D & T=dari syurga ditarik masuk ke neraka....

di akhirak kelak,ada golonggan lelaki yang layak masuk ke syurga,namun ditarik oleh wanita masuk ke neraka....siapakah mereka???

Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah
tidak memperdulikan anak-anak
perempuannya di dunia. Dia tidak
memberikan segala keperluan agama
seperti mengajar solat, mengaji dan
sebagainya. Dia membiarkan anak-anak
perempuannya tidak menutup aurat.

Suami
Apabila seorang suami tidak
memperdulikan tindak-tanduk isterinya.
Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan
diri bukan untuk suami tapi untuk
pandangan kaum lelaki yang bukan mahram
dan apabila suami mendiam diri. Walaupun
dia seorang alim (solat tidak tangguh,
puasa tidak tinggal) maka dia akan
ditarik oleh isterinya.

Abang
Apabila ayahnya sudah tiada,
tanggungjawab menjaga maruah wanita
jatuh ke pula kepada abang-abangnya.
Jikalau mereka hanya mementingkan
keluarganya sahaja dan adik perempuannya
dibiar melencong dari ajaran
ISLAM...Tunggulah tarikan adiknya di
akhirat.

Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati
seorang ibu perihal kelakuan yang haram
dari islam, maka anak itu akan disoal
dan dipertangungjawabkan di akhirat
kelak...nantikan tarikan ibunya.

Kepada golongan lelaki, cuba lah sebaik
mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab
kalian.

Kepada golongan wanita, sama-sama lah
meringankan bebanan yang ditanggung oleh
golongan lelaki.

Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama
membantu dan nasihat-menasihati??

2 comments:

Anonymous said...

Mudah-mudahan kita tidak termasuk golongan orang-orang yang ditarik ke neraka. Amiin

Anonymous said...

tok pun dr iluvislam nak..hehe..nsb bait kmk pompuan..alhamdulillah..