nikah hindari zina...

Bila bercakap mengenai zina, suma boleh membayangkan firman Allah yg kira2 bermaksud...
"....dan janganlah kamu mendekati zina..."
sebenarnya ramai orang tersalah tafsir akan ayat nih....kalau kita lihat,ayat ini menghalang kita dari menghampri zina...tp skrg,byk yg pikir hanya jangan melakukan zina....sedang perkara2 yang menjurus ke arah perbuatan zina itu diabaikan...

kalau nk dikategorikan,zina ni banyak sebenarnya...ana pon takut gak...sbb kadang2 alpha gak...ish3....zina mata la yang paling famous skali...sbb senang nk buat...cuma tengok ja...siap ade yg kata,.."..mari tengok dan hayati keindahan ciptaaan Allah.."...astaghfirullah....byk lg jnis2 zina spt zina hati n sbg nya...



so jaga pandangan ni sangat penting...klau slalu wat zina mata nih,nanti akan menular jadi zina hati...syook sendiri mula bangkit...last2 rindu melanda...aduh..payahnya...nnt mula la makan terlebih kenyang,mandi terlebih basah n macam2 tak kena..

Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)

Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.dan dalam pemilihan pasangan hidup ni mmg penting...

Rasulullah swt ada bersabda..."dikahwini seorang perempuan itu kerana kecantikannya,hartanya dan keturunannya,maka yang utama itu pilihlah agamanya..."



bila kita selami hadis rasulullah ini,mmg byk betulnya...kerana kalau dilihatkan,3 sbb yang lain itu hanya sementara je...cantik...bila dah tua,kedut2 jgk kan...
kaya...tak semestinya akan kaya sampai mati...tp kalau dpat yang mantap agamanya,fuuhhh...insyAllah bahagia....disamping membantu kita dalam jalan dakwah ni,pelayaran bahtera hidup besama pun akan lancar....



maka sahabat2 ku...sabarlah...nnt kita pasti akan bertemu dengan jodoh kita...tapi siapa dia,bagaimana dia,itu urussan Allah...ana mmg tersentuh akan firman Allah yang bermaksud..
"...lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik"
so klau nk isteri solehah,kita kena soleh kan diri...pegang pada janji Allah...
insyAllah...
renung2kan....

EXAM!!!



waaa...exam bakal berkunjung tiba...mmg pastinya setiap orang akan gusar pabila xm dah dekat...tp sekarang,ramai yang dah pun melepasi saat yang menggerunkan ini...

secara jujurnya,ana sendiri belum bersedia...mungkin disebabkan sistem universiti yang tidak terlalu mementingkan teori membuatkan ana kurang nk baca nota...kami banyak buat praktikal..so blaja dalam kelas ni tak la banyak sangat...cuma certain subjek yang tak berkait dgn praktikal je...



terkadang,bila difikirkan pasal exam,ana teringat akan firman Allah dalam Surah Alankabut ayat 2 dan 3..

"...Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman!",sedangkan mereka tidak diuji??.Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 sebelum mereka,maka Allah pasti mengetahui orang2 yg benar dan pasti mengetahuiorang2 yg dusta.."

bila terbaca ayat ni,sebenarnya takut pon ade gak...ye la...kita seringkali lihat masyarakat sekarang yang bergelumang dengan maksiat,couple,berseronok hingga melampaui batas,batas pergaulan tak dijaga dan mcm2 lg...tatkala itu kita pon kata mcm2...

"pe la diorang nih"

"tak ingat mati ke?"

"nasib aku tak macam diorang"

takut ana disini ialah,takut kita belum diuji benda2 yang sedemikian...mungkin bila Allah uji kita dengan kesusahan,kita mampu menanganinya...tapi bagaimana jika sebaliknya???pabila Allah kurniakan harta yang byk,pabila datang seorang Hawa kepada seorang Adam..mampukah kita???

baru2 ni ana tengok cerita ayat2 cinta dengan roomate...sebenarnya dah tengok byk kali..cuma kali ni tengok ngan roomate...ana tertarik kata2 banduan yang satu bilik dengan Fahri...pabila Fahri sukar untuk menunaikan solat akibat kesedihannya...

"...Anak al-azhar kok, tidak tahu apa itu erti solat.Jangan-jangan kau solat cuma kalau ada masalah...."

nasihat itu sungguh tajam bagi ana...mmg kita sering alpha bila kita dalam kesenangan..huhuu...padahal segala kenikmatan tu Allah yang bagi...tu la Allah nk uji kita...sama ada kita di pihak yang benar atau yang dusta...

ehem..so di kesempatan ini,nk mintak antum doakan ana dan sahabat2 yang lain yg tengah nk xm...serta adik2 form 5 kita...moga2 semua berjaya melepasi 'ujian' manusia ini serta ujian dr Allah swt...

kisah = tatkala subuh menjelma

"...Allahuakbar 2x!,la ilaha illa Allah..."

selesai azan berkumandang..namun diriku masih diawangan...diantara 2 dunia;alam mimpi dan nyata..

"..aahh..sedapnya tido...mimpi pon best td..hurm.."

diriku masih 'blur'...sekiranya aku bisa melihat makhlukh ghaib,pasti diriku tgh di'ambush' syaitan2 yang sedang menghasut utk teruskan dibuai mimpi....

