.:Fadhilat bulan Dzulhijjah:.

Assalamualaikum kepada semua tetamu ana di alam maya,moga anda berada dalam rahmat Allah dan iman dan jasmani anda berada dalam keadaan yagn sihat walaafiat.Syukur ke hadrat illahi atas nikmat umur yang diberikan kepada kita sehingga kita masih lagi bernafas hingga ke saat ini.



Masa berlalu dangan pantas,sedar tak sedar,dah sebulan ana di bumi Yaman.Sekarang kita sudah memasuki bulan Dzulhijjah, iaitu bulan di mana umat Islam berkumpul di MEkkah untuk menunaikan rukun Islam ke 5.Jadi untuk post kali ini, ana teringin nak berkongsi sesuatu dengan pembaca semua...opps,bukan berkongsi pengalaman lagi,dah boring mungkin ye..tapi nak berkongsi isi tazkirah yang telah disampaikan oleh Sheikh Hisyam Ramadhan, seorang ustaz dan imam di Yaman mengenai kelebihan bulan Dzulhijjah. Terlebih dahulu ana ingin nak meminta maaf kerana segala dalil2 yang akan ana nyatakan hanyalah mafhumnya, tak dinyatakan perawinya. Maklum la, sheikh tu bagi tazkirah dalam bahasa Arab. nak dengar satu perkara, nak terjemah lagi satu perkara, dan nak tulis lagi satu perkara. Oleh itu jika terdapat kesalahan dari post ana kali ni, jangan malu untuk menegur ye!!

Sheikh Hisyam mengingatkan bahawa setiap perkara yang diciptakan mempunyai fadhilat tersendiri,dan mempunyai tahap fadhilatnya itu. Seperti contoh,dalam berbilion2 umat manusia diutuskan dari zaman Adam A.s hingga sekarang,Allah telah pilih 142000 daripadanya menjadi nabi.Dari jumlah nabi itu,Allah telah pilih sebanyak 314 orang untuk menjadi Rasul. Tahukan apa bezanya antara nabi dan Rasul ni? Nabi diberi wahyu untuk dirinya sendiri sahaja manakala rasul diberi wahyu untuk dirinya dan hendaklah disampaikan kepada ummatnya.Jadi dari 314 orang Rasul yang diutus,5 diantaranya dinobatkan sebagai Ulul Azmi iaitu Rasul yang menghadapi cabaran dan halangan yang sangat besar ketika menyebarkan ajaran agama Allah. Mereka ialah Ibrahim,Nuh,Musa,Isa dan Muhammad s.a.w.Dari rasul2 ulul azmi ini pula,Nabi Muhammad yang terbaik.



Itu dalam kes nabi dan rasul. kemudian sheikh sambung lagi, dlam setahun ada 365 hari.sebaik2 malam ialah 10 malam terakhir Ramadhan. Dari 10 malam tersebut,malam lailatul Qadar merupakan malam terbaik diataranya. Untuk hari pulla (siang), sebaik2 hari ialah 10 hari pertama bulan Dzulhijjah,dan dari 10 hari tersebut,sebaik2 hari ialah hari Arafah. Rasulullah ada bersabda yang kira2 bermaksud, tidak ada amal soleh yang dilakukan disukai oleh Allah melebihi amal soleh yang dilakukan di 10 hari awal dzulhijjah.kemudian sahabat bertanya, walaupun dengan jihad fi sabilillah?,nabi menjawab,walupun dengan jihad fi sabilillah. Nah...lihat,betapa besarnya fadhilat 10 hari terawal dzulhijjah ni kan??

menunaikan Haji di bulan Dzulhijjah...agaknya bila la dapat g haji ye??


Mari kita lihat,kenapa special sangat bulan dzulhijjah ni...hurm..kata sheikh,kerana di bulan ni terkumpulnya 4 ibadah yang terkandung dalam rukun islam iaitu solat,puasa, sedekah dan haji. Jelas bukan? tambahan pula Saidatina Aisyah berkata bahawa 4 ibadah yang sangat dijaga Rasulullah s.a.w iaitu Puasa di hari Assyura, Puasa di 10 awal Dzulhijjah, puasa 3 hari setiap bulan dan solat Dhuha. betapa jelas nya kelebihan 10 awal dzulhijjah ni....ade lagi..

Qurban, dilakukan dalam bulan dzulhijjah jua..


Mafhum hadits yang di sampaikan sheikh Hisyam mengenai puasa di 10 awal Dzulhijjah,yang kira2 berbunyi "puasa 1 hari di 10 awal Dzulhijjah ganjarannya Allah jauhkan mukanya dari neraka sejauh 70tahun(ana tak pasti 70 tahun ape,perjalanan kaki ke or something else,tapi yang penting dapat kita bayangkan bahawa jaraknya sangat jauh.)..satu lagi hadith yang kira2 bermaksud "Puasa di hari Arafah menghapuskan dosa 2 tahun,iaitu dosa tahun yang lepas dan dosa 1 tahun akan datang"..pergh,tidakkah itu merupakan ganjaran yang sangat besar??tak teruja ke??jom kita puasa....~hehehe

Tambah lauk lagi nih..hehe...mafhum hadith "di 10 awal bulan dzulhijjah,jika seseorang solat subuh berjemaah,kemudian dia i'tikaf di masjid sehingga terbit matahari dan kemudian dia solat sunat 2 rakaat,maka baginya pahala haji yang sempurna,sempurna,sempurna"(Rasulullah mengulangnya 3 kali,tandanya ta'kid ataupun penekanan....)lihat? kita ketahui bahawa haji yang mabrur itu Allah jadikan dia bersih suci dari dosa seperti bayi yang baru lahir..MasyaAllah,begitu besar peluang pahala yang Allah tawarkan kepada kita...tapi adakah kita sedar???sendiri jawap laa....

Dengan i'tikaf boleh mandapat ganjaran seperti haji yang sempurna???


Rasulullah juga ada besabda yang mafhumnya "tidak pernak aku lihat syaitan dalam keadaan begitu kecil dan ketakutan kecuali pada hai Arafah (9 dzulhijjah) kerana dia melhat ramat Allah yang turun ke atas ibadah2 pada hari itu"....jadi kawan2,jom kita gunakan sebaik2nya peluang yang ditawarkan oleh Allah...banyak tu..kalau Allah zahirkan ganjaran2 di 10 awal dzulhijjah dalam bentuk yang kita boleh nampak, tidak hairan jika semua yang berkerja ambil cuti 10 hari, sekolah bagi cuti 10 hari dan cuti umum diisytiharkan di seluruh negar,semata2 nak mendp[at ganjaran yang besar ini. Tapi Allah nak tengok sapa yang ikhlas...percayalah akan janji Allah,nescaya kita akan senyum panjang lebar di akhirat nanti,Insyallah..

jadi para tetamu ana sekalian,mari kita niatkan untuk beribadah di hari yang Allah limpahkan ganjaran yang sangat banyak bagi mereka yang beribadah kepadaNya.Memang la bulan dzulhijjah ada lagi tahun depan,tapi dapatkan anda memastikan hayat anda sampai kepada bulan dzulhijjah tahun depan?dapat ka anda pastikan bahawa hayat bumi sampai ke tahun depan??? peringatan untuk ana dan kepada semua yang membaca...moga dapat diambil iktibar dari post kali ini....Wallahua'lam..moga Allah melimpahkan hidayahNya keatas kita semua..amin..wassalam...

No comments: