~Terkini mengenai Operasi menyelamat!!!~

Salam sejahtera semua....bersyukur saya ke hadrat illahi kerana masih diberi pinjam nyawa ni walaupun sekarang bumi Yaman telah diisytiharkan darurat semalam.(Jumaat,18 Mac).Namun kawasan kediaman masih dalam keadaan selamat.

Ops Balqis, operasi menyelamatkan pelajar Malaysia pulang ke tanah air sudah bermula.Sehingga hari ini seramai lebih 100 orang sudah dibawa pulang.Kawan saya dari daerah yang sama pulang hari ini.(Sabtu,19 Mac).Sungguh jelous hati ini tapi saya yakin giliran saya akan tiba jua.Just a matter of time.

Terdapat sedikit pembetulan mengenai post yang lepas memandangkan post yang lepas dibuat sebelum operasi bermula.Pelajar2 akan dibawa balik menggunakan penerbangan awam seperti GulfAir,Emirates Airlines,Yemenia Airways dsb berikutan kerajaan Yaman tidak membenarkan pesawat tentera mendarat di lapangan terbang Sanaa,Yaman.Giliran telah di sediakan oleh Persatuan Pelajar Malaysia Yaman(PERMAYA) dengan sistematik dimana orang mengandung,orang sakit, dan orang tua didahulukan,diikuti perempuan dan pasangan suami isteri.Last skali yang bujang2..bujang2 lek lu ye..nak balik awal,kawen la dulu...;p..

Antara rakyat Malaysia yang selamat sampai di Malaysia

Namun terdapat sedikit masalah teknikal apabila Wisma Putra mengarahkan dan mengeluarkan nama sedikit tersasar dari apa yang diserahkan PERMAYA kepada kerajaan Malaysia.Mungkin terdapat masalah atau tersilap pandang di situ.Bagi saya,tak kesah pun awal ke lambat,janji selamat sampai ke Malaysia.Hero kan dtg last2..hehe..

Bersyukur sgt apabila pada awalnya dikhabarkan setiap orang hanya dibenarkan mambawa 7kg.Oleh sebab Ops Balqis dilakukam menggunakan penerbangan awam,maka kami dibenarkan membawa 25kg..boleh la bawak banyak barang nih.Malam tadi sempat 'tercuak' sebentar apabila dikhabarkan Yaman diisytiharkan darurat.Takut kapal terbang tentera yang sampai,so dilimitkan 7kg je.Pagi ni terus tanyak dengan urusetia dari PERMAYA dan mereka menyangkal apa yang ana terfikir.Alhamdulillah.

Kepada sesiapa yang membaca entry ni,saya mohon sangat doa kalian agar operasi menyelamat kali ini berjalan dengan jayanya dan semua rakyat Malaysia di Yaman dapat dibawa pulang ke tanah air dengan selamat.Saya ucapkan tahniah kepada yang sudah selamat sampai di Malaysia.akhir kalam,ingat kami dalam doa kalian ye!

No comments: