~Ops Balqis laa...~

Jiks Mesir dengan piramidnya,Yaman pula dengan Jambia nya...Jambia adalah senjata tradisi orang Yaman tetapi sekarang di pakai hnya sbg pakaian tradisi.Ibarat orang Melayu,takkan lengkap kalau takda sampin...

Maka dengan itu,Operasi menyelamat pelajar Malaysia kali ini diberi nama 'Ops Balqis'...haha..takde kena mngena ngan jambia pon...ape2 la..janji operasi kali ni berjaya dan semua yang terlibat dalam operasi ini selamat sampai ke tujuan.

inlah jambia,ibarat keris bagi orang melayu


Menurut desas-desus,bahawa operasi ini paling awal dilakukan pada hari ini(Rabu,16 Mac) atau selewat2nya hari Sabtu ni(19 Mac).Operasi akan dilakukan secara berperingkat di mana golongan wanita dan berkeluarga dahulu dibawa keluar dari Yaman ke Jeddah diikuti dgn lelaki yang bujang2.Tahap ini akan dilakukan menaiki pesawat TUDM Hercules c30 dan setiap orang dihadkan muatan seberat 7kg memandangkan pesawat ini tidak terlalu besar seperti boeing 747 dan matlamat utama ialah membawa penumpang semaksimum yang boleh.

Hercules c30..rasa macma nak g perang pulak


Di Jeddah,kemungkinan pelajar akan menaiki pesawat yang lebih besar,mungkin 747 MAS or kapal terbang Airasia terbang terus ke Malaysia.Saya,sebagai penduduk Sarawak dimaklumkan oleh pihak duta Malaysia bahawa penerbangan ke Kuching, Sarawak akan disediakan menggunakan pesawat tentera yang sama, Hercules c30.Walauapapun,ingin saya mengigatkan bahawa kesemua di atas adalah desas desus semata dan merupakan ringkasan dari majoriti.So jangan terlalu percaya 100%.Ada juga cerita bersi lain dimana kami akan diterangkan direct ke Mlaysia dari Sanaa, Yaman.

Saya hanya mampu berdoa agar semua urusan dipermudahkan berikutan masalah yang dihadapi apabila kerajaan Yaman tidak memberi kebenaran kepada pesawat Malaysia dari mendarat ke Yaman.Sehingga sepatutnya hari ini(Rabu),Operasi sudah mula dilakukan namun saya kurang pasti adakah ianya sudah dimula.Namun Kedutaan seperti memberi jaminan bahawa selewatnya 19 Mac,pelajar2 sudah dikeluarkan dari negara Yaman.

Kuasa Allah dia atas segalanya,kita hanya merancang,Allah yang memutuskan.Moga ketentuan Allah itu selari dengan apa yang kami rancangkan.Mohon doa dari antum ye!

No comments: