.:Pengalaman Oh Pengalaman:.

Assalamualaikum semua!!!!!!!
Afwan2,blog ana ni banyak sawang...almaklum la hampir 4 bulan tidak di isi.Final Year Student dijadikan alasan....biasala,manusia.......

Untuk kali ini,nak cerita sikit mengenai pengalaman.Antum suma mesti ada pengalaman yang menarik bukan????Ada diantaranya,nak je kongsi 1 dunia(macam pe yg ana nk buat ni la...hehe).Bagi ana pengalaman tu banyak.Yang pahit mahupun yang manis.

Pengalaman sebenarnya guru yang terbaik.Dengan pengalaman,sesuatu perkara tu mgkin tidak akan dilupakan seumur hidup.Berbanding kalau kita blaja sejarah dengan guru pakar terbaik dunia.Silap2 keluar kelas,terus lupa...(macam pengalaman je....)...

banyak betul muQaddimah ye...sebenarnya ana nak cerita pengalaman yang mungkin tidak akan ana lupakan sampai bila2....RUMAH KENA AMBUSH!!!!!macam tak caya je kan?? Jumaat malam 2 Minggu lepas.13 November 2009.huhhhh...Lepas buat Ta'lim yg disampaikan oleh Ir Jais,Pengarah IKIM.fm,Rumah diserbu oleh jawatankuasa Taman Desa Vista.Kami disoal siasat berikutan kehadiran ramai org ke rumah kami setiap minggu tapi tak wat bising.(pelik jugak manusia ni.wat bising salah,senyap pun salah..)Ini menimbulkan syak wasangka jiran depan lantas melaporkan perkara ini kepada JKK taman tersebut.

Setelah soal siasat dilakukan,Jkk taman memutuskan bahwa itu hanyalah salah faham(alhamdulillah).Sejurus setelah soal siasat selesai,dan JKK sepertinya sedia untuk beredar,Jiran yg report tu dtg ke rumah.Habis ceramah dia bg.Rupanya2,semua salah faham ni sbb kami tak penah tegur dia.So dia rasa mcm kami ni org asing.Ish3...itu la..pengajaran untuk anda suma ye,Mad'u2 jugak,orang sekeliling jgn lupa.

tu je ana nak kongsi.Ni pun sempat on9 umah kawan.Susah skit nk berkarya klau takde internet ni...Igt ye!Ambki pengajaran dr kisah ni.bertegur la dgn jiran2,(bg sesiapa yang duduk rumah sewa tu.tambah lg klau rumah sewa tu dijadikan tmpat utk wat program)