D & T = Bersiap sedia Untuk Malam pertama....

" Wahai anak Adam, apa yang telah engkau
persiapkan saat malam pertamamu nanti di
alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa
ia adalah malam yang sangat mengerikan.
Malam yang kerananya para ulama' serta
orang-orang yang soleh menangis dan
orang-orang bijak mengeluh. Apa
tidaknya, kala itu kita sedang berada di
dua persimpangan dan di dunia yang amat
berbeza."



"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan
tempat tidurmu (di dunia), dan
ketenangan pun menghilang darimu. Bila
engkau berada di kuburmu pada malam
pertama, demi Allah, fikirkanlah untung
nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu
di sana?"

Hari ini kita berada di dunia yang penuh
keriangan dengan anak-anak, keluarga dan
sahabat handai, dunia yang diterangi
dengan lampu-lampu yang pelbagai warna
dan sinaran, dunia yang dihidangkan
dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat
serta minuman yang pelbagai, tetapi pada
keesokannya kita berada di malam pertama
di dalam dunia yang kelam gelap-gelita.



Lilin-lilin yang menerangi dunia adalah
amalan-amalan yang kita lakukan, dunia
sempit yang dikelilingi tanah dan
bantalnya juga tanah. Pada saat kita
mula membuka mata di malam pertama kita
di alam kubur, segala-galanya amat
menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang
yang sempit tapi apakan daya semuanya
telah berakhir. Itukah yang kita
mahukan? Pastinya tidak bukan?


Oleh itu beramallah dan ingatlah
sentiasa betapa kita semua akan
menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Ingatlah ayat al-Quran bagi mereka yang
mahu dikembalikan ke dunia setelah mati:

"Ya Tuhanku, kembalikanlah aku semula
(ke dunia), agar aku dapat berbuat amal
soleh terhadap apa yang telah
kutinggalkan (dahulu)." (Surah
Al-Mu'minun, ayat 99-100)



Wahai saudaraku, tidakkah engkau
menangis atas kematian dan sakaratul
maut yang bakal menjemputmu?

Wahai saudaraku, tidakkah engkau
menangis atas kuburan dan kengerian yang
ada di dalamnya?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau
menangis kerana takut akan hausnya di
hari penyesalan?



Wahai saudaraku, tidakkah engkau
menangis kerana takut kepada api Neraka
di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti
menghancurkan kenikmatan para
penikmatnya. Oleh itu, carilah
(kenikmatan) hidup yang tidak ada
kematian di dalamnya.

"Ya Allah, tolonglah kami ketika
sakaratul maut!"

1 comment:

Anonymous said...

#scary2..huhu..ntah dpt jwb ka x..meh pkat ramai2 sma2 tgkatkn iman n amal kita..hehe