah ada sumbangan antum kepada Palestin?
Justeru itu,kami para pemuda dari Majlis Ilmu Siswa mengajak pemuda2 yang lain untuk menyamarakkan semangat Palestin dari semakin malap.Kerana bagi kami isu Palestin bukanlah isu bermusim.Bukanlah hanya diraikan pada pada 21 Ogos Setiap tahun...Bukan tunggu Palestin diserang balik,baru nak semangat.
Atas kesedaran inilah,Majlis Ilmu Siswa dengan kerjasama ASHAB dan AJK Surau Saidina Ali(ketiga2 pertubuhan ini berteraskan kelab Islami),mengadakan Minggu Palestin.Objektif tidak lain dan tidak bukan,untuk hidup balik semangat yang pada bulan lepasnya sangat membara.
di antara pejuang2 yang menjayakan Minggu Kesedaran Palestin
Pada asalnya kami nak buat selama 2 minggu,namun kelewatan kami mendapat barang2 pameran turut melewatkan perancangan kami.Jadi kami hanya sempat buat 1 minggu.16 hingga 20 Febuari 2009.
Kami menjemput penceramah dari AmanPAlestin.Ceramah diadakan pada Isnin malam,17 febuari 2009.Puan Hasimah memberikan ceramah dengan sungguh bersemangat!Berbagai perasaan bercampur baur ketika itu.Berani,geram,Dendam,Marah dan tak lupa juga lapar.(Hari tu tak mkn dr tghari)....
Sambutan pada malam itu sungguh memberangsangkan.Kami hanya menyusu 100 buah kerusi,ternyata yang hadir itu lebih.Non-Muslim pun ada!Malu betul la kepada sesiapa yang muslim tapi tak pergi.Non-muslim pun ada kesedaran.Palestin bukan sahaja isu agama,namun juga isu global.Tidak hairanlah lagu 'We Will Not Go Down' itu dicipta dan dinyanyikan oleh non-muslim juga.
Selain itu juga,kami turut membuka booth.Ada pameran,jualan dan seebagainya.Keuntungan jualan itu kami akan salurkan ke tabung Palestin.Ada jual baju,sticker,batch dll.
salah satu aktiviti yang dilakukan;memijak bendera Israel
Apa lagi sahabat2?janganlah biarkan semangat antum yang sebelum ni berkobar2 dimalapkan oleh kesibukan dunia.Mereka itu juga saudara kita!paling tidak,doakan mereka.Fikir2kan lah...

