D&T = Menangislah!

menangis???

kenapa perlu menangis??

sebenarnya menangis yg dimaksudkan ialah menangis KErana Allah...takut akan siksaNya dan memikir akan dosa kita yang begitu banyak lantaran akan kelemahan kita sbg manusia biasa.....



Namun ana sangat sedih sekali,pada masa sekarang tak kurang orang yg menitiskan air mata.....tapi sebab apa???

naahh...inilah yang membezakan orang2 yg menangis..menangis kerana putus cinta,kerana harta hilang,dan byk lagi sebab2 yg duniawi...inilah yang membuatkan tangisan itu mampu mnjadikan semulia2 insan dan sehina2 manusia.....semuanya bergantung kepada sebabnya....

Sabda Rasulullah saw:

"..Andai kalian mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis." (Bukhari dan Muslim)



Hadith ini menceritakan bahawa kita sebenarnya masih kabur dan tidak mndapat gambaran akan siksa2 Allah yg menanti bagi mereka yang inkar..sekiranya kita dapat lihat siksa2 itu secara live,nescaya,mkn nasi pon tak lalu...tak gitu??

Namun Allah maha bijaksana...Dia ingin melihat hambanya yang soleh,mempunyai kesedaran sendiri akan statusnya hanya sebagai hamba Allah...

mari kita lihat apa agaknya yg mmbuatkan seseorang itu sulit untuk mnitiskan air mata kerana allah...

a)keras hati
keras hati ini sangat bahaya..kerana ia bagaikan virus2 yang akan menular dalam diri kita dan penyakit2 lain akan tumbuh gak...spt ego yang terlalu tinggi,panas baran dan penyakit2 buruk yang lain.....

b)banyak buat maksiat
kerasnya hati ialah natijah kepada tabiat sering melakukan maksiat dan dosa...
ustadz ana pernah kata,sekali kita buat maksiat,maka satu titik hitam akan menempel di hati kita...sekiranya kita tidak bertaubat dan sering melakukan dosa dan maksiat,maka titik hitam ini kan bertambah sehingga hati kita menjadi hitam semuanya..inilah yg mnyebabkan hati kita menjadi keras dan sukar untuk menerima hidayah Allah....

c)lupa akan mati
zikru maut itu sangat la penting kerana ia melahirkan sifat berjaga2 dalam kehidupan...setiap perkara yang akan dibuat itu akan diniali terlebih dahulu samada ia melanggar syarak atau tidak...pabila kita lupa akan mati dan mabuk dengan dunia,maka kita akan selesa dengan maksiat...maka inilah titik awal kepada kerasnya hati..



d)cintakan dunia
lupakan mati itu tidaklah datang melainkan dari perasaan cinta akan dunia....wanita,harta dan segala yang tergolong dalan hiasan dunia mampu menggoyahkan iman....matlamat hidupnya hanyalah sekadar mengejar apa yang ada di dunia...

ish3....harap kita dijauhkan dari perkara2 diatas....sekiranya kita rasa susah untuk menangis kerana Alalh,maka bertaubatlah segera...(ana pun rasa sedemikian...astaghfirullah)Akhir sekali,hayati lah pesanan Imam Ghazali
"...jika kamu tidak lagi mudah untuk menangis kerana takut kepada kekuasaan Allah,maka menangislah atas ketidakmampuan itu."



..renung2kan sahabat ku....

1 comment:

Anonymous said...

* ska pesanan imam ghazali-"...jika kamu tidak lagi mudah untuk menangis kerana takut kepada kekuasaan Allah,maka menangislah atas ketidakmampuan itu."
mngs tok blh lembutkan ati..teringat cgek ayat mek bc ntah cne..mun zmn skrg mgkn kita ngga ibadah kita lbh dr org lain,tp mun bndgkan ngan zmn para shbt apa jak kita pon amln to