D & T = Istiqamah.....

assalamualaikum sahabatku...di sini ana nak kongsi bersama tazkirah yang disampaikan oleh mas'ul ana iaitu Ir Ahmad Jais pada sesi halaqat yang terbaru(tapi lama dah..)..

Dalam halaqat tu,kitorang membaca surah Fushshilat yang bermaksud Yang Dijelaskan... surah ini dinamakan Fushshilat kerana kandungannya mengenai penerangan yang jelas tentang hukum2,keimanan,ancaman dsb....

stelah ana,Ahmad Kamil,Hakim Kamaruddin,Syakir Roseli,Khairul Anwar,Asyraf Ghazali dan Ir sendiri selesai membaca surah tersebut,kami membaca maknanya...



setelah itu Ir pon memberi tazkirah....Beliau meminta kami meneliti semula ayat 6 yang kira2 bermaksud(lebih afdhal jika amtum bukak sinri Quran tu):

"Katakanlah: "Bahwasanya aku hanyalah manusia seperti kamu,diwahyukan kepadaku bahawasanya Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Esa,Maka istqamahlah kamu kepadanya dan mohonlah amppun kepadaNya.Dan celakalah yang besarlah untuk orang2 yang mempersekutunya"

(Surah Fushshilat:6)

Ir menerangkan bahawa istiqamah ini merupakan satu perbuatan yang sangat sukar....
untuk berubah perangai dan akhlaq itu mudah namun utuk tetap berakhlaq baik itu susah....untuk masuk Islam itu mudah,tapi untuk tetap pada garis panduanNya itu payah...untuk baca alQuran itu senang,namun untuk menjadikannya satu rutin harian itu belum tentu...

Ir juga ada menyatakan dalam surah alFatihah ayat 6,terdapat kalimah almustaqim....
dgn maksudnya yang lurus...siratol mustaqim = jalan yang lurus....kalimah ini juga boleh diertikan sebagai "orang2 yang beristiqamah".orang2 yang
istiqamah yang bagaimana?...yaitu yang diberi nikmat keatas mereka...



Oleh kerana istqamah itu susah untuk dicapai...Maka Allah meletakkan di dalam Surah al Fatihah sebagai doa bagi kita,yang kita ulang2 sebanyak 17 kali sehari....betapa penting istqamah itu kan sahabatku???!!

renung2kan sahabatku....dan selamat beramal....

1 comment:

Anonymous said...

aa...bnda paling ssh nak plh..istiqamah..berubah jd baik nang senang..tp istiqamah ya ssh..peringatan tuk dri kmk juak la..mklmlah iman kita tok bkn mcm iman nabi n para sahabat or iman malaikat..iman kita kdg2 naik n kdg2 trn..