kisah = tatkala subuh menjelma

"...Allahuakbar 2x!,la ilaha illa Allah..."

selesai azan berkumandang..namun diriku masih diawangan...diantara 2 dunia;alam mimpi dan nyata..

"..aahh..sedapnya tido...mimpi pon best td..hurm.."

diriku masih 'blur'...sekiranya aku bisa melihat makhlukh ghaib,pasti diriku tgh di'ambush' syaitan2 yang sedang menghasut utk teruskan dibuai mimpi....

"..alaa..tido la 5 minit ag...kejap je..nanti iqamah baru g surau.."
"subuh masih panjang..rileks la...30 minit ag pon bleh solat...."


itulah diantara bisikan2 hati yg sedang dhasut nafsu dan didorong syaitan... 2 gandingan ini mmg hebat...sekiranya akal tidak membantu,nescaya gandingan itu boleh menawan aku...

aarrrghhh!!!

teriak batinku....pergi kau syaitan!!!lantas aku bangun mengambil wudhu'..sebelum ingin ke surau,aku kejut sahabat2 bilik aku...namun agak susah..kerana takut terlepas jemaah,aku tangguh niat utk mggerakkan diorang...

selesai solat,ada mission menanti...gerakkan sahabat aku...aku tak rela dia akhirat nnt melihat mereka dibakar api neraka kerana tidak solat subuh...nanti aku gak yang kena...satu bilik kan....aku juga ada tanggungjawab...

...................................................................................

inilah diantara senario manusia tatkala subuh menjelma...ini di pihak yg berjaya menepis hasutan syaitan...rasanya lebih byk yg memilih utk terus melayari mimpi masing2...

bagaimana antum?

bagi ana,sekiranya ingin melihat orang itu menjaga solat atau tidak,lihat pada subuhnya...kerana menurut pemerhatian ana keatas kawan2,solat subuh la yang paling senang untuk ditinggalkan...ish3..moga dijauhkan dari perkara tersebut...



lagi satu...skrg mmg cukup popular dengan budaya 'qada' solat..biarpun mereka sedar pada waktu tersebut,ataupun telah digerakkan oleh sahabat mereka,mereka masih ambik ringan...

alasannya sebab solat subuh boleh di qada'.kadang2 berasap jugak telinga dengar...tapi ketahuilah...mereka ini sebenarnya masih jahil...bukan nk lawan perintah Allah..maka para daie,berdakwah lah!banyak lagi orang diluar sana yang perlu islam...renung2kan sabahatku.....

1 comment:

Anonymous said...

btl2..kdg2 kmk pun terlepas coz salu tdo akhe..ish2..tp yg nyuruh kmk bgn juak coz rah rmh kmk cnun kmk tkang kejut..jd kmk ada tggungjwb la..jd,a***,bgn!!!!!!!!!hehehe