~Kini tiba gilirannya Yaman..~

Setelah berlakunya rusuhan di Tunisia awal tahun ini,situasi ini merebak ke hampir semua negara2 di jazirah Arab..malah Mesir sudah berjaya menggulingkan rejim Husni Mubarok dan Presiden Libya turut bakal mendapat nasib yang serupa.Yaman juga tidak terkecuali.Walaupun tidak sepantas Mesir dalam menggulingkan kerajaan lama,atau tidak seganas Libya yang melibatkan beribu yang syahid, namun ia tetap satu gerakan yang membimbangkan kerajaan Yaman.

rakyat yang berkumpul di dataran Tahri,Mesir


Baru2 ini insiden tmbak menembak sudah mula kedengaran malah ada yang terkorban.Namun saya tak tahu apa punca kematian.samada mati kena tembak atau lemas dalam asap dari gas pemedih mata atau dari balingan batu2.Maklum la rumah takda tv dan jarang pulak keluar.hurm..Pada awalnya demonstrasi atau dalam bahasa Arabnya 'Muazaharah' hanya dilakukan secara aman tanpa senjata.Kerana ini masalah kerajaan,mengapa patut mereka berbunuhan sesama rakyat.Namun akhir ini berubah keadaannya.Sahabat sekelas saya yang tinggal tidak jauh dari pusat demonstrasi pihak pembangkang sempat merakam adegan tembak menembak,membaling batu dan tumbuk-menumbuk...Moga Allah jaga keselamatan sahabat saya itu.

rusuhan di Yaman


Berikutan dengan situasi Yaman yang tidak stabil ini,sedikit sebanyak merisaukan pelajar2 Malaysia yang belajar di Yaman,apatah lagi keluarga yang jauh di Malaysia. Maka Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) menghantar utusan ke kedutaan untuk mengetahui nasib pelajar Malaysia di sini(Yaman).Jawapan yang diberikan semalam agak mengecewakan kebanyakan pelajar2 di mana kedutaan mengakui bahawa keadaan di Yaman tidak stabil dan menyarankan pelajar2 supaya balik ke Malaysia.Tapi yang mengecewakan adalah balik atas TANGGUNGAN SENDIRI.

Maka PERMAYA mengadakan pebincangan dengan semua pelajar2 dan mendapat kata putus bahawa Kerajaan Malaysia harus mengutamakan keselamatan kami dan membawa kami pulang ke Malaysia dan yang paling penting "FOC"!!.Ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati, dan mengemukakan fakta masing2.Pelajar2 menulis nama dan tandatangan untuk dijadikan memorandum dan akan diserahkan ke Kedutaan Malaysia hari ini...

Saya betul2 seperti main tarik tali...skejap kata balik,sekejap kate tak..Kalau benarlah tiada bantuan dari Kerajaan Malaysia dan kami harus balik atas tanggungan sendiri,susah jugak...sbb ada source bgtau tiket suma full...ade plak yang kate harga melambung tinggi..Moga Allah permudahkan...

No comments: