.:Jangan Biarkan Semangat itu Hilang....:.

Tatkala Palestin diserang oleh israel durjana,banyak yang bangkit.Menyertai demo bukan main samangat.Hari2 ingatkan Palestin.Sampai tak tidur malam(ada ke?)..

Sekarang baru nak dekat 2 bulan berlalu.Bukanlah masa yang lama.Ana nak tanya antum semua,

masih ingatkah antum pada Palestin?

masih adakah Palestin dalam bait2 doa antum?

masihkah ada sumbangan antum kepada Palestin?

Justeru itu,kami para pemuda dari Majlis Ilmu Siswa mengajak pemuda2 yang lain untuk menyamarakkan semangat Palestin dari semakin malap.Kerana bagi kami isu Palestin bukanlah isu bermusim.Bukanlah hanya diraikan pada pada 21 Ogos Setiap tahun...Bukan tunggu Palestin diserang balik,baru nak semangat.

Atas kesedaran inilah,Majlis Ilmu Siswa dengan kerjasama ASHAB dan AJK Surau Saidina Ali(ketiga2 pertubuhan ini berteraskan kelab Islami),mengadakan Minggu Palestin.Objektif tidak lain dan tidak bukan,untuk hidup balik semangat yang pada bulan lepasnya sangat membara.

di antara pejuang2 yang menjayakan Minggu Kesedaran Palestin


Pada asalnya kami nak buat selama 2 minggu,namun kelewatan kami mendapat barang2 pameran turut melewatkan perancangan kami.Jadi kami hanya sempat buat 1 minggu.16 hingga 20 Febuari 2009.

Kami menjemput penceramah dari AmanPAlestin.Ceramah diadakan pada Isnin malam,17 febuari 2009.Puan Hasimah memberikan ceramah dengan sungguh bersemangat!Berbagai perasaan bercampur baur ketika itu.Berani,geram,Dendam,Marah dan tak lupa juga lapar.(Hari tu tak mkn dr tghari)....



Sambutan pada malam itu sungguh memberangsangkan.Kami hanya menyusu 100 buah kerusi,ternyata yang hadir itu lebih.Non-Muslim pun ada!Malu betul la kepada sesiapa yang muslim tapi tak pergi.Non-muslim pun ada kesedaran.Palestin bukan sahaja isu agama,namun juga isu global.Tidak hairanlah lagu 'We Will Not Go Down' itu dicipta dan dinyanyikan oleh non-muslim juga.



Selain itu juga,kami turut membuka booth.Ada pameran,jualan dan seebagainya.Keuntungan jualan itu kami akan salurkan ke tabung Palestin.Ada jual baju,sticker,batch dll.

salah satu aktiviti yang dilakukan;memijak bendera Israel


Apa lagi sahabat2?janganlah biarkan semangat antum yang sebelum ni berkobar2 dimalapkan oleh kesibukan dunia.Mereka itu juga saudara kita!paling tidak,doakan mereka.Fikir2kan lah...

No comments: