::Mukhayyam di Mukah,Sarawak::

waaaahhhh...lama betul ana menyepi dari blog ni ek...biasa la ana ni,nak istiqamah memang susah.1 benda je senang bagi ana,main petang2..

Secara jujurnya ana boleh menilai diri ana dari penulisan blog.Sekiranya ana tak tulis pape dalam blog,kemungkinan besar sebabnya ialah futur.(nauzubillah).Betul,kalau rasa macam iman ni tinggi je(tak tinggi mane pun),banyak idea nak tulis.Walaupun tgh bz camana pun..

Ok lah,nak cerita pasal mukhayyam sebenarnya.Mukhayyam ni buat kat daerah yang bernama mukah.Tempat ni agak sukar nak pergi sebab jalan nk ke sana sungguh mencabar.Jalan2 yg rosak dan berlubang2 memaksa pemandu2 untuk memperlahankan kenderaan.Belum mukhayyam dah ditest kesabaran yek.....


Mukhayyam ni disertai ikhwah2 seluruh sarawak termasuk la bintulu(kontigen ana),kuching,miri,sibu,sarikei dan lain2 termasuk tuan rumah,mukah.Seramai hampir 90 orang yang turut serta dan kebanyakannya dari golongan remaja(satu perkara yang boleh dibanggakan).dijalankan selama 3 hari 2 mlm.



kalau nak dibandingkan,tak de la beza mukhayyam yang ana pernah ikuti di semenanjung dengan di sarwak ni.Sama ja.Mukhayyam kali ini lebih menerapkan latihan2 fizikal,game2 islamic,team building.Senaman pagi kami guna senaman ruhul jadid.Menyeronokkan!!!



Ana bersyukur la program spt ini diadakan.Biasala waktu cuti ni,kalau kosong tanpa aktiviti berfaedah,mcm2 kerja yang tak baik boleh menghasut.

No comments: