.:Jaamiah Ku:.

Assalamualaikum..bertemu kita kembali di ruangan maya ni,tidak lain tidak bukan setelah diizinkan Allah,dan masih diberi nyawa...hurm..bila berada di negara orang ni,tiada yang dapat kita jamin dari segi keselamatan,kesihatan dsb. Hanya bergantung dengan Allah s.w.t semata2..tambahan pula cuaca di sini (Yaman) sangat berbeza dgn iklim di Malaysia. Alhamdulillah,Allah masih memberi kesihatan kepada ana,begitu juga anda semua,bukan?klau tak sihat,mana dapt nak on9..hehehe

berlatarbelakangkan masjid dan asrama U


OK..untuk post kali ini ana teringin sangat nak cerita mengenai universiti ana ni...Memang klau nak dibandingkan dengan universiti2 di Malaysia seperti UM,UPM,UKM dan U U yang lain memang jauh tarafnya. Namun jika di antara universiti2 di Yaman ni, U ana la boleh dikatakan terbaik dari segi kelengkapan2 kerana terdapat bidang perubatan dan kejuruteraan ditawar kan di U ana ni, yang mana memerlukan kelengkapan2 moden.
berlatarbelakangkan bangunan tmpat ana belajar


itu dari segi kelengkapan la,tp klau dari segi agama,memang tak boleh melawan Jamiah Iman,tambahan pula Syeikh Abdul Majid Zindani antara tenaga pengajar nya!...oh ya! lupa lak nak bagitau nama universiti ana...in English called University Science and Technology (UST) Yemen manakala dalam bahasa Arab Jaamiatul Ulum wal teknolojiyya..hurm,pandai2 la tulis sendiri dalam perkataan Arab ye....

Memandangkan ana dan kawan2 masih menumpang di rumah ikhwah(kesiannye...), jadi kami harus menaiki pengankutan awam untuk pergi ke U.Taklah jauh sangat tapi nak jalan tu tak larat...ade la dalam 1-2 kilometer..(kot)..klau ramai nak pergi sekali,biasanya kami akan menaiki van, yang dalam bahasa Arabnya 'haafilah' ataupun juga disebut 'bas'. lantak la ape pun namanya..klau sikit,ana kena naik teksi..tapi teksi sini,sumbat 6 penumpang pon ok lagi..
berusaha mendapatkan van..


7 orang termasuk driver.hehe. tempat nak ambik teksi/van ni lebih kurang 2-3 ratus meter dari rumah,jadi exercise la skit...;p...tambang nya tak tentu..slalu kami mishwar(sewa) satu van or teksi tu....tgk la klau pandai cakap n tawar,dapat la sewa van dalam 400 riyal(bersamaan dengan RM6 lebih..)...klau teksi plak ade la 200 riyal(rm3 lebih)..bila dah naik tu,satu lagi perkara ngeri di Yaman,diorang bawak kereta macam ..ana pon tak tau nak cakap macam mana...tapi memang gila...main selit2 macam motosikal plak..tu belum bas lagi selit menyelit..huuhh.memang pucat bila turun....

di kaki bukit..


U ana ni teletak di kaki bukit,dan ada sebahagian fakulti berada di atas bukit..memang cantik kawasannya..untuk fakulti ana iaitu fakulti kemanusiaan ada kat bawah,tapi bangunan tinggi..klas ana berada di tingkat 4..klas start pkul 8 pagi,rehat pkul 10 sampai ustaz datang balik..
tinggi bukan?


hehe..pastu sambung sampai pkul 12..jadi agak santai dan enjoy..untuk tahun ni ana hanya ada klas Bahasa Arab je..diploma..tahun depan baru amik ijazah...alhamdulillah,kebanyakan benda yang di ajar tu semua ana pernah belajar di Pondok Darussalam,Gontor Indonesia dan di Maahad AtTarbiyah alIslamiyah,Perlis dulu...so kira macam ulang balik je.Ustaz yang ajar ana namanya Ustaz AbdurRahman,warganegara Yaman. Ceria orangnya. Walaupun dia mengajar sangat laju,sehingga ada beberapa orang memohon pindah klas,tapi ana dapt faham apa yang hendak dia sampaikan....

time rehat...time ni best sebab leh makan..hehehe...dengna ustaz yang tak berapa strict,lambat skit pon takpe...biasanya time rehat ni ada 2 tempat untuk ana lepak sambil makan2 sikit...satu di kedai di luar kelas je,dan satu lagi kat kantin....klau kat kantin makanan lagi banyak pilihan,dan ade tempat hendak bersantai..sambil2 tu bleh bincang pasal pelajaran...dengan suhu yang sejuk,jadi tiada masalah bagi kami untuk duduk di atas rumput di bawah sinaran matahari.
sambil minum sambil bincang..


Kadang2 sejuk sangat sehingga berasa sedikit nyaman bila duduk dibawah sinaran matahari..macam di europe la plak...antara pilihan ana waktu ni ialah halib(susu tp kat sini bila sebut halib,di skali ngan teh,tapi klau kita di Malaysia,sebut teh ais,skali ngan susu) dan makan sandwich ma'a dajaj(sandwish ayam)..sekadar mengalas perut..tak lupa juga ana kena beli Hadda ata Syamlan...mineral water..sini sejuk kering,kena banyak minum air,klau tak bibir akan merekah2 pastu berdarah....ish3...

Terdapat juga bangunan2 lain..sperti bangunan fakulti perubatan,fakulti kejuruteraan fakulti ekonomi dan U ni mempunyai hospital sendiri...Fakulti kedotorang merupakan bangunan beraltitude tinggi sebab di atas bukit...dah la sejuk,atas bukit lak tu....
di fakulti perubatan


bila sampai je kat fakulti ni tengok ade lambang UiTM,UUM dan OUM...mereka memang buat kerjasama dengan 3 universiti dari Malaysia ni..kira hebat jugak perbatan Malaysia ni ye.Selain tu fakulti kejuruteraan juga terletak di bukit,tapi bukan puncaknya...dari atas bukit ni memang cantik pemandangan bandar San'a.dan fakulti2 yang lain nya yang ana tak pernah lagi pergi ke bangunan..wallahua'lam..

alhamdulillah,ana selesa belajar di sini..dengan orangnya yang ramah,membuat ana rasa seperti di rumah sendiri..tapi satu je ana kurang puas hati,takde langsung gelanggang permainan sperti bola tampar ke,badminton ke, takraw ke..adeh...bersukan adalah antara hobi ana,tapi kat situ takda..nasib baik kat rumah yang kitorang diam sekarang ada meja pinpong...
diantara pelajar malaysia yang main bola sama2


ade jugak tempat kerah tenaga walaupun susah peluh nak keluar(sebab sejuk)...tapi klau hari cuti(khamis n jumaat) biasanya akan main beramai2...main bola sepak di padang pasir dan main takraw...sungguh!sangat penat main bola di sini..rasa macma main bola atas gunung,dengna hawa yang sejuk ditambah pasir2 berterbangan,cepat membuat ana rasa sesak nafas dan penat...tekak pun cepat kering...tapi penat2 dia,susah jua untuk berpeluh..klau ade skit sangat....

ana rasa sekian je untuk kali ni kot...yang dapat ana kongsi untuk semua...mana tahu ade yang termotivasi untuk belajar jauh2 ni...ye la,untuk pengalaman diri dan kematangan....apepun terima kasih diucapkan kerana sudi singgah ye..bak kata orang sarawak 'iboh jerak'..yang bermaksud 'jangan serik'...so jangan serik untuk singgah lagi ye...Wallahua'lam..

1 comment:

ilyani92 said...

bila bce psal gontor ni..nostalgia kami buat lwtn ke sna thun ni (2012) kembali lg
seronok ^_^