.:Hindari Takbur,Angkuh,Sombong:.

Sombong,angkuh dan takbur.

3 perkatan yang boleh disinonimkan.Juga mempunyai makna2 yang lain.Banyaknya pengertian perkataan ini bukan bermakna ini perkara yang baik.Akibat sifat inilah Syaitan menderhakai Allah dari menyembah Adam kerana Syaitan merasakan dirinya lebih baik dari Adam.

Sifat sombong atau takbur boleh dibahagi kepada dua:

1. takbur zahir
Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggapnya lebih rendah daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan seperti tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat. Imam Al-Ghazali berkata:“Orang yang takbur ialah apabila ditegur dia marah, sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.”

2.takbur batin.

Takbur batin ialah membesarkan diri dalam hati. Inilah maksiat hati yang dicela. Contohnya iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam. Lalu dengan angkuhnya dia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat Iblis dan seluruh keturunannya.



Sifat ini juga boleh terbit dalam hati apabila kita mendapat nikmat Allah dari segi kejayaan.Mulalah kita bermonolog,

"aku dah buat ini dan itu,sapalah mereka..".....

"aku ni lama dah dalam tarbiyah,sapa lah dia nak nasihat aku.."......

"aku ni cukup pandai,sape la dia nk ajar aku..."..

3 rangkaian Takbur
-Takbur terhadap Allah, takbur terhadap Rasul-Nya, dan takbur sesama manusia.

-Takbur kepada Allah ialah tidak memperdulikan perintah Allah, tidak menghiraukan ancaman-Nya dan memandang rendah segala syariat dan peraturan-Nya.

-Takbur dengan Rasulullah ialah enggan mengikut petunjuknya. Orang Quraisy pada zaman Rasulullah enggan mengikutnya kerana baginda anak yatim piatu. Sedangkan orang Yahudi enggan kerana baginda bukan daripada keturunan Bani Israel.



-Berasa diri lebih tinggi daripada orang lain ialah takbur sesama manusia. Ia sering memandang rendah terhadap orang lain kerana menganggap dirinya berilmu, kaya dan berpangkat.

Allah juga mencela sifat takbur ni tau.....

“Janganlah kamu berjalan di bumi dengan angkuh, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri” (31.Luqman : 18)

“Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina-dina.”-(Al-Mukmin: 60).

Lawan sifat sombong ialah tawaduk atau rendah diri. Sekiranya seseorang itu berjaya mengikis sifat sombongnya, akan datanglah sifat tawaduk iaitu sifat terpuji dan disukai oleh Allah s.a.w.

"Dan hamba2 Tuhan yang Maha Penyayang itu ialah orang2 yang berjalan diatas bumi dengan rendah diri....(AlFurqan : 63)

Daripada Ibnu Abbas, bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:“Tidak seorang pun kecuali di kepalanya terdapat dua rantai. Satu rantai sampai ke langit ke tujuh, dan satu rantai yang lain sampai ke bumi yang ketujuh. Apabila seseorang itu merendah diri, Allah mengangkatnya dengan rantai ke langit ketujuh dan apabila dia sombong, Allah merendahkannya dengan rantai ke bumi ketujuh.”

Imam Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur ini. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita. Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmu dan apabila melihat orang jahil anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya.

Maka para pembaca sekalian,mari kita muhasabah diri kita.Adakah kita ini sering sombong?Janganlah kerana kejayaan atau nikmat yang sedikit Allah berikan,kita mulai takbur dan sombong.Akhir kalam,hayatilah lirik nasyid ini...

Asyhadu an Laailaha illaAllah
wa asyhadu anna Muhammadarrasulullah
Tiada tuhan selain Allah
Nabi Muhammad pesuruh Allah

Alhamdulillah pujian bagi Allah
Subhanallah maha suci Allah
Allahuakbar Allah maha besar
Segala puji hanya bagi Allah

Bila dipuji kejayaan kita
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa
Semuanya dari Allah



Hati gembira terasa bahagia
Itulah tanda nikmat dariNya
Ingatlah Allah syukur padaNya
Ucapkanlah Alhamdulillah

Alhamdulillah pujian bagi Allah
Subhanallah maha suci Allah
Segala pujian hanya bagi Allah

Lihatlah alam terbentang luas
Langit cerah memayungi bumi
Hati terasa kebesaranNya
Ucapkanlah Allahuakbar

Ketika hati sedih dan pilu
Kerana ujian melanda
Ingatlah Allah syukur padaNya
Ucapkanlah Innalillah

1 comment:

Syed Ahmad Fathi said...

hampiri sifat rendah diri