.:Selamat Tinggal Ummiku:.

.
.
.
Datin Halimaton binti Hussein...........




Satu nama yang tidak akan ana lupakan.Pemergian beliau menggerakkan hati juga tangan ana untuk menulis dalam blog ni...setelah sekian lama ana berehat lantaran byk komitmen2 yang perlu diutamakan.

Ana mula mengenali susuk tubuh seorang wanita cekal ini sewaktu ana di Tingkatan 5.Beliau mengajar subjek Bahasa Melayu.Sifat keibuan beliau terserlah disusuli dengan wibawa seorang guru.Banyak latihan dan tunjuk ajar berguna dicurahkan kepada 5 Sains Umar malahan kelas2 yang lainnya.

Tidak hairanlah diantara anak muridnya itu kini menjadi penulis berjaya.Ada juga yang telah melanjutkan pelajaran ke luar negara.Pasti dia bangga.Sebagai seorang murid,ana sangat merasa kehilangan beliau.Walaupun terkadang lumrah seorang murid kepada guru;mengeluh kerana kerja yang diberi tak siap,exam tak score,namun pasti kami sedari bahawa jasa ummi terlalu besar sehingga kami boleh pergi sejauh ini.

Saat yang paling berharga ana dengan ummi,beliau memberi ana keyakinan untuk berubah.Ummi memberi kepercayaan kepada ana walaupun ketika itu ana dah banyak sangat buat salah.Ummi bagi kepercayaan kepada ana untuk mengajar subjeknya(Bahasa Melayu) untuk pelajar Tingkatan 3 Sahibah,pelajar yang akan menduduki perperiksaan PMR.Ummi beri kepercayaan kepada ana untuk mengajar Sejarah untuk pelajar Tingkatan 3 juga.

Bak kata classmate ana dulu,kalau nak diceritakan tentang Ummi,10 muka surat pun tak habis.Jasa dia kepada ana pun ana tak dapat cerita semuanya,inikan pula Jasa Ummi kepada pelajar2 lain dan juga MATRI.Bagi yang mengenali Ummi pun ana rasa antum sependapat dengan ana.




Pada sahabat2 ku.Anggaplah permergian Ummi ini sebagai peringatan buat kita.Buat kita yang mungkin sudah lupa.Sudah lupa akan matlamat yang pernah kita tanamkan sewaktu di MATRI dulu.Ingatlah juga bahawa kita pasti menemui ajal.Ku seru semua sahabatku.Sedarlah kalian.Ingatlah betapa tinggi harapan guru2 kita.Jangan kau punahkan harapan itu.Sedarlah sahabatku.....

.:"Selamat Tinggal Ummi":.

1 comment:

ihsan incalescence said...

h0w arr0gant i am..
when u advised me..
i just smile n said "thnks ummi"
but i let ur advised g0 through ma mind..
but n0w..
i realized that i need ur advise..
to face dis w0rld ummmi..
is that very diffclt to make me conscious??
why must sacrifice ur soul..
then i awake..
i would nvr let it go worse..
i pr0mise u n ama...
i miss u b0th.. so much