"..alaa..tido la 5 minit ag...kejap je..nanti iqamah baru g surau.."
"subuh masih panjang..rileks la...30 minit ag pon bleh solat...."


itulah diantara bisikan2 hati yg sedang dhasut nafsu dan didorong syaitan... 2 gandingan ini mmg hebat...sekiranya akal tidak membantu,nescaya gandingan itu boleh menawan aku...

aarrrghhh!!!

teriak batinku....pergi kau syaitan!!!lantas aku bangun mengambil wudhu'..sebelum ingin ke surau,aku kejut sahabat2 bilik aku...namun agak susah..kerana takut terlepas jemaah,aku tangguh niat utk mggerakkan diorang...

selesai solat,ada mission menanti...gerakkan sahabat aku...aku tak rela dia akhirat nnt melihat mereka dibakar api neraka kerana tidak solat subuh...nanti aku gak yang kena...satu bilik kan....aku juga ada tanggungjawab...

...................................................................................

inilah diantara senario manusia tatkala subuh menjelma...ini di pihak yg berjaya menepis hasutan syaitan...rasanya lebih byk yg memilih utk terus melayari mimpi masing2...

bagaimana antum?

bagi ana,sekiranya ingin melihat orang itu menjaga solat atau tidak,lihat pada subuhnya...kerana menurut pemerhatian ana keatas kawan2,solat subuh la yang paling senang untuk ditinggalkan...ish3..moga dijauhkan dari perkara tersebut...



lagi satu...skrg mmg cukup popular dengan budaya 'qada' solat..biarpun mereka sedar pada waktu tersebut,ataupun telah digerakkan oleh sahabat mereka,mereka masih ambik ringan...

alasannya sebab solat subuh boleh di qada'.kadang2 berasap jugak telinga dengar...tapi ketahuilah...mereka ini sebenarnya masih jahil...bukan nk lawan perintah Allah..maka para daie,berdakwah lah!banyak lagi orang diluar sana yang perlu islam...renung2kan sabahatku.....

D&T = Menangislah!

menangis???

kenapa perlu menangis??

sebenarnya menangis yg dimaksudkan ialah menangis KErana Allah...takut akan siksaNya dan memikir akan dosa kita yang begitu banyak lantaran akan kelemahan kita sbg manusia biasa.....



Namun ana sangat sedih sekali,pada masa sekarang tak kurang orang yg menitiskan air mata.....tapi sebab apa???

naahh...inilah yang membezakan orang2 yg menangis..menangis kerana putus cinta,kerana harta hilang,dan byk lagi sebab2 yg duniawi...inilah yang membuatkan tangisan itu mampu mnjadikan semulia2 insan dan sehina2 manusia.....semuanya bergantung kepada sebabnya....

Sabda Rasulullah saw:

"..Andai kalian mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis." (Bukhari dan Muslim)



Hadith ini menceritakan bahawa kita sebenarnya masih kabur dan tidak mndapat gambaran akan siksa2 Allah yg menanti bagi mereka yang inkar..sekiranya kita dapat lihat siksa2 itu secara live,nescaya,mkn nasi pon tak lalu...tak gitu??

Namun Allah maha bijaksana...Dia ingin melihat hambanya yang soleh,mempunyai kesedaran sendiri akan statusnya hanya sebagai hamba Allah...

mari kita lihat apa agaknya yg mmbuatkan seseorang itu sulit untuk mnitiskan air mata kerana allah...

a)keras hati
keras hati ini sangat bahaya..kerana ia bagaikan virus2 yang akan menular dalam diri kita dan penyakit2 lain akan tumbuh gak...spt ego yang terlalu tinggi,panas baran dan penyakit2 buruk yang lain.....

b)banyak buat maksiat
kerasnya hati ialah natijah kepada tabiat sering melakukan maksiat dan dosa...
ustadz ana pernah kata,sekali kita buat maksiat,maka satu titik hitam akan menempel di hati kita...sekiranya kita tidak bertaubat dan sering melakukan dosa dan maksiat,maka titik hitam ini kan bertambah sehingga hati kita menjadi hitam semuanya..inilah yg mnyebabkan hati kita menjadi keras dan sukar untuk menerima hidayah Allah....

c)lupa akan mati
zikru maut itu sangat la penting kerana ia melahirkan sifat berjaga2 dalam kehidupan...setiap perkara yang akan dibuat itu akan diniali terlebih dahulu samada ia melanggar syarak atau tidak...pabila kita lupa akan mati dan mabuk dengan dunia,maka kita akan selesa dengan maksiat...maka inilah titik awal kepada kerasnya hati..



d)cintakan dunia
lupakan mati itu tidaklah datang melainkan dari perasaan cinta akan dunia....wanita,harta dan segala yang tergolong dalan hiasan dunia mampu menggoyahkan iman....matlamat hidupnya hanyalah sekadar mengejar apa yang ada di dunia...

ish3....harap kita dijauhkan dari perkara2 diatas....sekiranya kita rasa susah untuk menangis kerana Alalh,maka bertaubatlah segera...(ana pun rasa sedemikian...astaghfirullah)Akhir sekali,hayati lah pesanan Imam Ghazali
"...jika kamu tidak lagi mudah untuk menangis kerana takut kepada kekuasaan Allah,maka menangislah atas ketidakmampuan itu."



..renung2kan sahabat ku....