~Balik Kampuuunngg..~

Seronoknya rasa di hati,menerima panggilan yang dinanti2kan....bahawa kedutaan meluluskan permohonan pelajar2 Malaysia untuk pulang ke tanah air dan semuanya ditanggung kerajaan Malaysia...Alhamdulillah, jika bukan kerana keizinanNya, mana mungkin perkara ini tercapai..

agaknya beginilah susana di KLIA nanti ye...berangan lebih..


Tetapi terdetik di hati, adakah keadaan di Yaman ni betul2 mendesak supaya pelajarnya balik ke Malaysia??ye la,baru je datang negara ni tak sampai setengah tahun dah balik semula.Dari segi keselamatan, memang tidak mempengaruhi kerana tempat kediaman kebanyakan rakyat Malaysia agak jauh dari pusat rusuhan...dalam 5 km gitu..

Namun setelah diteliti,bukanlah keselamatan yang menjadi persoalan di sini tetapi beberapa perkara berkenaan 'survival' yang dirisaukan. Salah satunya dari segi 'Cash'. Memandangkan banyak ATM terdapat di pusat bandar,yang merupakan tempat rusuhan berlaku,pelajar2 mengalami kesulitan untuk mengeluarkan duit.Sekiranya kami tetap tinggal di sini dan kedaan berlarutan sehingga mustahil untuk keluarkan duit sedangkan cash di tangan habis,bagaimana nak beli barang keperluan???

Kalau Mesir dengan Ops Piramidnya...,Yaman???;p


Salah satu lagi masalahya ialah Yaman tiada bekalan air seperti di Malaysia si mana Yaman menggunakan sistem prepaid..hehe..setiap rumah ada tangki air masing2.sekiranya habis,telefon lori bawak air,top up kat tangki kita..air tu plak mmg tak sesuai untuk di minum.Air minum plak kena beli dalam gelen..Jadi kehidupan seharian sangat bergantung dengan dunia luar@kedai2...Sekiranya perkara ini(rusuhan) semakin teruk sehingga kedai2 tutup,maka habislah...tp kedai tutup macam mustahil untuk sekarang....

Apa pun hati ni terasa gembira...namun hanya dibenarkan bawak 7kg je..so klau saya tak bawak papa untuk korang,jangan marah ye?kami bukan balik sebagai vip,tetapi sebagai mangsa keadaan...hahaha...Doakan kami selamat sampai ke Malaysia...

p/s:selagi tak berdiri di depan kapal terbang,saya tak meletak harapan tinggi untuk balik Malaysia.takut tak jadi,merana hati...;p
wassalam

No comments: