info = tips menawan hati teman @ lawan

wahai teman2...nk tau camna nk 'tacle' orang???tak kira la dia tu kwn or lawan kita...mmg berkesan!!(padahal blum cuba pon)hehehe...tips2 ni boleh juga dipraktikkan dalam medan da'wah...mari kita lihat!

tips 1:
Hadirkan sifat ini dan antum akan dialu-alukan dimana-mana sahaja antum pergi. Hatta ke pasar mahupun ke kuliah dan sekolah.Jadilah orang yang menarik supaya orang tertarik. Menarik kadang-kadang tidak di lihat oleh rupa tapi ia terserlah oleh sikap antum. Maka jadilah yang benar-benar menarik. Dengan kata lain IKHLAS DALAM BERSOSIAL.

tips 2:
Cara yang paling mudah dan ringkas tapi ramai yang mengabaikannya. Ia mesti di lakukan dengan penuh keikhlasan barulah masyarakat disekeliling akan senang dengan antum. Pasti ada yang tertarik. SENYUM



tips 3:
Jika antum tidak melakukan tindakan ini maka antum akan menghadapi masalah besar dalam berkomunikasi. Apakah ia ya? INGAT NAMA MEREKA. Serta sesiapa sahaja yang dijumpai.

tips 4:
Tindakan sebegini penting dalam mengekalkan keharmonian antum dalam berorganisasi. Jika antum seorang leader maka sikap ini sangat penting untuk anda amalkan. JADILAH PENDENGAR YG BAIK.Jangan cepat membalas setiap apa yang antum dengar dengan negative sign.Encourage them untuk menceritakan tentang diri mereka, mungkin masalah mereka. Barulah mereka merasa dihargai.



tips 5:
Macamana ingin menjadikan antum diminati ramai?Sesudah itu kata-kata antum seolah-olah sangat berharga buat mereka yang mengikut antum?BERCAKAP IN TERM OF OTHER INTEREST. Ikut dan lihat apa kemahuan dan minat orang yang akan antum tawan hatinya. Bercakap atas minatnya. Bukan minat antum.

tips 6:
Bagimana pula ingin menjadikan diri antum disukai dalam sekejap sahaja pertemuan? Diri antum akan dihargai jka antum melakukannya.Dan kawan mahupun lawan akan menghormati antum. Lawan mungkin boleh berubah menjadi kawan. JADIKAN MEREKA PENTING BUAT ANTUM DAN MEREKA RASA MEREKA PENTING BUAT ANTUM. Dan lakukan dengan seikhlas hati.



tips 7:
Wajar dilakukan tindakan ini. Moga-moga mnjadikan kawan antum selesa bersama antum. Apakah ia? PENAMPILAN KEMAS walaupun diri ini tidak secantik dan sehensem bintang-biintang filem tanah air mahupun hollywood.

Jadi,dapat dismpulkan bahawa IKHLAS,SENYUM,MENGIGATI NAMA,MENDENGAR DGN BAIK,BERCAKAP TTG MINAT MEREKA,MGHARGAI MEREKA DAN BERPENAMPILAN KEMAS,InsyaAllah mampu menawan hati sesiapa jua...

pesanan...jgan disalah guna ya!!!

Kisah = akibat marah....

Alkisah, maka tersebutlah seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun terhadap suatu masalah yang kecil.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahanmu" jawab ayahnya.



Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya daripada menukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari pemuda tersebut tidak berasa marah walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruhnya mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang dilalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.



Kemudian, bapanya memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata

"kamu telah berjaya mengawal perasaan marah dengan baik anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu kelihatan tidak sama lagi seperti sebelumnya. Apabila kamu menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ia akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama sepert kesan lubang di dinding ini".



Ingatlah, walau berapa kali pun kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatammu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih daripada luka fizikal. Maafkan ana sekiranya ana pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati antum.
mohon maaf zahir batin..