.:Ku rindukan Kamu:.

Wahai sahabat2,ikhwah2 ku!!!!
aku rindu kamu!!!

dalam rindu ni,kita slalu tgk gambar je kan....

sahabat2 ana yg bersama2 terima anugerah SPM di matri


sahabat ana seangkatan spm 2006 yg meraikan 2 dekad matri


sahabat2 ana yg main sepak takraw


Sahabat2 ana kelas 5 sains L


sahabat2 ana waktu peperiksaan SPM


ikhwah2 kawansan sepang/nilai /shah alam sewaktu daurah di Pantai Sepat Pahang


Ikhwah2 yg mengikuti MABIT di Masjid KLIA


Cikgu Ikrimah,Cikgu Ahmad dan Cikgu Saiful..kini hanya Cikgu Saiful yg berjaya mempertahankan gelaran


4 sahabat yg pernah menjadi cikgu di MATRI dan berkongsi minat yang sama..Bola Tampar!!

.:Diriku Futur????:.

lama benar tak mencoret di laman ni...nak kata bz,takda assgment dah,nak kata takda masa,kerja praktikal je siang hari..hurm so ni sebab diri sendiri.Duduk sorang2 ni bahaya,memakan diri..Malu ana katakan tapi mungkin kebenaran yang ana ni terkena penyakit FUTUR!!!

Antum tau ke maksud futur ni???meh sama2 kita tgk:
Definisi Al-Futur
Dari segi bahasa :

1.Terputus atau terhenti sesudah berjalan atau diam sesudah bergerak.
2.Malas; menangguh-nangguh; melengah-lengah sesusah bergerak aktif dan bersungguh-sungguh.

Dari segi istilah :

Al-futur merupakan penyakit yang mungkin menimpa sebahagian daripada para petugas gerakan Islam, bahkan ada petugas yang sudah pun ditimpa penyakit ini. Tahap al-futur yang paling rendah ialah malas, menangguh-nangguh, melengah-lengahkan dan tahap yang paling tinggi ialah terhenti terus atau diam sesudah bergerak cergas secara berterusan.

Astaghfirullah!!!!ana ada ciri2 ni...Ya Allah,mengapa ana boleh terkena penyakit ni???adakah ana telah:

1.Sikap keterlaluan (tasydid) dan berlebih-lebihan dalam agama (sehingga membebankan diri atau mengabaikan sebahagian tuntutan diri yang lain. Contohnya, seorang lelaki yang tidak mahu berkahwin dan bekerja hanya kerana ingin melakukan ibadat khusus semata-mata).

2.Membazir dan melampaui batasan dalam menggunakan sesuatu yang diharuskan (contohnya, makan terlalu banyak).

bahayanya hidup sorang2


3.Mufaraqah (meninggalkan) jamaah dan memilih hidup beruzlah dan berseorangan.(bukan ana nak,tapi dah praktikal disini...)

4.Kurang mengingati mati dan Hari Akhirat.

5.Pengabaian atau cuai dalam melaksanakan ibadat harian.

6.Mengambil makanan yang haram atau syubhah.

7.Penumpuan amilin ke atas sudut tertentu sahaja dari ajaran Islam.

8.Gagal memahami sunnatullah tentang alam dan penghidupan.

9.Mengabaikan hak tubuh badan kerana bebanan tugas dan tanggungjawab di samping kekurangan tenaga amilin.

10.Tidak bersedia menghadapi halangan dan cabaran dalam perjuangan.

11.Mendampingi golongan yang tidak berjiwa besar.
12.Sambil lewa menjalankan tugas sama ada di peringkat individu atau di peringkat jamaah.

13.Terlibat dengan perbuatan jahat dan maksiat terutamanya melakukan dosa kecil serta memandangnya sebagai remeh.

Teruk2!huh...walaupun ana tak lakukan semua tu,tp gejala2 futur ana rasa..mgkin sebab utama ana duduk sorang2 je kat rumah ni.Paling2 pun halaqah hujung minggu je.Lagi 6 hari buat ape?ye la,dok umah sorang2 sape nk larang buat ape2 kan?sape nak marah kalu kita tak buat sesuatu...Kuatkan lah iman dan hati ku ya Allah..

macam mana ana nk ubati ni???hurm...ana patut buat:
1.Menjauhkan diri daripada melakukan maksiat sama ada yang besar mahu pun yang kecil.

2.Berterusan melakukan ibadat harian.

3.Mengintai (mencari kesempatan) waktu-waktu yang afdhal untuk beramal dan melakukan ibadat.

4.Membebaskan diri daripada keterlaluan dalam agama.

5.Meletakkan diri dalam dakapan jamaah.

Ku rindu Kalian


6.Memberi perhatian kepada sunnatullah yang wujud pada manusia dan alam seluruhnya.

7.Bersedia untuk berhadapan dengan halangan.

8.Meneliti dan bertindak secara sistematik dalam pekerjaan.

9.Sentiasa mendampingi orang-orang yang soleh yang berjihad di kalangan hamba-hamba Allah.

10.Memberi hak kepada tubuh badan.

11.Menghiburkan diri dengan melakukan perkara-perkara yang harus.

12.Sentiasa merujuk dan mengkaji buku-buku Sirah An-Nabawiyyah, sejarah dan biografi pejuang-pejuang di jalan Allah.

13.Seniasa mengingati mati dan soal kubur.

14.Sentiasa mengingati syurga dan neraka.

15.Sentiasa menghadiri majlis ilmu.

16.Menerima Islam secara keseluruhan.

17.Melakukan muhasabah ke atas diri dan mengkaji setiap masa.


Mudahan Allah sembuhkan penyakit ku ini...Sugguh ku rindukan saat bersama sahabat sefikrah di matri mahupun di Miat...peringatan buat ana dan para pembaca..jauhilah futur!sekali kena susah nk berundur!