.:Erti Persahabatan Sebenar:.
pernahkah anda berkawan?
dengan sape anda besahabat?
mengapa anda berteman dengannya?
Senangkan soalan tersebut?budak kecik pun boleh jawab..tapi soalan yang paling susah (tak la susah sangat pun) soalan ketiga tu.Sebab ape kita berkawan dengan seseorang tu.
Sahabat itu sangat diperlukan.Tak kira la siapa pun sahabatnya namun yang jelas,kita besahabat dengan seseorang itu kerana kita dapat sesuatu manfaaat dari dia.Ye la,mana de orang nk berkawan dengan orang yang hanya mendatangkan masalah kat dia.Tak kira la manfaat yang diharapkan dari sahabatnya itu perkara baik ke buruk.
di antara sahabat2ku di MIAT
Ada yang bersahabat kerana dia tu classmate kita(ni paling famous kot),sebab dia tu sekampung kita,sebab dia pandai dan boleh ajar kita,sebab dia soleh boleh bimbing kita dan yang paling lucunya kalau besahabat kerana nak dapat kakak or adik dia.
Namun dari kacamata Islam,persahabatan itu diteraskan atas dasar keimanan.
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” [Al-Hujuraat 49: 10]"
Jika kita lihat di sini,persaudaraan itu diskopkan kepada semua orang yang beriman.Dan hasil persaudaraan itu ialah taqwa dan matlamat hujungnya ialah mendapat keredhaan Allah.itu la persahabatan sebenar.
Maka disini atas dasar ukhuwah sebenar,kita perlulah mengajak sahabat2 kita kearah ketaqwaan.Tak kurang juga ada "ukhuwah" dia tas dasar yang tak syarak.Rempit contohnya.'Ukhuwah mereka memang kuat.Tapi dasarnya salah.Jadi persahabatan ini belum dijamin kesetiannya.
sahabat yang sejati ialah sahabat yang mengajak kita mengingati Allah
Rasulullah juga ada bersabda:
"Tidak beriman seseorangkamu sehingga menyintai sahabatnya seperti dia mencintai dirinya"
Di sini Rasulullah sendiri telah meletakkan guide line bersahabat itu.Kita harus treat
kawan kita separti kita treat kita sendiri.nak bagi sesuatu,bagi lah yang berharga buat kita.Janganlah benda yang tak kita guna,kita bagi kat kawan kita tuh.Kalau boleh pakai takpe ag.
Di dalam hadith yang lain kira2 bermaksud,:
"kawan itu ibarat bangunan,mereka saling kuat-menguatkan"
kalau salah satu binaan takde,macam bangunan belum siap
Disini lah kunci dan konsep kepanjangan persahabatan itu.Tak kira la ukhuwah islamiyah ke,ukhuwah rempitiah ke.Kawan kita itu ibarat elemen penting dalam persahabatan.Kalau seorang dari kita khianat,maka huru hara persabatan itu.Ibarat satu bangunan.kalau tiangnya tiba2 pandai lari,tak ke runtuh bangunan tu.
Apapun,marilah kita check balik niat,sebab apa kita besahabat.Memang tidak dinafikan kalau kita kadang2 besahabat sebaba dia mempunyai kelebihan tertentu,seperti pandai,ada kereta.Tapi perlu kita ingat,jangan lah kelebihan itu dijadikan sebab utama anda besahabat dengan dia.Besahabat lah kerana Allahm kerana itulah yang paling indah dan terjalinlah ukhuwah fillah,InsyaAllah.

.:Asyiknya Melakukan Sunnah:.
Sabda Rasulullah SAW:
Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara:
(1) Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah).
(2) Seorang yang mendidik kudanya.
(3) Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya.
(4) Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)
Ana tertarik nak bawak antum meniliti hadith diatas.Ternyata ada perkara-perkara yang tidak tergolong dalam lagha ni(tapi kalau main sampai tinggal solat,tetap lagha jugak).
Setiap satunya mempunyai manfaat tersendiri.Tapi ana tak mampu nak terangkan yang no 3 tu la.Tak kahwin lagi la.Belum waktunya...Satu hari nanti InsyaAllah..(amiiin)..
Memanah
Kat MIAT,Aktiviti memanah dikelola oleh pihal Surau Saidina Ali.Nak main tiap hari pun boleh.Dengan bayaran RM50 satu sem,memang berbaloi.Ana memanah dibawah ajaran sifu memanah ana,Zulfakar bersama adik beradik seguru yang lainnya,Farhan,Faizal dan Hafiz.
Memanah ni melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.
Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.
Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.
Bersabda Rasulullah SAW,
” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik).
"Dan bersiap-siaplah kamu untuk menghadapi mereka (musuh) dengan kekuatan yang kamu sanggup."
Dalam menafsirkan ayat ini Rasulullah bersabda:
"Ketahuilah! Bahwa yang dimaksud 'kekuatan' itu ialah memanah - beliau ucapkan kata-kata itu tiga kali." (Riwayat Muslim)
Berenang
Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular )
Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.Kalau aktiviti berenang ni pulak,dikelola oleh kelab ana sendiri,MISI(Majlis Ilmu Siswa).Kami telah menetapkan aktiviti berenang diadakan sekurang2nya 2 minggu sekali.Venue untuk berenang adalah swimming pool di Uniten(Terima kasih buat warga Uniten..hehehe).
Berkuda
Sabda Rasulullah SAW :
“Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)
Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.
Bentuk lekuk badan belakang kuda - tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.
Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.
ntah bila la lagi boleh tunggang kuda ek?...
Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral - termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie. Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.
So,ternyata melakukan sunnah Rasulullah itu mengasyikkan bukan?Bukan setakan mengasyikkan,menyihatkan lagi.Itulah kelebihan sunnah rasulullah.Fikir2kan dan selamat beramal!

Subscribe to:
Posts (Atom)