::Bagaikan Buih di Pantai::

Hehehe...bunyi tajuk ni macam nak buat puisi or sajak je ek?
Takde la..ana bukan pandai sangat...boleh tu boleh la,tapi malas.Mendeklamasikan sajak boleh la.Sebenarnya ana dapat ilham nak kongsi pasal ni pabila ana berjalan di Terminal 1,Seremban petang tadi.



Ana sampai je kat shopping complex tu dah masuk zohor.So ana dan 4 orang rakan ana yang lain pun terus ke surau.Sejuknya hati melihat,tak kurang ramainya yang pergi menunaikan solat.tak putus2.Ana buat shift ngan kawan ana sbb nanti nak jaga kasut.Sepanjang ana tunggu sahabat ana selesai menunaikan solat,ana lihat bukannya sikit yang pergi menunaikan solat.



Syukur ana panjatkan kerana masih ada kesedaran.Tapi mengapa kini maksiat masih lagi berleluasa ek?

Adakah sebab diaorang ni asal solat je?

Ataupun diorang ni ade 2 character dalam diri?

Takpun ikut musim?



Tak lain tak bukan sebabnya diorang tak menghayati solat yang dilalukan(peringatan untuk diri ana jugak).Kita mungkin kurang menghayati Doa Iftitah yang dibaca pada awal solat.Kita telah mengaku sebanyak 5 kali sehari(kalau baca la,kalau wat sunat je,memang terlepas la),bahawa solat,ibadah,hidup dan mati kita hanya untuk si Maha Pencipta.

Kalau kita memahami konsep pengakuan ini,mana mungkin kita senang lenang melakukan maksiat kan??? ramai yang beranggapan tanggungjawab akan terlaksana sekiranya kita menunaikan solat tanpa menitikberatkan kesempurnaannya.Takutnya Allah tak terima ibadah yang tak sempurna.Sia2 ja solat kan.

Walaupun dalam AlQuran ada menyebut bahawa solat itu mampu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.Ana masih ingat lagi seorang penceramah dari IKIM ada menerangkan mengenai hal ini.Berdasarkan nahu b.arab,ayat itu menyebut innaSSOLATI....di sini kalau kita lihat kalimah solat tu ada alif lam yang bermaksud dikhusukan atau dalam grammar nya 'the'.Jadi solat dalam ayat ni merujuk kepada sesuatu.Solat yang khusus iaitu solat RAsulullah.So kalau kita tak buat spt yang Rasullullah buat,perbuatan keji dan mungkar mungkin masih belum dapat dihindari.

Alamak,tak sentuh tajuk lagi neh..hehehe...ana cuma nak kongsi,alangkah hebatnya jika orang2 yang menunaikan solat tu semuanya daie2.Pasti Islam dengan mudah tertegak di bumi ini.Ana teringat akan Hadis.Tapi tak boleh ceritakannya dengan tepat.Mafhumnya RAsulullah bagitau kat para sahabat yang akhir zaman nanti Orang Islam banyak,tapi seperti buih di pantai.

Jadi renungkanlah ye!

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.